MY EVERYTHING

Lilypie Kids Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers

SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG

Wednesday, December 30, 2009

Tetiba...

Menginsafi diri seketika... tetiba tengah busy dengan kerja yang menimbun ni boleh plak aku teringat kat singki rumah aku ada pinggan + cawan yang dah 2 hari tak basuh!!! Adehhhhh!!! Mesti korang pikir...apa la si Fara ni buat sampai 2 hari tak basuh pinggan mangkuk. MasyaAllah. Citer nya macam ni. AWAS CERITA NI MUNGKIN PANJANG BERJELA Semalam (30/12/2009) aku balik je dari ofis...mandi, solat pastu terus keluar pegi makan kat Kedai Abang Lan (nasi lemak ayam goreng berempah). Fuh!!! Aku balik keje kan pukul 6.00 tu pun bukannya sharp 6.00 keluar, bos ada...kena la kipas skit. Dah siap makan gitu-gini, terus gerak ke Meru...rumah kakak angkat aku. Suami dia panggil abang minta tolong merinate daging kambing. Dorang nak buat BBQ. Besday anak jiran kakak angkat aku hari ni nak panggang kambing sekor. Dah sampai Meru tau je la...sambil abang buat keje, aku dengan kak Nab apa lagi..borak la. Putra pun sedap je tido. Rancak la kami bercerita-ceriti. Tengok jam dah kul 11.00 malam. Hahahah...gerak balik Subang. Sampai rumah terus pengsan.
  • Macam mana plak dah 2 hari tak basuh???
Hari sebelumnya tu...(29/12/2009) Balik keje terus menggedik ke Giant Kota Damansara. Beli barang untuk merinate daging kambing semalam tu. Dah ke situ...mata pun meninjau ke lain. Tak sedar, jam dah pukul berapa...balik rumah, letih terus tido. Hahahahaha. Tak senonohkan laki bini macam tu. Harap-harap balik jap lagi singki clear, sbb encik hubby balik awal tadi ;)
  • notakaki: apa nak jadi dengan aku ni???
update: hampeh laki aku pun tak basuh. aku gak la yang kena ;(

Monday, December 28, 2009

Sampai juga

Cuti 3 hari tiap2 minggu di bulan Disember...dah tak tau ke mana nak berjalan. Mana taknya, tiap2 minggu cuti panjang. Minggu pertama cuti, balik kampung...kampung Meru je. Hihihihi. Minggu kedua, duk rumah...mengemas, mencuci, dan segala yang berkaitan lah. Senang cerita, jadi bibik 3 hari tanpa gaji, tapi berkat, InsyaAllah ;). Dan minggu lepas...hari Jumaat, melapuk je kat rumah sebab belum gaji. Huhuhu...plan nak balik Kedah pun cancel. Tapi hari Sabtu tu....kitorang ke Seremban. Hihihihihihi... Bukan nak ke seremban pun, tapi sesat sampai ke sana. Cadangnya nak ke Nilai 3. Cuci-cuci mata. Tapi duk sembang punya sembang si suami dan isteri yang bahagia tu...terlepas pulak simpang ke Nilai. Hahahaha...Lajak sampai ke Seremban. Pusing balik ke Nilai ikut jalan bawah ikut Labu. Tapi sampai la jugak ke Nilai 3. Beli apa? Malas nk cerita sebab belum gaji, hihihi. Boleh la...penuh kereta comel ku ittew. Tapi kan, masa kitorang on the way tu...hari pulak hujan. Boleh kata ada 5-6 eksiden. Jalan pun jammed. Bukan sebab eksiden, tapi sebab keprihatinan rakyat Malaysia nak tengok...
  • notakaki: minggu ni nak ke mana pulak? "roomate" ajak balik kampung.

