Tuesday, April 28, 2009
Tuesday, April 21, 2009
Putra - 15 bulan
Monday, April 20, 2009
TAG ~ wallpaper
Di tag oleh : Kak Opie
- Anda perlu printscreen wallpaper di desktop anda yg sedang anda gunakan sekarang. Jangan tukar tau. Hihihihi
- Bgtau kenapa anda suka walpaper ini ~ Sebab ada gambar kami sekeluarga...n ada gambar Putra masa baby.
- Sila tag 10 orang
- As
- Mama Adib
- Fiezafadilla
- Pn seri Muni
- Qaseh
- Ieta
- Kak Salwa
- Umi Sufira
- Kak Yana
- Kak Nazilyn
Sekian terima kasih...
**dalam kesibukan ku gagahkan diri yg sememangnya gagah perkasa ayu ni untuk siapkan tag.
Sunday, April 19, 2009
Berehat
Salam buat semua...
Minta maaf ler sebab tak sempat nak singgah ke "rumah" korang dan meninggalkan jejak. Ni nak update entry pun malassss. Maklumlah, sejak besday ku hr tu asyik berjalan sana - sini. Dengan aktiviti kat Subang Impian ni yang macam-macam. Pertandingan bola tampar antara blok la...latihan bola jaring la...main badminton la...bergossip di bawah pokok laaa...dan macam-macam lagi la. Ha! hujung minggu ni meeting pemilihan AJK dan Pengurusan baru Persatuan Penduduk pulak. InsyaAllah bila dah lapang...pasti aku duk tercongok depan laptop ni mengupdate dan menjelajah ke semua "rumah". Dan membayar hutang tag juga kalau ada...
Oleh itu...aku mengumumkan akan berehat sebentar dari alam maya ni kerana byk keje di alam nyata. Waaaaa....kawan2 jgn lupakan aku tau!!!
Putra potong rambut
Saturday, April 11, 2009
Happy Birthday to...me!
Assalamualaikum...
Hari ni hari aku di lahirkan....Wah dah semakin tua aku ni. Sedar tak sedar dah pun 25 tahun. Tapi rasa macam kanak-kanak riang jugak. Hihihi...yang meningkat hanya angkat tapi jiwa tetap sama. Kekadang terfikir, sepanjang 25 tahun aku hidup...apa yang terbaik pernah aku buat untuk insan yang melahirkan aku? Mungkin ada, mungkin juga tiada. Tapi insyaAllah aku sentiasa berusaha untuk membuatkan "dia" gembira. Pepagi lagi mama aku dah sms..."happy birthday ke 25 moga bahagia & ceria sentiasa" Itulah hadiah yang paling istimewa aku dapat. Doa dan keredhaan daripada seorang ibu. Terasa dunia ni lapang selapang nya :)
Biasanya kalau harijadi kita dapat hadiah kan? Tapi aku mengambil pendekatan berlainan. Setiap tahun, ketika harijadi aku pasti aku hadiahkan sesuatu buat mama. Kenapa aku buat begitu...? Kerana aku rasakan aku harus berterima kasih pada insan yang bersusah payah mengandung, melahirkan dan membesarkan aku. Sebab tu la mama aku suka kalau harijadi aku sbb dia pn dpt hadiah. Tahun ni aku hadiahkan mama handbag Alfio Rado warna navy blue. Tak seberapa harganya nak di bandingkan pengorbanannya pada aku.
Apapun selamat ulangtahun ke 25 buat diriku...dan terima kasih ma...I love u so much!!!
Details:
- date - 11 april 1984
- day - wednesday
- time - 8.45 am
- weight - 1.8kgs (tak cukup bulan daa..)
- Hospital Besar Kuala Lumpur
p/s: hadiah drp suami...?? belum dapat ape2 daaa. Dia gi keje dulu cari duit.
Friday, April 10, 2009
Tag...Gambar Profil
Tagged by: Ealyie
- Letakkan gambar profil anda
- Terangkan maksud gambar itu
Seorang wanita yang ayu bertudung...dan mata nya yang bulat itu membuat aku perasaan seolah-olah aku sangat menarik perhatian aku.
- Kenapa pilih gambar itu
Kerana ianya sangat ayu dan sopan. Sedap mata memandang...
- Nak tag siapa
Wednesday, April 8, 2009
Kenduri
Kek Batik part 2
Monday, April 6, 2009
Tak sempat
Subscribe to:
Posts (Atom)