MY EVERYTHING

Lilypie Kids Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers

SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG

Tuesday, January 28, 2014

Saya penggemar ayam potong.

Salam geng.

Tajuk macam apakah...??? Ayam potong??? Alih bahasa sangat kannnn.

Sebenarnya kan, saya ni penggemar western food terutama sekali ayam potong chicken chop. Ada hari-hari tertentu tu kan rasa macam nak makan chicken chop hari-hari. Boleh gitu? Boleh jer kalau boleh masak sendiri kat rumah. Kalau ada followers kat sini yang follow fb saya mesti korang perasan saya selalu upload gambar chicken chop. Kadang tu saudara-mara datang rumah pun kitorang masak kan chicken chop. Lagi best makan kat rumah sebab lagi puas dan jimat :)



 Ini lah rupa chicken chop sentuhan suami saya.
 
Indah pun dah tak sabar nak makan tu.
 
Anak - anak saya kalau nak  makan western mesti nak papa yang masak sebab boleh makan banyak-banyak. Termasuk  lah saya. Hehehe.

Ada sesiapa kat sini nak makan chicken chop? Mai saya buat frozen nanti korang just goreng je :)



Monday, January 27, 2014

Jom Celup Tepung


Salam geng!
Minggu lepas kami ke Pantai Morib, Banting. Boleh katakan selalu juga kami ambil angin petang ke sana. Maklum la tak berapa jauh pun dari rumah. Kalau dah kaki tu suka berjalan jauh pun macam dekat je kan?

Sebelum-sebelum ni memang dah perasan ada sebuah gerai tepi jalan ni yang jual 'Sotong Celup Tepung'. Kedai tu pun nama Gerai Sotong Celup Tepung (kalau tak salah). Hari tu memang rasa nak makan ala-ala celup tepung ni. Apa lagi...ke situ la kami tuju. Orang memang  ramai sebab gerai tu kecik je.

Korang layan gambar dulu ye:)
 Sotong celup tepung
 
 Keropok lekor dan udang celup tepung
 

              Hurm...abang Putra memang suka celup tepung ni. Dia makan  macam makan nasi.

Saya bagi 2½  bintang daripada 5 bintang. Kitorang makan seperti dalam gambar diatas dan tambah lagi segelas milo ais. Semuanya RM 21.00. Mahal ke murah ke atau biasa-biasa aje? Rasa nya pulak pada saya ok, sedap dan sos cicah tu memang i likeeee!!! Walaubagaimana pun, pada saya celup tepung terbaik hanya di Teganu Kita :)





Wednesday, January 22, 2014

Hari lahir si bujang yang ke 6

Salam :)
Hari Isnin lepas (20 Januari 2014) genaplah usia si bujang saya tu 6 tahun. Alhamdulillah. Syukur sangat. Membesar dengan sempurna bagaikan juara. Hehehe. Dia minta kami buat birthday party di rumah, tapi memandangkan kesibukan En. Papa maka saya cadangkan buat di tadika aje. Senang cerita. Bajet pun senang, keje mama pun senang kan?








Alhamdulillah. Dia pun seronok bila bawa dia ke kedai kek pilih sendiri kek yang dia nak. Harus la yang dia berkenan kan. Esoknya tu memang tak sabar-sabar menanti mama ke sekolah hantar kek. Saya bawakan juga 'goodies bag' untuk kawan-kawan dia. Memang meriah sangat majlis tu. Ringkas tapi bermakna :)

Selamat Hari Lahir yang ke 6 tahun Abang Putra!!! Semoga menjadi anak yang soleh. Amin.






Friday, January 10, 2014

UMIE SUE 2nd GIVEAWAY - ANAK SOLEH SOLEHAH



Assalamualaikum
Bismillah Ar Rahman Ar Rahim

Buat pertama kalinya nak sertai GA di tahun 2014.
 (Kebetulan tarikh lahir anak sulung saya 20 Januari, sama dengan tarikh lahir Umie Sue)
Anjuran Umie Sue
Tema Anak Soleh Solehah.


Alhamdulillah syukur tidak terhingga dengan kurniaan dari Yang Maha Esa. Dua permata yang sangat bernilai buat kami suami isteri. Sepasang cahaya mata yang mengeratkan kasih sayang kami dan mengukuhkan masjid percintaan kami. Alhamdulillah.
 
Doa untuk anak-anak
 
Ya Allah aku bersyukur dengan limpah dan izin Mu, dengan rahmat dan kasih sayang Mu, Engkau telah memilih kami menjadi ibu dan ayah pemegang amanah Mu.
Ya Rahman panjangkan lah usia anak-anaku, jadikan mereka insan yang berilmu beriman dan bertaqwa.
Ya Rahim jadikan lah anak-anak ku sebagai anak yang soleh dan solehah, peyambung perjuangan Rasulullah saw dan jadikan lah mereka hamba Mu yang beriman. Mudah-mudahan mereka adalah ahli syurga.
Amin
.


Friday, January 3, 2014

Selamat datang 2014

Salam semua.
Selamat tahun baru 2014. Alhamdulillah masih bernafas di bumi Allah. Entry pertama di tahun baru nak story pasal ape ye? Nak join GA semuanya dah berlalu. Den ketinggalan bas...siput lebih laju daripada broadband ni.  Apa nak buat kan...

Biasanya tahun baru mesti orang tanya azam kan? Encik Azam sangat popular la. Hehehe...sape 2 nama encik suaminya Azam jangan maraaa haa.

Saya pun renew azam jugak tahun ni. Walaupun lebih kepada sambungan azam di tahun-tahun lalu. Hehehe biasa la tu kan. Azam nak jadi lebih baik dan lebih bagus terutama sekali dalam bab mendidik anak-anak dan perhubungan suami isteri. Nak jadi ibu yang terbaik untuk anak-anak dan isteri yang terbaik untuk suami :) Walau hakikatnya memang kita adalah yang terbaik kan...kan...

Kalau pasal bab organizing baaaaaaaaaanyak nak di laksanakan. Terutama sekali open wardrobe yang perlu di beri perhatian serius. Serius!!! semut masuk mesti sesat punya. Haru-biru bilik pakaian ni sebab ia jadi bilik store jugak. Aduhai nanti kalau rajin saya upload gambar tapi risau pulak ada yang tengok nanti pengsan. Hehehehe.

Ruang tamu dah siap cat. Nanti saya up citer ruang tamu saya yang tak seberapa tu inshaAllah kalau kerajinan dan kelajuan datang seiring. Hehehehe. Korang pula apa azam tahun 2014 yang semakin mencabar jiwa dan raga ni?




IKLAN