MY EVERYTHING

Lilypie Kids Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers

SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG

Thursday, April 29, 2010



Salam semua...
Kitorang gerak pagi2 pegi sarapan. Pekena roti canai dulu...Lepas ni gerak membeli-belah pulak. Yahuuuu. Tak sabar nih. Dalam senarai ni macam2 nak boli. Ayo macam banyak duit jer. Takde lah...beli yang perlu jer. InsyaAllah tak nak la membazir. Den tak mau jadi kawan setan ;)



Wednesday, April 28, 2010



Assalamualaikum...
Tak sedar hari ni tengok2 jam dah pukul 4. Padan la perut ni menyanyi macam2 lagu. Ya Allah apa la yang di buat sampai tak sedar yer. Seingat tadi lepas tidokan Putra dalam pukul 1 tu layan fb kejap. Kejap? hahahah...auta semata. Tu yang sesedar je dah solat zohor nak abis. Cepat2 la berlari ke bilik.

Perut pun berlagu riang...hari ni masak sardin jer. Malas dah nak beli ikan, sebab esok nak balik kampung kan. Tapi aku ni pelik sikit, kalau makan nasi mesti kena ada lauk, sayur...wajib tu. Hohoho..terpaksala masak sikit sayur...herm.


 ~sayur campur~

~Sambal sardin~

Inilah rezeki saya hari ni. Alhamdulillah kenyang. Sedap...tak caya? Percayalah...Oh maktok Putra on the way dari Jitra. InsyaAllah jap lagi sampai. Kitorang jemput kat KL ;)

  • notakaki: esok...aktiviti menyopping sebelum gerak balik ke Kedah.

Tuesday, April 27, 2010

Makan satay



Salam...
Mama sedang menanti Putra dan Papa ni. Dorang keluar pegi beli satay...Tetiba mama teringin nak makan satay pulak...Padahal baru je makan ;P. Ngada tul la mama ni kan?

Dah balik dah...jom makan ;)









Panas nya hari ni...terik kat luar tu. Semalam punya la banyak kain aku basuh. Penuh satu ampaian. Hari ni kena turn melipat la pulak. Kalau dah satu ampaian sah sah la segunung sedang menanti ni kan. Hahahaha...

Hari ni masak mi kari. Dah lama tak masak mi kari. Sedappp....nak rasa? Hihihi...meh le rumah ye. Aku bukan apa sengaja nak clear kan peti ais tu. Lusa dah nak balik kampung tu yang tak standby stock barang basah byk2. Apa yang ada tu masak je.

Ok la jom sesi melipat timbunan kain sambil tu layan TV. Apa citer best yang ada...?
  • notakaki : oh ada lagi order bag...alhamdulillah ;)




Monday, April 26, 2010

Nak tengok apa hadiah Putra?



Oh Putra dapat hadiah daripada maktok...mama jugak tak dapat apa-apa. Huhuhuhu...statement ni kalau mak tok dengan papa baca sure mama kena belasah. Dapat...tapi dah habis. Huhuhu...bagi la lagi ;)

Kawan-kawan nak tengok tak?
Ni la hadiah Putra....

tak sempat sampai rumah...dalam kete pun dah naik


Cantik tak? Ni la motor kesayangan Putra. Mama nak ambik yang kecik je...tapi dah maktok bagi lebih. Dapat la besar sikit. Sekarang ni Putra dah pandai bawa motor tau. Masa baru beli tu je tak berapa pandai sangat. Papa kata nnt kena beli safety helmet la...hihihi. Bukan apa, takut langgar dinding. Rumah kita kan kecik je.

  • notakaki: ruang tamu penuh dengan mainan Putra je. mama hari2 letih nak mengemas

Oh Di lema....



