MY EVERYTHING

Lilypie Kids Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers

SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG

Saturday, September 24, 2011

Janji manismu ku tagih jua

Ini lah tuntujan janji-janji manis mu .....yg mama bgtau kat entry lepas

Gara-gara si abang layan JJCM kt tv3 ahad lepas....











Puas le hati kamu yer nak....

jam2 tu jugak kol papa. "Abang nak pegi kedai Ipin ni, abang lapar..."
papa yg tau ape2 kt tmpt keje blur kejap. "ada ke kedai Ipin....kat mana?"
"Kt tv la....abang nak pegi  ni..." papa pun bikin janji manis...."esok papa off kita pegi yer...."

* janji-janji manis papa kat mama bila nk tuntut yer...? hukhukhuk

Pendapat mama: Cafe ni biasa2 je...tapi bg bebudak mungkin best giler sebab banyak sangat gambar2 karakter dalam cerita Upin Ipin. Teruja sangat sampai susah nk makan. Harga pun...boleh tahan la. Senang je nak cari cafe ni. Betul2 belakang Jakel seksyen 7 Shah Alam.

Wednesday, September 21, 2011

Gedik la pulak

*Amaran : Gedik yang tidak terlampau =) Boleh ditonton secara UMUM

Apa kes dua beranak ni duk menggedik tak pasal-pasal. Hahaha...ni time dah boring la ni. Penat menunggu papa ada hal kat tempat keje masa hari cuti. Hari cuti pun pegi tempat keje....sah la nk belikan bini nya banglo 15 tingkat.
Balik je dari klinik, cucuk Indah terus je papa bawa kami ke KLIA.( tempat keje dia la tu.) Ermmm....sah2 la kena tunggu sampai lebam dalam kete. Papa jumpa big boss bagi reason kenapa tak nak pegi outstation ke Langkawi hari ni. Hai, kalau terpaksa pergi, mama pun terpaksa la berani-berani kan diri duduk kat rumah dgn anak2. Dua minggu tu, klu setakat 2 hari tahan lagi. Alhamdulillah dorang cari alternatif lain dulu...tapi standby je la papa tu bebila je kena terbang jugak klu dipaksa.

Dah settle keje papa...abang Putra dah mula menuntut janji manis papa. Apa kah itu....nantikan sambungannya. Mama nk mandikan adik dulu yer.


Indah dah 3 bulan

Hari ni genap la budak tomey Indah ni 3 bulan. Ni mama ambil gambar Indah tengahari tadi, tengah deda =)
Minggu ni Indah asyik buat perangai je. Biasala budak nak beralih bulan macam-macam ragam la kan. Selalunya Indah nangis ala-ala manja versi balada je. Tapi minggu ni rock kapak terus. Hai...pening juga la mama nak memujuk dia. Harap-harap lepas ni Indah behave macam biasa yer.

Buah hati mama ni dah pandai mengiring...tapi belum berjaya meniarap lagi. Sekarang ni kalau mama letak elok2 atas bantal pun kejap je. Tengok2 dah beralih ke lain. Lasak jugak adik Indah ni. Kaki tangan asyik kayuh je macam abang jugak. Suka sangat isap jari. Sebab tu mama pakaikan lagi sarung tangan sebab dah pernah terkena mata kuku dia tu.

Yg ni gambar masa dah lepas kena cucuk. Tak nangis pun. Alhamdulillah demam pun tidak. Lepas balik dari klinik papa bawa jenjalan. Ok jer...tak buat perangai pun.


Alahai masa cepatnya berlalu. Rasa macam baru je Indah lahir ke dunia ni. Rupa-rupanya dah 3 bulan. Dulu masa mengandung rasa tersaaaaaaaaaaangat la lama nak melepasi 3 bulan pertama yang meloya dan memuntah dan melembikkan itu.
Benarlah kata orang.."saat gembira kita rasakan bagai sesaat tetapi saat bersedih dirasakan bagai bertahun".

Sunday, September 18, 2011

Bosan + Kelat

Ermmm busan ler ujung minggu ni. Banyak sangat open house yang tak leh pegi. En roomate saya tu sibuk keje. Almaklum la dia nak belikan bini nya ni banglo 15 tingkat kan? Tak per la....saya tak kisah pun. Dah faham sangat keje dia tu. Dulu bole la asal sabtu ahad je cuti. Asal public holiday je cuti. Sekarang tak derrr maknanya. Tapi saya tetap happy, sebab En roomate saya sentiasa akan buat kami anak-beranak happy selalu =) Tq papa.

Ops! Melalut sudah mak ninot ni....pasal bosan tadi kan. Yer la, busan le...jiran2 ahli mesyuarat ketupat tingkap sume takde kat rumah. Dorang pun pegi open house agaknya. Kalau asyik buat ketupat mana sedar hari dah maghrib kan? Hihihihi...Cepat je masa berlalu.

Makanya duduk rumah melayan karenah anak2 je la. Sambil2 tu layan fesbuk...belog...resepi. Cadangnya nak buat kek. Tapi bahan plak tak cukup. Huh!!! Esok nak bawa indah g klinik. Kena  cucuk 3 bulan. Nangis la anak mama tu esok...

Semalam dah siap2 nak pegi open house. Papa janji balik awal tapi last2 balik lambat jugak. Budak busuk ni dah siap, pastu mama kata tak jadi pegi la...papa lambat balik. Terus buat muka gini...


Mama pujuk2 dia cakap nanti papa cuti kita pegi jenjalan


Baru la ada senyuman. Tu pun kelat. Tak ikhlas. Terpaksa.

Ok nak babai dah ni. En. Roomate kita dah balik. Baru je sampai. Arini ni dia tibai o.t sampai 8 jam.
Sah la nak belikan bininya ni banglo 15 tingkat =)

^__^
@ 11.55pm Ahad

Saturday, September 17, 2011

Tetamu tak di undang?

KEJADIAN DI BULAN SYAWAL


"Mama, abang lapar la ...." kata anak sulung kepada mama.

"Nak makan nasi ke...jom mama suap" tanya mama balik kepada ank sulungnya.

"Tak nak..." jawab anak sulung. Sambil tersengih-sengih.

"Abis tu nak makan aper??" balas mama dengan volume yang lebih tinggi. Geram dah ni. Kata lapar. Ajak makan nasi tak nak pulak.

"Abang nak tuuuuu...." sambil terlompat-lompat dan tergedik-gedik tangannya menunjukkan ke meja kopi.

Lantas mama menjawab dengan volume yang lebih lebih tinggi...."Mana boleh!!!! Nanti orang datang nak makan aper?"

"Ala...nanti orang makan abis. Abang tak dapat makan.........." jawab anak sulung. Sambil buat muka seposen. Dengan harapan mamanya akan kesian. Jangan harap la. Kejamnya mama  ni. Bini sape la yer?

Korang rasa anak sulung akan takut ke, dengan mamanya...??? Ermmmm
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  • 





Tak der maknanya takuuuuuuttt. Abang kan abang. Mesti la berani. Betul tak ibu2 sekalian?

 Padan la kuih raya kat rumah ni tak sampai seminggu dah liau! Ini lah tetamu tak diundang ni duk perabih. Terpaksa la mama gigih buat lagi gi beli lagi.

notakaki: kuih raya beli masih banyak lagi. tak nak pulak anak sulung ni perabih. dah kenyang katanya. aiseyyyy. korang mai la beraya...kuih beli byk lagi ni :)
notakaki lagi: anak sulung perabih kuih raya yang mama tokcaq dia buat ;)

IKLAN