MY EVERYTHING

Lilypie Kids Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers

SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG

Thursday, September 8, 2011

Abang pun nak enterprem

Tadaaaaa................abang nak enterprem jugak. Tapi masih enterprem bersama adik. Takpe la...abangkan sayang adik. Abang Putra dah besar dah anty2 sekalian. Dah sangat pandai bercakap. Celik je mata potpetpotpet la mulut dia. Sampaikan mama panggil murai kdg2 tu. Diam bila time tido je.

Alhamdulillah abang sangat saaaaaayangkan adik Indah. Tapi kadang2 tu abang geram jugak. Bila time abang geram mula la nak cium pipi adik kuat2. Masa tu jugak kalau mama nampak mama akan marah abang. Tapi abang tak takut pun....

Time mama masak, mandi, dan solat abang kena la jaga adik. Setakat ni, abang memang boleh diharapkan, tapi mama tak berapa percaya jugak. Mama akan intai2 takpun mama masukkan adik dalam katil adik. Lebih selamat rasanya.

Oh ye....abang Putra sukaaaaa sangat cerita Upin Ipin. Watak yang paling abang suka ialah Mail. Kadang2 tu abang suka lakonkan watak Mail tu. Mei mei pun abang suka jugak. Selalunya bila abang main sorang2 abang akan tiru watak2 ni.

Ok la anty2 semua, lenkali abang enterprem lagi yer. Baiii.........


--------------------------------------------------------------------------------------------------

*Mama rasa best sangat bila dah ada sepasang permata hati. Rasa macam dah lengkap hidup ni. Papa pun tersangat lah hepi.

*Harapan mama dan papa...abang dan adik akan jadi anak yang terbaik untuk kami, jadi hambaNya yang beriman dan bertaqwa, amin.

No comments:

IKLAN