Tuesday, December 15, 2009

Cat

Assalamualaikum semua. Hihihi macam ramai je ;) Lama nya ku duk diam. Langsung tak ada update cerita baru. Bukannya tak de cerita. Banyaaaaakkk sangat nak cerita ni. Tapi masa pulak tak ada. Ni pun curi-curi tau. Hihihihi. Nak berinternet kat rumah pun tak sempat. Selalu je di ganggu Si Bujang kesayangan sorang tu. Kat ofis ni macam biasa la kan, keje memang sentiasa ada. Mana pernah nak sempat berfesbuk macam dulu lagi. Hahahaha. Tipu!!! sempat la jugak, tapi masa tu tak banyak la. Keje dah la penuh menimbun kat atas meja ni. Huh!!! Tak tau nak mula dari mana sebab banyak sangat nak di ceritakan. Emm..bestkan sepanjang bulan 12 ni, keje 4 hari je. Owh bahagianya...minggu lepas cuti tak kemana pun kami 3 orang. Berehat-rehat kat rumah je. Hari Ahad je balik Meru kejap tengok nenek. Seronok kemain putra dapat pegang "cat". Hihihi...ye la atuk dia suka bela kucing, Putra pulak sealunya dapat tengok je cat tu sebab mamanya penakut cat. Hahahahahaha. Suka nenek aku dengar Putra duk sebut "cat, cat cat". Nenek cakap...Na baru nenek tahu kucing tu cat. Hahahahahahahaha. Nenek...nenek.
  • notakaki: ;-)

Saturday, December 5, 2009

Kesinambungan...

daripada entry yang ni. Nak balik ke rumah dari S.g Bu.loh, kitorang ikut jalan Pay.a Jar.as, shortcut la kan. Hari ni kan Sabtu ada pasar malam pulak lagi la sesak jalan tu. Tapi kitorang bukan pegi pasar malam tu, pegi pasar malam kat area rumah ni je. Eh, xde kena mengena dengan apa yang nak aku cerita la plak. Hihihihihi...melalut.
  • Ok, back to the pangkal jalan story. Masa lalu situ kitorang ada ikut satu kereta MyV , kebetulan dia pun shortcut la kot. Encik abang ku perasan rupanya anak orang kete myV ni duk sedap berbaring kat dashboard belakang tu. Entah la korang panggil apa. Alaaa yang kat belakang kereta yang orang selalu letak bantal ke, tisu ke, bunga tu. Ha, kat situ la dia. Anak dia tu lebih kurang umur dalam 5-6 tahun la kot. Masyaallah. bahaya kan?

Tak tau la kalau mak ayah dia tak perasan anak dia landing kat situ. Ataupun dalam kereta tu ramai sangat so mak ayah dia suruh dia baring kat situ. Entah laaa...

  • notakaki: geleng kepala je la

Sam

Alahaiiii mak menangis sedu sedan gitu. Sodihhhh!!!! Sam terkeluar da. Suara dia memang sedap, tapi kenapa malam ni dia terkeluar? Huhuhuhu. Tetiba plak layan I.dola Kecil...emmm
  • notakaki: malam ku suram...siang ku kelam...klu aku nyanyi lagi mesti banjir satu malaysia

Mood ntah ke ma

Hampeh tadi petang baru teringat Le.no ada sales kat Kota Damansara ni. Huhuhu...time tu dh dekat pukul 5. Sempat lagi la berperang merajuk dengan encik suami. Kononnya tak nak pegi. Hahahahahha.....dia dah siap i pulak tak nak pegi. Huhuhuhu. At last pegi jugak laaa. Mengada je kan? Sekali sampai sana, bukannya jauh pun kan...5minit je dah sampai. Tengok mak aiii penuh sesak parking. Orang punya la ramai. Dah la tempat dia buat tu sempit. Terus mood nk buang duit, shopping ilang. Harga dia memang giler murah. Tapi di sebabkan suasana tu macam tu, mood Putra pun apa lagi, terus jammed. Mama dia pun tak sempat la nak memilih. Tapi abang cakap ambik la kasut sepasang. Dalam sesak dengan macam2 bau tu rembat jugak la sepasang. Buat pengubat duka. Hahahahahaha.

Pastu terus gerak ke The.Store Sg Bu.loh. Encik abang tu sibuk nak cari henfon gadget dia. Balik terus singgah pasar malam. Hahaha, hari coti pun tak tau nak masak jugak.