Assalamualaikum...
Cita-cita nak mengupdate pasal cerita Putra la pulak. Almaklum dah lama menyepi cerita kami kan. Bukan tak nak story...tapi sibuk sikit sekarang ni. Ni pun baru je lepas berperang dengan Putra. Dia buat hal..Mama dah nak stopkan BF. Dah lebih 2 tahun pun...rasanya kalau stop pun dah tak ada masalah kan. Tapi kesian jugak sebab dia memang tak minum susu lain selain susu mama ni je. Entah la...kalau korang ada pendapat tolong la mama Putra yang dalam di lema ni ;(



**tgh dilema ni...


Ini lah susupek suspek nya...Sihat dan ceria. Hahaha...Ribena je saya layan. Susu..sorry.
Bila mama tanya nak adik tak? Ni adik...tunjuk diri sendiri. Nak baby tak? Tak nak...laju je jawab.


  • notakaki: terpaksa mama masukkan Putra dalam buai kalau tak memang tak tido. asyik minta deda jer.

Monday, April 19, 2010

Mama putra punya hal




Assalamualaikum....
Rasa nak nyanyi lagu ni ....
" Kebizian melanda di dalam hidupku, dapat kah ku cari tenang..." Begitu la rasanya hidup aku sekarang. Walaupun lebih bizi tapi senang dan menang. Hahahaha...Bukan apa sekarang ni, macam yang korang tahu...aku kan dah mula buat bisnes online sikit2. Sebenarnya kedai alam maya ni pun aku ada yang tak sempat nak upload gambar. Baru je loading barang hari ni...ada dah member yang call tak sabar2 nak tengok handbag baru. Erm...tapi tu lah rezeki namanya. Hujung minggu ni terpaksa loading lagi handbag baru. Alhamdulillah...sambutan daripada kawan2 terdekat memang bagus. Korang dah tengok ke kat sana? Kalau ada yang berkenan rojer je aku. Jangan malu2.

Bukan setakat kedai alam maya nak jaga...kedai alam nyata pun nak kena tolong2 jugak kan. Mak aku je kekadang dia pun penat. Lagi pulak kedai di alam nyata ni bukan je ada handbag dengan purse, tapi ada baju, legging, belt...macam-macam lah. Lagi la pening kepala aku nak tengok stock, nak kira itu, ini. Sebab tu lah hujung bulan ni aku nak balik hantar stock untuk mak aku. Penat...Nasib baik dapat suami yang memang faham minat isteri ni.

Kekadang terfikir...jadi anak tunggal ni memang letih tapi berbaloi. Walaupun berbaloi tapi penat. Macam mana tu? Sape nak tolong jawab?

  • notakaki: Putra...bila nak dapat adik? Ke akan jadi tunggal mcm mama dia jugak?


Sunday, April 18, 2010

Setapak ke hadapan ;)


Salam kawan-kawan. Sihat hendaknya ye. Terkejut juga dengar berita Achik Spin kembali ke rahmatullah. Janji Tuhan memang tak akan lewat walau sesaat. Al Fatihah untuk arwah. Pagi tadi suami pun kelam kabut bangun tidur. Sikit lewat...ye la hari nikan Ahad terlupa pulak dia ada function. Sempat jugak la aku pesan...hati2 drive.

Korang dah tahu ke belum aku dah melangkah setapak...? Hihihihi ala setapak je. Tu pun sekadar hobi berniaga. Kalau bukan aku yang "terpaksa" buat sape lagi kan? Aku ni kan anak tunggul tunggal.
Jengah2 la ke http://www.mdscollection.blogspot.com/. Jamu mata...kalau ada yang berkenan, YM/PM/ SMS/ Call je saya. Untuk Promosi semua harga termasuk kos penghantaran, tapi bagi yang duk oversea tu...
RM 10 je kos penghantaran.

Sudi-sudi lah menjadi pelanggan saya ye. Dan yang terkini saya akan bagi free gift untuk setiap pelanggan. Gift aper...? Hihihi ada lah...

  • notakaki: Jom membeli dan bergaya!!!

