MY EVERYTHING

Lilypie Kids Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers

SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG

Saturday, April 11, 2009

Happy Birthday to...me!

Assalamualaikum...
Hari ni hari aku di lahirkan....Wah dah semakin tua aku ni. Sedar tak sedar dah pun 25 tahun. Tapi rasa macam kanak-kanak riang jugak. Hihihi...yang meningkat hanya angkat tapi jiwa tetap sama. Kekadang terfikir, sepanjang 25 tahun aku hidup...apa yang terbaik pernah aku buat untuk insan yang melahirkan aku? Mungkin ada, mungkin juga tiada. Tapi insyaAllah aku sentiasa berusaha untuk membuatkan "dia" gembira. Pepagi lagi mama aku dah sms..."happy birthday ke 25 moga bahagia & ceria sentiasa" Itulah hadiah yang paling istimewa aku dapat. Doa dan keredhaan daripada seorang ibu. Terasa dunia ni lapang selapang nya :)
Biasanya kalau harijadi kita dapat hadiah kan? Tapi aku mengambil pendekatan berlainan. Setiap tahun, ketika harijadi aku pasti aku hadiahkan sesuatu buat mama. Kenapa aku buat begitu...? Kerana aku rasakan aku harus berterima kasih pada insan yang bersusah payah mengandung, melahirkan dan membesarkan aku. Sebab tu la mama aku suka kalau harijadi aku sbb dia pn dpt hadiah. Tahun ni aku hadiahkan mama handbag Alfio Rado warna navy blue. Tak seberapa harganya nak di bandingkan pengorbanannya pada aku.
Apapun selamat ulangtahun ke 25 buat diriku...dan terima kasih ma...I love u so much!!!

Details:

  • date - 11 april 1984
  • day - wednesday
  • time - 8.45 am
  • weight - 1.8kgs (tak cukup bulan daa..)
  • Hospital Besar Kuala Lumpur

p/s: hadiah drp suami...?? belum dapat ape2 daaa. Dia gi keje dulu cari duit.

12 comments:

LotsOfLove-Pearls said...

Happy Birthday to you Fara..
semoga gembira dan sihat di samping insan2 yang tersayang..

Thanx to mama kerana melahirkan dan membesarkan kita dengan penuh kasih sayang..

Happy Birthday To You!

yaNadzuL said...

selamat hari lahir..semoga bertambah bahagia dengan family tersayang..

naz ilyn said...

salam...
happy birthday dik fara... muda lagi tu... akak bila tengok umur fara terasa dah banyaknya umur akak... beza 10th tu... anyway semoga panjung umur, murah rezeki, bahgia selalu, dirahmati Allah... ingatlah seinci beranjak umur kita semakin pendek hayat kita...

IbuKauthar@Salwa said...

Fara..selamat hari lahir
sanah helwa ya ukht
semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki
tq for becoming a very good fren of mine (cyber fren :))

~ As ~ said...

happy befday to Fara... semoga pnajg umur dan murah rezeki.. tunggu hubby bagi hadiah ea?? :)

Qaseh said...

happy birthday to you..semoga panjang umur dan murah rrzeki ammmiiinnn..

::Umi Sufira:: said...

Happy Birthday to you...semoga panjang umur murah rezeki dan mencapai segala yang dihajati..:) Alamak terasa diri sendiri tua banget nih!ekekkee..

Arif Iskandar said...

happy birthday!!!

semoga terus ceria...

ummi said...

Fara, myb Lin yg paling lmbat wish tapi rasanya masih ok lg utk wish hepi befday kn? hehehe... smoga trus sukses dan jgn takut angka meningkat sbb Lin lg tua dr Farah daa... ngeh ngeh ngeh... thn depan Lin 30 tau, lmbang kematangan seorg wanita.... Fuiyooo... ayat... :P

Ealyie said...

Happy Birthday ke-25(mudanyerrrrrr......)

Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki olehNYa.. Ameen!

Fara said...

Thanks for all the wishes:)
Muda ker...?? huhuhuhu ramai la kakak2 di alam maya.Sesungguhnya aku mmg tak ada kakak di alam nyata pun. Terima kasih semua...:)

Ietams said...

hepi belated besday yang..
alohai mudenye lagi.. baru 25 ker..
terasa lak den ni tua. huk huk huk..
semoga dilimpahi rahmat & bahgia sentiasa.

IKLAN