- notakaki: balik Meru la minggu ni. dh lama tak jumpa nenek.
Thursday, February 25, 2010
Cuti Maulidur Rasul
Assalamualaikum...
Esok bercuti lagi kita 3 hari...Korang dah ada plan ker? Kami sekeluarga macam biasa la kalau plan susah nak menjadi sebab papa selalu je ada plan tergempar. Tapi mama dah plan lama nak kemas pasu-pasu bunga yang dah semakin layu tu sampai hari ni tak menjadi. Asyik berjalan je kejenya. InsyaAllah esok nak gi cari tanah, pasu dan yang pokok bunga kertas. Hurm...tu pun kalau penyakit rajin datang kalau penyakit malas yang ado? Hahahaha.
Tadi maktok Putra call, mama bagitau la nak pegi beli motor mainan kat Putra petang ni. Tau apa maktok cakap? Tak payah la...nanti mama nk belikan. Alhamdulillah...selamat duit i, hihihihi. Kalau cucu nak ape sume dapat, kalau anak nak?
Tuesday, February 23, 2010
Bila
Duk mengira hari. Bila nak gaji...Nak sopping ni. Huhuhuhu...duk mengira hari jugak nak dapat sesuatu. Tapi, apakah itu 10% atau hanya 1%....hahahaha. Oh,nak kemana hujung minggu ni? Cuti 3 hari lorrr.
notakaki : ^^
Friday, February 19, 2010
Rezeki lagi
Rezeki terpijak ke bila dapat VSS di kala usia menginjak ke 50 tahun?
Anak mu yang baik hati ni nak jugak tumpang sekaki wahai mama...hahahaha. Siapa lagi kalau bukan yang satu-satu nya anak mu yang comel lagi taat ni. Pada siapa lagi nk mencurahkan lebihan RM itu. Tak gitu kengkawan???
- notakaki: tlg bayar muka vios pun jadi la...(berangan kejap ^^)
Dia yang...
Thursday, February 18, 2010
Akhirnya...
Memang kisah kami ni tak boleh di jangka...asal nak gerak je jadi. Mulanya plan asal memang kami takkan kemana-mana nak duk rumah je sepanjang 4 hari cuti CNY. Jadi hari Sabtu tu kami keluar awal pagi pegi sarapan kat luar. Memang dah biasa sarapan kat luar kalau hari cuti (nmpak sgt la pemalas aku ni kan) Dah siap sarapan saje je la jenjalan...pusing2 Shah Alam. Cari apa yang patut. Pastu pusing2 ke Kota Damansara pulak. Dah penat pusing2 duit pun agak dah semakin berkurang gerak la balik ke rumah. Duk je la kat rumah melayan TV. Mood nk berkemas nk mengemop semua gone. Tak tau kenapa...mungkin bila duk kat sliding door tu tengok parking banyak dah kosong hati pun mula la berlagu sayu. Alahai mengada tul. Petang tu keluar lagi pegi cari rojak kat Subaidah KD. Herm...
Hari Ahad pagi tu keluar breakfast jugak...pastu suami ajak jenjalan ke Tanjung Malim. Saje nak abiskan minyak kete la tu. Dah boring duk rumah. Last2 bukan ke Tanjung Malim...ke Teluk Batik jadinya. Nak terus ke Pangkor tapi penuh...pastu terus je menuju ke SINI. Best walaupun jauh sangat perjalanannya...Tapi malang orang yang di cari tak jumpa..hanya Grand Livina nya saja. Memang bukan rezeki kami nak bermalam kat situ. Tapi tak per...next time will come again ;)
Korang tau akhirnya kami sampai ke mana....? Cuba teka. Hihihi...
- notakaki: perjalanan yang sungguh jauh tapi membahagiakan walaupun keletihan ;)
Kemana cuti ?
Salam semua...
Cuti yang panjang kan? Hari ni pun masih ada yang bercuti lagi. Aku? Sepatutnya semalam dah start keje tapi oleh kerana keletihan yang melampaui batas maka MC la aku semalam , hahaha. Ye la mana tak letih, sampai Subang pukul 1.00 pagi. Jalan memang sangat jammed. Walaupun bukan aku yang drive tapi keletihan tu mengalahkan driver. Hahahaha...pagi semalam pukul 5.00 pagi selamba je cik abang aku bangun siap gi keje. Aku dgn Putra sambung tido sampai pukul 12.00 tghari. Pecah rekod tul, hihihi...
Korang pegi mana cuti tadi? Kitorang....herm. Memang panjang cerita. Kan aku dah kata, suami aku tu memang tak boleh nk plan. Rasa nak ke mana terus start kete jalan...So ke sini lah kami...
Friday, February 12, 2010
Selamat bercuti...
