MY EVERYTHING

Lilypie Kids Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers

SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG

Friday, January 29, 2010

Syukran

Alhamdulillah...pagi jumaat yang mulia ni dapat berita baik. Memang dah rezeki kami. Syukur sangat tak sangka dapat gaji + bonus + angpao lagi ;) Sungguh tak sangka...sebanyak itu. Betul la kata BFF saya, setiap dugaan yang Allah bagi itu, pasti ada rahmat. Terima dan redha dengan hati yang tenang.

Perancangan seterusnya...? Kena balik petang ni discuss dengan Mr Hubby dan Putra. Apa nak buat dengan rezeki ini. Yang pasti akan ke akaun ASB (ini paling penting...) Untuk insan-insan yang penting dalam hidup saya insyaAllah saya tak lupa.

  • notakaki: planning nk gi mana yer? any idea?

Thursday, January 28, 2010

Jom jom jom

Hari ini dalam sejarah...pukul 6 tepat aku dh kemas barang. Kemas meja. Yahooo nak balik awal, tapi jom gi solat asar dulu. Dah sampai rumah nanti tak de la kelam kabut kan...
  • notakaki: jom ;)

Monday, January 25, 2010

Orang luar

Manusia...banyak ragam banyak perangai. Yang sentiasa ingat dirinya betul, yang sentiasa fikir dia yang paling pandai, dia yang paling berbudi, dia yang paling baik, dan segala yang terbaik adalah dia. Apa yang pasti itu bukan aku. Aku hanya insan biasa (REFER PROFILE AKU. AHAKS!!!) Lagi pula aku memang tak suka ambil tahu hal orang lain kecuali orang itu telah masuk campur hal aku. Hal keluarga aku adalah hal yang paling aku tak suka orang luar masuk campur. Yang lebih pandai akan perhubungan kami saudara-mara. Yang menilai akan kebaikan atau keburukan kami sekeluarga. Itu semua adalah hal keluarga kami. Harus di ingat, air di cincang tidak akan putus. Begitu juga dalam kaitan hal kekeluargaan. Walau jauh mana pun jarak kami, walau selama mana pun kami tidak berhubung, pasti satu hari kami mesti berjumpa. Di majlis kenduri, di hari raya atau paling tidak di hari pengkebumian. Pasti saudara-mara kami di sana. Anda sebagai orang luar, jangan risau, jangan susah hati, jangan pulak nak menjadi orang tengah mendamaikan kami yang sentiasa damai. Sudah lama tidak berhubung bukan bermakna kami bergaduh. Jauh sekali nak memutuskan silaturrahim yang sememangnya tidak akan putus dengan pertalian darah. Kami punya alasan sendiri. Sibuk dengan tugas masing-masing. InsyaAllah tiada perselisihan kami saudara-mara setakat ini. Melainkan melalui cerita rekaan orang luar tentang kami. Pada orang luar, jaga saudara mu sebelum menjaga hal orang lain. Perselisihan faham antara kami berpunca daripada anda, orang luar. Tapi kami bukannya bodoh untuk terus percaya hasutan kamu. Bagus lah kalau anda orang luar semakin insaf dan bertaubat. Mudah-mudahan taubat mu selari dengan iman dan amal mu. Mujur aku tiada saudara kandung. Takut rasanya kalau di hasut orang luar begitu-begini. Saudaraku, kita bersaudara di dunia dan akhirat. Jaga hati dan telinga mu. Jangan mudah percaya pada orang luar.
  • notakaki: alhamdulillah, bila orang luar semakin insaf dan bertaubat. aman hidup kami selepas ini.

Friday, January 22, 2010

hari ni

.... aku pakai baju RAYA 2009...baju kurung pahang. ala yang gambar profil fesbuk aku tu ;) tudung je aku tak pakai ala CT tu..aku pakai ARIANI je.
  • notakaki: gediknya..tu pn nk tulis dlm blog. ngee

Wednesday, January 20, 2010

PUTRA - 2 tahun

Happy birthday to you.... happy birthday to you... happy birthday to PUTRA happy birthday to you
  • anak yang baik
  • anak yang bijak
  • penyejuk hati papa dan mama
  • terima kasih kerana menjadi anak "kami"
  • papa mama sayang adik sangat
  • notakaki: 2 tahun sudah...cepatnya masa berlalu.
  • celebration dalam pertimbangan...hadiah wajib ada!!!