  • notakaki: letih sungguh hari ni

December rain

Hihihihi...tajuk memang tak bleh blah. Assalamualaikum...dah bersawang "rumah" ni sama je dengan rumah di alam nyata. Lintang pukang macam kapal karam( bak kata zura, my colleague). Hihihi...bukan apa tau. Skg ni kan musim hujan...baju2 pn banyak yang tak kering. Mood nak mengemas rumah pun ilang. Hahahahahaha...alasan!!! Tadi pagi lepas kena roti canai 2 keping baru la mood mengemas mari...Alasan lagi. Tak de laaaa...aktiviti hujung minggu memang macam tu la kan. Tapi hari ni memang banyak betul aku basuh. Ada la 3 mesin. Campur baju Putra lagi...dah 4 mesin. Pastu pening mana lak nak sidai. Nasib baik la tengahari tadi ada panas sikit. Minta tolong suami sidai kat pagar belakang sana. Tu pun sampai petang tadi tak kering jugak...sebab panas pun ala-ala manja gitu. Kat yard belakang ni dah macam kedai dobi jadinya. Adussss.
  • notakaki: tak tau nk kemas rumah cmner...dh boring.

Saturday, November 21, 2009

November rain

Wah…tajuk cam gempak je. Ye la sekarang ni kan musim ujan. Pakaian bersidai banyak tak kering yang menunggu turn nak masuk machine pn banyak. Aduh, kena plak Putra 2-3 hari ni tak sihat. Muntah atas katil dah bertukar-tukar cadar pulak. Sama je cam kisah dgn si Ealyie tu. Huhuhuhu…

Gambar: ihsan pakcik Google

Tadi aku baru je siap basuh 3set cadar, dgn 1 selimut. Mana nak sidai??? Dah pening…ampaian aku yang berkurun tu  dah reput siap tumbang minggu lepas. Dah ku suruh suami angkut buang kat tong sampah. Ni duk berkira-kira nak pi sidai kat pagar belakang tuh. Hahahahahah…tapi takut plak security sound. Ye la…kalau tak, mana nak sidai kan?

  • notakaki: minta2 la hari ni panas sampai ke petang.

Monday, November 16, 2009

Bila aku sudah fenin...

Tak tau.....feninn la. Mau buat satu keputusan yang susah!!! Susah bila keputusan tu boleh buat orang rasa susah. Jadi senang bila keputusan tu orang rasa senang tapi kita rasa susah. Apa ni?? Adooooiiiiiiiiiii. Sakit jiwa nk fikir and buat keputusan.
  • notakaki: idea ke lain, otak pusing ;p

Friday, November 13, 2009

-sakit-

Hari ni dah Jumaat, plan untuk berpoya-poya dh siap dalam kepala. Hahahaha. Tapi en drebar cuma bersetuju untuk ke Jasko je. Jasko OU, Jasko Midvalley, Jasko Bikit Tinggi? Mana satu Jasko tak tau... Tapi mood nk berpoya-poya tu hilang sebab aku SAKIT GIGI hari ni...waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.
  • notakaki: cepat la baik wahai gigi. aku ni dah la penakut nk jumpa dentist

Wednesday, November 11, 2009

Syukur...

Alhamdulillah...baru je dapat tau ada rezeki lebih untuk kami. Syukur sangat ya Allah. Walaupun tak banyak tapi kami tetap bersyukur. Mudah-mudahan rezeki kami semakin banyak.
  • notakaki: seronok sangat!!! bleh la beli apa yang patut. simpan sikit...hihihi.

Thursday, November 5, 2009

Tak de maknanya...

