MY EVERYTHING

Lilypie Kids Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers

SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG

Monday, January 25, 2010

Orang luar

Manusia...banyak ragam banyak perangai. Yang sentiasa ingat dirinya betul, yang sentiasa fikir dia yang paling pandai, dia yang paling berbudi, dia yang paling baik, dan segala yang terbaik adalah dia. Apa yang pasti itu bukan aku. Aku hanya insan biasa (REFER PROFILE AKU. AHAKS!!!) Lagi pula aku memang tak suka ambil tahu hal orang lain kecuali orang itu telah masuk campur hal aku. Hal keluarga aku adalah hal yang paling aku tak suka orang luar masuk campur. Yang lebih pandai akan perhubungan kami saudara-mara. Yang menilai akan kebaikan atau keburukan kami sekeluarga. Itu semua adalah hal keluarga kami. Harus di ingat, air di cincang tidak akan putus. Begitu juga dalam kaitan hal kekeluargaan. Walau jauh mana pun jarak kami, walau selama mana pun kami tidak berhubung, pasti satu hari kami mesti berjumpa. Di majlis kenduri, di hari raya atau paling tidak di hari pengkebumian. Pasti saudara-mara kami di sana. Anda sebagai orang luar, jangan risau, jangan susah hati, jangan pulak nak menjadi orang tengah mendamaikan kami yang sentiasa damai. Sudah lama tidak berhubung bukan bermakna kami bergaduh. Jauh sekali nak memutuskan silaturrahim yang sememangnya tidak akan putus dengan pertalian darah. Kami punya alasan sendiri. Sibuk dengan tugas masing-masing. InsyaAllah tiada perselisihan kami saudara-mara setakat ini. Melainkan melalui cerita rekaan orang luar tentang kami. Pada orang luar, jaga saudara mu sebelum menjaga hal orang lain. Perselisihan faham antara kami berpunca daripada anda, orang luar. Tapi kami bukannya bodoh untuk terus percaya hasutan kamu. Bagus lah kalau anda orang luar semakin insaf dan bertaubat. Mudah-mudahan taubat mu selari dengan iman dan amal mu. Mujur aku tiada saudara kandung. Takut rasanya kalau di hasut orang luar begitu-begini. Saudaraku, kita bersaudara di dunia dan akhirat. Jaga hati dan telinga mu. Jangan mudah percaya pada orang luar.
  • notakaki: alhamdulillah, bila orang luar semakin insaf dan bertaubat. aman hidup kami selepas ini.

4 comments:

Ena said...

Zaman skrg nie fara.. kdg2 ahli kuarge sendiri pun ader yg tikam belakang.. apatah lg org luar!!.. harus waspada ngan sesaper sajer kan.. klu cerita2 yg agak2 rahsia jgn la di kongsi ngan org lain.. kot nanti jd lain.. cam dunia blogger nie pun.. kiter x saling kenal di dunia realiti.. tp senang nak berkongsi cerita kan!.. harap kat alam maya nie.. semuanyer baik2 saje.. walaupun kater pepatah rambut samer hitam tp hati lain2.. btw.. buatlah yg terbaik utk diri kiter.. InsyaAllah.. kiter akan mendapat yg terbaik juge dr sekeliling kiter.. Mudah2an.. DIA maha mengetahui kan fara!

hajarus said...

bahayakan kalau ade orang kuar yang bersifat camni kan fara...

Fara said...

ena: tu la ahli kuarge sdri pun bleh tikam kita, ni kan plak org luar. dia porak peranda kuarge kita pastu dia tepuk tangan. fara bukannya heran sgt pun pasal ni, tapi rasa sakit hati sebab ada yang rasa diri dia baiiiiikkkk sgt nk nasihat orang. padahal dia sendiri yang bawa mulut sana sini.
biar la ena, asalkan dia bahagia...buat la apa yg dia suka.

Fara said...

hajar: bahaya hajar...dia putar satu alam, abis kita sedara mara bermasam muka. padahal...takde apa yg berlaku. di sebabkan org luar ni sms yg bukan2 dh sedara kita fikir lain

IKLAN