Friday, April 16, 2010

Macam biskut je.

Dah lama tak bercerita di sini...ada ke nak tahu? Ke syok sendiri je aku ni? Tak kisah la...Semenjak dua menjak ni sibuk bukan main lagi aku. Kan dah jadi Pengurus Besar...tugas pun makin la besar. Hihihi...pada yang tahu, tahu la ye. Yang tak tahu tu...nanti korang tahu la kan. Penat...letih...sesak kepala otak ni. Tapi, alhamdulillah terasa hidup lebih bermakna. InsyaAllah hujung bulan ni gerak balik ke kampung lagi.
  • notakaki: rezeki...rezeki...datanglah kau ;)

Friday, April 9, 2010

Makan-makan jom

Salam...sihat ke sume? Alhamdulillah...kami anak-beranak sihat seadanya....mana taknya, malam tadi papa tetiba request nak makan western. Sebenarnya puan-puan sekalian, adanyapun suami saya itu chef yang agak terror masak western...tapi dah lama saya request dia masak chicken chop and butter rice tidak jugak dia nak masak. Nak makan? Jom...terjah je restoran, senang. Alahai...Malam tadi tu kami pegi makan chicken chop kat Kota Damansara. Sebenarnya tempat ni kawan aku yang suggest. Dia kata best jugak...Kalau orang tak tahu memang susah nak jumpa, bukan apa tau. Restoran ni dalam kawasan perumahan. Memang dia buat kat rumah...bukan shop lot biasa tu. Dekorasi dia pulak, banyak barang-barang antik...Food memang marvelous dan sangat murah okeh. Memang boleh terjah selalu ;) Putra makan fries jer...tp dia mcm takut skit sebab nampak lain kot dekorasi kat situ
  • notakaki: sedap...

Wednesday, April 7, 2010

Kemana kami menghilang...?

Salam semua... Ramai dah bertanya...mana si Fara ni menghilang. Hihihihi...ramai ke? Bukan menghilang la kengkawan, tapi berehat je. Buat apa nak menghilangkan diri, bukannya kena jejak dengan Pak Polisi ke apa. Sebelum ni selalu kena kacau dengan orang gila pun tak menghilangkan diri pun. Hihihi...saja berehat. Minggu lepas kami balik kampung. Best sangat kat kampung. Lama pulak tu 5 hari. Memang puas la berjalan, dan makan. Sesape pun kalau balik kampung mesti nak makan macam-macam kan. Kami pun sama...bihun sup, nasi lemak Royale, cucur udang, macam-macam lagi lah. Hmmm...sebenarnya kami balik kampung bukan saja nak buang duit. Tapi memang ada hal lain yang nak di uruskan...Apa tu? Biarlah rahsia. Yang pasti semua berjalan lancar, dan berbalo-baloi. Hahahahaha. Korang layan je la gambar ni...ia menceritakan kegembiraan kami. Hihihi...poyos je.
  • notakaki: Rezeki Putra...insyaAllah ada.

Tuesday, April 6, 2010

Saya kembali...i'm back!!!

Assalamualaikum semua... Lamanya tinggalkan rumah ni. Dah bersawang berhabuk sana-sini. Bukannya apa...banyak sangat perkara yang berlaku yang menyemakkan jiwa. Bila jiwa semak, otak serabut, hati pun tak tenteram, maka terpaksa lah aku merehatkan minda cari ketenangan dan buat keputusan. So, ayuh bangun!!! Hari ni mamaPutra dah kembali...lebih bersemangat, dan ceria. Tapi, masih memerlukan motivasai daripada kawan-kawan. Tolong yer kawan-kawan, berikan semangat dan sokongan mudah-mudahan usaha dan pengorbanan yang aku buat ni berbaloi. InsyaAllah dengan sokongan ibu, suami dan sahabat akan memberikan kejayaan buat aku...
  • notakaki : buat yag terbaik...

IKLAN