Tuesday, January 19, 2010

Ini yang terjadi

  • Korang...dugaan lagi. Aku betul - betul tension!!! Erm...macam mana nak cerita ye. Pada satu malam (ewah). Semalam perkara ni berlaku...waktu tu aku tengah buat keje sekolah ofis, (tak sempat buat kat ofis...terpaksa la bawa balik). Papa bawa Putra pegi kedai...cari makanan...Waktu tu aku ada bau macam semacam jer. Tak tau nk describe bau tu macam mana. Tapi semacam jer. Agak lama juga aku hidu itu bau, pastu aku rasa macam tak sedap badan. Tapi aku ignore jer. Ye la ingatkan letih sebab workload banyak sangat kan...
  • Tak lama tu, Putra n papa pun balik. Terus papa tanya. Ada bau apa ni? Mama pun cakap la...bau orang goreng apa kot. Papa tak puas ati. Terus dia g ke dapur. Sekali tu, papa panggil...mama...mama, meh sini tengok apa dah jadi. Dalam kepala aku time tu, ingatkan ada tikus mati kat yard tu. Sekali......tengok abis mesin basuh aku. Ingatkan orang atas tu tuang minyak panas ikut saluran sampai pecah saluran air tu. Rupanya asid!!! Apa lagi...membara la aku. Papa tak cakap banyak terus naik rumah atas tu bagitau apa yang dah jadi kat rumah kami gara-gara tindakan 'bijak" mereka tu. Bagitau secara elok ye. Kami bukan kaki gaduh ;) (sempat lagi...)
  • Tak lama tu datang la kakak yang baru je pindah situ sebulan. Aku pun first time jumpa dia. Berkali-kali dia minta maaf. Memadai ker...? Daripada explaination dia, owner dulu tak bgtau dia yang saluran singki tu salah...pastu selalu tersumbat. Dan idea owner dulu jugak yang bagi suh tuang asid. Tapi, bila dah datang "pihak yang berwajib" yang selalu menjalankan tugas...rupanya, asid tu bukan untuk paip itu. Sebab tu lah, tindakan mereka itu menyebabkan saluran paip itu, pecah dan terjadi lah apa yang terjadi kepada kami sekeluarga.
  • Cakap banyak pun tak guna. Mesin basuh aku mungkin jahanam. Pinggan mangkuk sume tak boleh guna lagi. Kain baju yang dalam washing machine pun sume koyak terkena asid. Nak lebih real...korang tengok le gambar kat bawah ni.
Layannnnn.......
Ni la keadaan nya bila terpaksa alihkan barang2
Sebungkus...pakaian abis, nk kena buang
Bukti...baju yang terkena asid
Seluar pun kena jugak
Mesin basuh ku yang "mungkin" jahanam
Di sini la kawasan kejadian sebenar ( rmh atas ni, singki dia kat sini...)
Rumah atas tu...sepatutnya singki dia kat di mana singki aku tu...tapi dia dah renovate ke tempat aku letak mesin basuh aku. So laluan saluran dia pun dah salah.
  • Memang aku panas...tapi benda dah berlaku. Marah pun tak guna. Sekadar minta maaf cukup ker? Ke aku perlu minta ganti rugi...?
  • notakaki: pindah...mungkin tidak. rumah ni bakal menjadi milik kami tak lama lagi, insyaAllah

Monday, January 18, 2010

Duk fikir..

...Lagi 2 hari genap lah putra kesayangan kami 2 tahun. Papa dengan mama duk berkira-kira duit nak buat ke tidak Birthday Party. Dalam hati ni...ingat nak buat, tapi kalau buat mesti la kena buat banyak. Kalau setakat panggil 2-3 orang , ada pulak yang kecik ati nanti kan. Mama plan nak panggil ofismate mama, dengan kawan2 rapat je. Tapi masalahnya...kalau tak panggil jiran tak sedap pulak. Tapi kalau nk panggil jiran, kena la panggil semua. Ramai tuuuuuu. Erm...plan dalam hati, nak buat sikit jer. Malas ler nak meriah bagai. Panggil budak2 je. Aci tak? Sambil tu papa dengan mama tumpang sekaki maktok Putra, tengah pusing duk fikir hadiah apa. Adoiiiii. Tahun lepas Putra dah dapat yang ni :-
dan itu TuT Tut car. (xjumpa plak gambo nya)
  • notakaki: any suggestion? idea anda akan di pertimbangkan ^^
  • apsal tajuk aku duk fikir... erm.

