MY EVERYTHING

Lilypie Kids Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers

SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG

Tuesday, November 18, 2014

Susun Atur : Pinggan mangkuk


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum

Dah lama sebenarnya saya fikir macam mana nak simpan pinggan mangkuk.
Rumah takde kabinet, yang ada kabinet dapur yg biasa tu je
Mula - mula kawin dulu saya beli rak pinggan yg biasa tu
Memang elok je..banyak bole isi tapi berhabuk dan risau serangga.

Lepas tu sy cuba susun dalam kabinet.
Memang ok. Kemas, tersusun dan tak serabut
Masalah lain pulak datang.
Seminggu sekali kena buat operasi pembersihan.
Kena tukar daun pandan, sebab sy memang letak daun pandan untuk halau lipas.
Tapi tiap2 kali nak guna pinggan tu bila saya cium mesti bau lipas.
Dah kena basuh dulu lepas tu lap baru bole guna.
Ada sekali tu masa tengah kemas2 dalam kabinet tu, saya angkat semua drawer keluar.
Ternampak pulak cicak tu elok je duk menyorok belakang drawer.
Aduhhhh lagi la saya jadi geram.

Puas la memikir.
Puas la google
Puas jugak tanya sana sini
Macam mana korang yg takde kabinet ni simpan pinggan mangkuk?

Akhir sekali ada kawan share dalam group KSSA macam mana dia simpan pinggan mangkuk.
Terus rasa macam...wahhhhh best ni.
Hujung minggu tu terus pegi mencari.



Ini lah dia.
Tempat simpan pinggang mangkuk sudu saya
Senyum sampai telinga bila dah dapat.
Saya beli dengan harga RM 75 sahaja.
Saya beli ni ada 2 laci.
Ada jugak yg 1 laci...harga dalam RM65
 
 
 
Rasa selamat sikit simpan pinggan semua dalam ni.
Tak berhabuk dan yang penting tak de bau lipas lagi.
 

Alhamdulillah.
Seronok sangat.
Ini lah kebaikan bila join group KSSA ni.
Kawan2 semua tak lokek, baik hati dan suka bagi pendapat.

Notakaki :
Harga RM75
Saaka Nilai (Nilai 3)





2 comments:

Ena said...

terima kasih sbb singgah blog sy..

Salam perkenalan ye..

*___*

Fara said...

sy memang selalu singgah blog Ena tp tak meninggal kan jejak :)

Salam kenal :)

IKLAN