MY EVERYTHING

Lilypie Kids Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers

SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG

Friday, September 9, 2011

Gambar raya yang tak berapa nak meriah

Wah wah wah...masuk rumah org tu ada gambar raya, masuk rumah orang ni pun ada gambar raya.
Rumah kita je tak de gambar raya.
Nak jugak la tunjuk kat korang gambar raya kita walaupun memang langsung tak meriah macam korang.
Ye la tiap-tiap tahun memang muka kita seketul je la yang balik.
Sape lagi nak balik....dah memang kita ni anak tunggul...hihihi anak tunggal la.



 Ni pepagi raya selepas subuh
Kitorang dah bersiap-siap nak balik rumah tok kat kampung.
Memang dah rutin setiap tahun kami beraya kat rumah tok.
Tak pernah lagi seumur hidup ni kami beraya kat rumah ni.

Keluarga Allahyarham Abdullah bin hj Sabri
 Inilah 3 generasi...mak, anak, dan cucu.
Muka ai memang langsung tak de iras mama, sebab ai anak abah. Hahahaha....

Dan inilah keluarga kami...
Papa, mama, Putra & Indah
Tema tahun ni merah.

Sekian gambar raya kami yang tak meriah. Huhuhuhu...InsyaAllah tahun depan meriah kot sebab Indah dah boleh pakai sedondon. Tahun ni tak berapa nak matching la baju Indah.
Tapi tahun ni raya paling best sebab dah ada sepasang cahaya mata. Yahuuuu duit raya pun bertambah. Ngeeee =)

Thursday, September 8, 2011

Abang pun nak enterprem

Tadaaaaa................abang nak enterprem jugak. Tapi masih enterprem bersama adik. Takpe la...abangkan sayang adik. Abang Putra dah besar dah anty2 sekalian. Dah sangat pandai bercakap. Celik je mata potpetpotpet la mulut dia. Sampaikan mama panggil murai kdg2 tu. Diam bila time tido je.

Alhamdulillah abang sangat saaaaaayangkan adik Indah. Tapi kadang2 tu abang geram jugak. Bila time abang geram mula la nak cium pipi adik kuat2. Masa tu jugak kalau mama nampak mama akan marah abang. Tapi abang tak takut pun....

Time mama masak, mandi, dan solat abang kena la jaga adik. Setakat ni, abang memang boleh diharapkan, tapi mama tak berapa percaya jugak. Mama akan intai2 takpun mama masukkan adik dalam katil adik. Lebih selamat rasanya.

Oh ye....abang Putra sukaaaaa sangat cerita Upin Ipin. Watak yang paling abang suka ialah Mail. Kadang2 tu abang suka lakonkan watak Mail tu. Mei mei pun abang suka jugak. Selalunya bila abang main sorang2 abang akan tiru watak2 ni.

Ok la anty2 semua, lenkali abang enterprem lagi yer. Baiii.........


--------------------------------------------------------------------------------------------------

*Mama rasa best sangat bila dah ada sepasang permata hati. Rasa macam dah lengkap hidup ni. Papa pun tersangat lah hepi.

*Harapan mama dan papa...abang dan adik akan jadi anak yang terbaik untuk kami, jadi hambaNya yang beriman dan bertaqwa, amin.

Wednesday, September 7, 2011

Memperkenalkan ahli baru...tadaaaaa

Assalamualaikum...
Pejam celik pejam celik....rupanya saya lupa nak enterpem kan ahli baru =) Bizi lerrrr..tersangat la bizi. Korang yang ada 2-3 orang anak sure faham bagaimana kadar kebizian itu....kan kan? Takmo citer panjang2 la...jom layan NUR DHAMIRAH SYAHINDAH BINTI SUHAIMIN nak enterprem.

Gambar pertama Indah...
Sejam selepas dilahirkan

Masa ni dah sebulan lebih...
Dah pandai senyum

 Ini yang terbaru
Dah mengiring...nak meniarap latu.

Sekian enterprem Indah. Nanti kalau ada masa kita enterpem abang pulak yer. Nanti jeles pulak abang Putra tu.

Sunday, September 4, 2011

Selamat hari raya.............

Salam.....huhuhu dh hari ke 6 baru nk ucap selamat hari raya kat semua. Minta maap le....tuan tanah ni bizi sokmo. Kuih raya pun belum masuk dalam bekas lagi. Betapa bizinya tuan rumah ni kan? Almaklum la....balik je dari kampung kain baju menimbun nak berbasuh.Kena pulak masa gerak balik ke KL ni jalan jem sangat. Letih nya....tak hengat.

Ok la ok la....nak bersiap gi beraya rumah makcik jap ni. Singgah nak ucap selamat hari raya maaf zahir batin kat semua. Kalau ada salah silap minta ampun bebanyak ye.

Saturday, August 27, 2011

Uhuk uhuk............banyak nya habuk

Assalamualaikum....
Tuan tanah kedaung dah kembali....yeay!!!!
Hehehehe....'rumah' dah berdebu ni.
Ermmm dh dekat2 nk raya ni kena la bersih2kan sikit ye dak?
Mak bizi nak oiii...maklum la baru je lepas pantang.
Ni si Indah tengah tido curi2 la membuka belog ;)

OK nnti sambung lagi........daaaaa nk mengemas 'rumah' jap ye;)

IKLAN