Rasanya cita-cita nk jadi SAHM tak kan kemana...sebabnya, baru setengah hari ni aku duk rumah melayan karenah bujang senang ni dah rasa macam nak pitam. Serius...penat sangat. Aku mengemas kat sini...dia sepah kat sana. Duk sekejap tumpahkan air. Baru siap lap lantai tumpah biskut pulak. Aku duk berehat layan TV dia masuk bilik...selongkar buku2 aku pulak. Hadoiiiii. Macam nak hantar je dia ke rumah ibu. Aku masuk bilik air melepaskan hajat...berdentum pintu bilik air dia ketuk, menangis tak ingat. Aku nak sidai baju, dia menangis nak dukung...ajak deda. Macam-macam hal la. Aku hari ni sempat tenggek nasi je. Tu pun nasib baik guna rice cooker kalau tak...tak tau la. Lauk sempat beli je. Hahahahaha....macam mana nak masak kalau macam ni. Mau aku pengsan. Sempat aku membloggong ni pun sebab dia baru je kekenyangan deda...aku on aircond terus tido. Alhamdulillah...lega sikit. Ni dah separuh hari, rumah belum berkemas. Memang tak tahan la kalau tiap2 hari gini. Aku rasa aku keje lagi sedap. Balik petang je nak melayan karenah dia. Paling2 2-3 jam dia dah tido. Aku pn dapat rehat. Puas la minggu ni aku jadi surirumah sepenuh masa sebelum start keje next week. Cuti pn macam tak cuti, lagi penat adalah. Rasanya budak yang duk dgn orang memang cam tu kot. Bila mak dia ada, dia pun mula la buat perangai. Tak pe la...layan je la. Next week back to normal routine. Tapi sesekali ingat...best jugak melayan dia. Bukannya selalu dapat macam ni. Bahagia nya la kalau duk rumah je duit masuk ribu riban dalam akaun. Huhuhuhu...
  • notakaki: kalau keje nak cuti...bila cuti penat pulak.

Wednesday, November 4, 2009

SAHM...best ke?

Wah bestnya dapat berehat kat rumah. Tak de nak pikir masalah keje...(sementara je nih). Kalu bleh duk rumah jadi SAHM kan best...
  • notakaki: sori ler entry pendek secotet. tetiba sakit peyut. daaa

Thursday, October 29, 2009

Belum lagi daaa

Hari ni pun belum ke? Aku dah makin tension ni...Hati dah memberontak nk moping shopping esok. Nak kena pinjam dengan asben ke...guna kad hutang? Alahai...
  • notakaki: ~berhenti berharap~

Wednesday, October 28, 2009

Bila ?

Plan hari Jumaat nak g shopping...tapi hari ni belum gaji lagik. Bosannyaa!!!
  • notakaki: patutnya hari ni gaji kuar, tapi bos tu buat2 bizi lak nk sign chq. Perasaan ku hampeh. Tak de mood nk buat list shopping-moping

Monday, October 26, 2009

Kenduri

Mggu lepas ada kenduri kawen kat kawasan perumahan kitorang ni. Anak jiran kawin dengan anak jiran. Hahahahaha...meriahkan? Minggu depan turn rumah pengantin lelaki pulak. Maknanya kitorang makan dua kali dan dua kali penat jugak la pada dorang yang jadi penanggah tu. Hari kenduri tu, aku langsung tak pergi ke dewan. Sebabnya...Putra tido start dari kul 12.30 sampai kul 3.30 baru bangun. Macam mana aku nk pegi. Memang bertuah anak jantan aku tu. Punya lama dia tido...Nasib la papa hari tu bawa bawa balik nasi dengan lauk kat mama. Kalau tak, kempunan la mama.

Saturday, October 24, 2009

Layan je la

Macam - macam gaya Putra....
Layan citer Barney...macam2 style :)
  • notakaki: ptg2 Putra suka citer Matahari...yg lagu...Allah yg ku cintai tu. Memang terpaku la depan TV