Bercuti panjang kita hujung minggu ni. Macam-macam plan korang kan. Apa pun hati-hati selalu, jaga diri baik-baik. Semoga ceria di cuti yang panjang nanti. Kita jumpa lagi minggu depan ya. Nak balik discuss dengan En. Suami nak balik kampung ke tak. Huhuhu...mama baru je call tanya nak balik ke tak. Owh sungguh syahdu. Bukan tak nak balik...tp bulan depan kan nak balik lagi...Penat la nak balik selalu. Jauh...Naik FF mmg murah, tapi...(tak de alasan nk bagi...) Sbbnya aku ingat nk menyoping kat Nilai 3. Ngee...
Happy chinese new year to all !!!
- notakaki: jgn percaya sgt. tetiba jap lagi dah sampai kedah. hahahaha...
Thursday, February 11, 2010
Birthday party - Part 2
Salam...
Birthday party untuk Putra mama decide tak payah buat. Kami celebrate bertiga sahaja di rumah. Itu cerita kemudian, ok.
Mama fikir nak belanja kawan-kawan ofis mama saja. Jimat belanja dan tak payah kotor rumah. I memang malas nk mengemas rumah, sebab rumah kami memang sentiasa kemas. Hihihihi...betul serius. Tolong percaya ok.
Jom, layan je la gambar kat bawah ni ;)
Nasi tomato + ayam masak merah + dalca
Peace !!! Mama yg cun pun nk merasa jugak hasil air tangan papa Putra.
Korang jamu mata je la ye
- notakaki : bos mama pun join sekaki...siap bg hadiah (angpau) unt Putra.
Wednesday, February 10, 2010
Oh sedapnya..
Wednesday, February 3, 2010
Hari ni
Salam...
....................aku nak bagitau korang semua. Mulai hari ni kami (aku dan kawan2) dapat makan tengah hari tanpa perlu pening2 nak fikir pasal bajet lagi. Lagi tak payah susah payah keluar di tengah hari yang panas terik tu. Hahahaha (sila gelak ala2 penyamun tarbus...). Sebelum ni kan mesti la nk kena bajet untuk makan. Sekarang ni bukan lah tak de bajet langsung tapi kurang la sikit. Sebab big bos kami dah bagi subsidi makanan untuk semua staff. Best kan...?
- notakaki:
semakin byk la duit simpanan kami..hahahahaha xde maknanya...
Tuesday, February 2, 2010
Pengumuman....
Ewah...tajuk macam nak buat pengumuman penting untuk semua. Padahal untuk diri sendiri jer. Apakah itu? Hahaha...Sebenarnya, aktiviti membasuh secara manual telah tamat. Dalam erti kata lain, "kami" dah dapat mesin basuh. Yer...mesin basuh baru lagi. Baru je sampai petang semalam dan secara rasminya saya telah mencubanya malam tadi. Hasilnya....? Mesti lah sangat berpuas hati. Alhamdulillah, dah tak payah risau lagi nak sakit-sakit badan basuh kain.
Kan betul kata saya...kalau kita terima dan redha dengan dugaan Allah, pasti ada hikmah dan jalan di sebalik kejadian. Macam kes saya ni, mesin basuh saya tu memang dah lama seusia perkahwinan kami. Tapi masih berfungsi dengan baik dan tak pernah bercadang pun nk upgrade mesin basuh ni. Tapi dah takdir kami dapat mesin basuh baru. Syukur la kan.
- notakaki: :) Panasonic 6.2kg.
Monday, February 1, 2010
Sakit pinggang
Assalamualaikum....
Hari ni orang Wilayah semua bercuti kan? Seronoknya... Aku sepanjang hujung minggu lepas sibuk. Memang padat sangat dengan aktiviti. Yang paling terasa sangat ialah aktiviti membasuh. Memang menduga kesabaran. Korang kan tau, mesin basuh aku dah gone with the wind rosak. nasib baik la ada pembantu...Nak tengok pembantu saya yang rajin??
(Amaran: jgn tengok lama-lama. pembantu saya seksi, tak tutup aurat lagi..)
Hihihihi...inilah dia pembantu kesayangan saya yang setia membantu saya. Mula tu memang saya yang basuh, tapi letih la dah berapa trip kan. Abang pulak offer nak tolong...tapi sian abang lepas siap basuh je dia mengadu sakit pinggang. Hahahaha..saya pulak cramp paha ni.
Cuba la tengok yang bersidai tu. Entah bila nk kering...Dah tak ada ruang nk gantung
Kat grill pun terpaksa sidai...
Sori la dah tak larat....
- notakaki: dugaan semua ni. pasti ada hikmah...
Subscribe to:
Posts (Atom)