Tuesday, October 20, 2009

Putra - 1thn 9 bulan

Anakanda kesayangan kami dah 1 tahun 9 bulan hari ni. Sori ye, tak ada kek untuk hari ni. Terpaksa berdiet dulu berat mama dah semakin laju menuju ke puncak. Hahahahah..tu la dulu eksyen lagi kata badan tak naik la, menten la. Ambik ko. Dah terasa seluar ni semakin ketat. Ahaks!!! Balik ke cerita sebenar, Putra dah makin cerdik, makin berisi sikit, dan yang penting masih ''deda'' dengan mama. Sengeh sampai ke telinga (gambar). Mama snap pagi tadi...baru je bangun tido, muka pn tak basuh lagi tu. Pastu laju je menuju ke dapur nak ambik pinggan sambik mulut duk sebut "nak cik", "nak cik" . Hihihihi...nak makan nasi rupanya. Seawal jam 7 pagi dah makan nasi goreng. Nasib baik la mama bangun awal hari ni, sempat menggoreng nasi jugak. Macam tau2 je anak mama lapar pagi ni.
  • notakaki: semoga anak mama terus membesar jadi anak yang baik, cerdik dan beriman. papa mama sayang putra :)

Port baikkk punyerrr

Hari ni letih betul jari jemari ni. Hihihihi...mengupdate baru 2 file dah bising. Ada lagi 1 je file menanti...Yang lain2 memang banyak sangat nk update. Adoiiii...pas ni sure kena ambik cuti, berehat...nak ke mana yer? Ada idea tak, destinasi bajet la.
Sambil tu ada jugak yang berkesempatan berurut. Sedap ooo sesekali berurut kan. Yela letih buat keje. Jom berehat seketika. Hahahaha.( Cam iklan...)

Kat ofis kitorang ni siap ada tukang urut. Hihihihi. Akak cleaner ni memang pandai mengurut tau.

Kat bawah meja pn jadik la...yang penting lenguh2 badang ilang. Angin pun keluar...hihihihi. Fara pun penah urut dengan akak ni last week masa jari ni terkehel gara-gara si bujang senang aku tu.

Dorang coverline la tu. CCTV on, tapi gatai jugak nk berurut...pandai2 la cari pot. Kat bawah kaki aku jugak dorang duduk.

  • notakaki: mggu depan nk berurut la jugak. dah lama tak urut...

Friday, October 16, 2009

Aku memang bengang skg ni

Aku baru je balik dari C.I.M.B Bank...mengeluarkan sejumlah wang yang sangat besar jumlahnya okeh. RM30,500.00. Bukan duit aku, tapi duit company. Yolah aku kan akauntant tak bertauliah terpaksa la buat keje gila macam ni. Dah tu aku pegi draw duit tu dengan seorang perempuan okeh? Yang langsung tak leh jadi bodyguard aku, sebabnya...dia pun kurus kering macam aku jugak. Bahaya kan? Aku sebenarnya sungguh bengang dengan dia. Bukan aku marah cuma macam geram. Cuba korang bayangkan...lepas je aku kuar dari bilik kebal mengisi duit yang penuh dalam handbag aku yang comel ni buleh dia ajak aku singgah A.VON kat sebelah bank tuh. Hadoiiiiiii...Kak oii, aku bawa duit 30RIBU bukan 30hengget. Buatnya penyangak rembat itu beg mampus aku tau. Sabar je la aku...masuk le jugak ke kedai A.VON tu. Tapi dalam hati Tuhan je la yang tahu. Padahal big bos dah siap pesan, klu kete pancit sekali pun jangan keluar dari kete. Nak marah, dia lebih tua dari aku. Diamkan aje la...Next time tobat aku tak mau pi bank dgn dia lagi. Untuk urusan lain OK, withdraw duit minta mahap. Makcik pencen dah.
  • notakaki: susah jugak nak ajar orang yang lebih berumur dari kita. klu tegur salah, tak tegur lagi banyak masalah.

Thursday, October 15, 2009

Esok

Start esok..meja ku yang besar gedabak ni akan penuh menimbun dengan file2 yang belum siap di update. Huwaaaaa....Banyaknya nk kena update, mampus aku. Mula la berbinau balik biji mata ni. Huhuhuh...baru berangan nak makan gaji buta goyang kaki. Tapi tu la aku, bizi bagai orang gila pun sempat je melayan fesbuk.
  • notakaki: kena speed gear 5!!!

IKLAN