Juara baru :)

Korang layan je la yer...
Bangga...piala pusingan milik Blok E. Papa Putra menerima piala ;)
Hero-hero blok E Bro. yang jersi no 12 tu la yang sponsor jersi ;) Oh, bro yang xde jersi tu replacement player yang tak hadir atas sebab2 tertentu.
Bersungguh-sungguh~
  • Memang dah rezeki kami...penghuni blok E, alhamdulillah. Cerita penuh...layan kat SINI

Butter rice and chicken chop (tiada gambar harap maklum)

Assalamualaikum...
  • Macam mana weekend korang? Apa yang korang buat? Kitorang minggu lepas, tak de ke mana-mana. Ada je kat rumah a.k.a dalam kawasan Subang Impian. Erm...bukan apa, hari Sabtu tu encik suami kerja 1/2 day. So pagi tu tinggal la aku dengan si kecik, mengemas rumah, basuh kain, makan roti canai...(Budak kecik comei itu hanya tolong menyibuk jer) Tengahari tu papa balik, papa yang masak. Yeay!!! Butter rice and chicken chop. Nyum!!! Mama hanya tolong buatkan coleslow jer. Erk...bukan. Tolong masukkan mayonis jer. Hahahahaha.
  • Oh memang best itu butter rice and chicken chop. (maaf yer, tiada gambar untuk tontonan umum) Putra memang suka makan...sebab tu papa dia suka sangat masak macam tu. Hihihi...mama Putra pun sama. Makan tak ingat dah. Lepas makan tengahari tu...masa untuk mama menyapu dan mengemop lantai lagi. Biasa la kan...
  • Petang itu, papa ke dewan...pasang khemah bagai untuk acara esok. Apakah? Yer...Perlawanan Bola Tampar Antara Block, Subang Impian akan berlangsung esok.
  • notakaki: marvellos!!! sori le kengkawan...nnt aku jemput le korang datang makan ;)

Tuesday, January 12, 2010

Kala hujan

Ujan-ujan gini kena cekodok dengan nescafe panas. Memang layan!!!
Nyum nyum.... (tajuk cam happening...hahahahahaha) pic: pakcik google
  • notakaki: kelaparan di hari hujan adalah biasa ;)

Wednesday, January 6, 2010

-Jangan baca-

Diam bukan bererti aku bisu. Tapi aku memang sengaja nk membisukan diri daripada mengetahui pasal seseorang. Dia tahu siapa dia. Bacalah blog aku. Aku tak kisah...sebab aku hanya cerita pasal diri aku. Bukan orang lain. Komen la selagi ada idea yang elok untuk support aku, tapi itu hak aku untuk terima komen korang atau tak. Kalau aku terima, sure aku publish kan. Tapi ni lain sikit kes bila komen blog aku samapi ke SMS inbox. Aku terima seadanya... :( Tapi aku tak kisah bab itu. Tapi aku nk tegaskan kalau aku tak suka seseorang, tak kisah atas apa juga alasan mungkin juga tak ada alasan. Aku memang tak boleh terima. Suka hati dia lah nak fikir apa pasal aku. Aku memang hairan, dia asyik SMS aku, tanya itu, tanya ini, cakap itu, cakap ini aku langsung tak balas. Kenapa? Sebab aku tak ada kredit? Memang aku tak nak berhubung dengan dia sebab pada aku biarlah dia hidup dalam dunia dia, dan aku pun sangat bahagia dengan dunia aku. Dengan kawan-kawan sekeliling aku, dengan kawan-kawan alam maya aku yang lain. Dulu pernah dia cakap macam-macam pasal aku. Tak pe itu cerita lama. Aku pun dh lupakan. Tapi untuk mengingati kembali dan berkawan semula, pada aku mungkin TIDAK. Aku keras hati? Memang...aku.Itu lah aku yang sebenarnya. Kalau sekali aku tak terima...selamanya. Dah aku balas sms dia minta jangan sms aku lagi. Dia pun balas macam faham. Ok la ni msg terakhir. Kepala bapak dia. Pagi ni datang lagi mesej. Kalau satu tak pe...ni dah masuk yang ke 3 ke 4. Faham?? Faham bahasa apa macam tu. Aku dah penat melayan orang macam tu. Aku tak suka orang tu, makna aku memang tak suka. Ko tak payah tau kenapa aku tak suka ko...sebab ko tau diri ko sape. Ko jangan nk sesekali judge aku macam tu macam ni. Tak payah!!! Ko kalau dah baik sangat pegi la cari kawan yang sama baik dengan kau. Aku ni kan pakai je tudung...nampak je macam baik hati, tapi EGO. So?? SMS aku untuk apa lagi? Cukup la tu. Cukup la. aku tak suka kenal ko. Aku menyesal kenal orang macam ko. Tolong la jangan la nak sms aku lagi. Pergi la cari kawan ko yang lain. Aku dah cukup hepi dengan kawan-kawan aku lain. Jangan nak tanya aku pasal guarantor...pasal hutang MARA. Aku langsung tak minat. Ko punya hal ko tak payah nak tanya2 aku. Aku memang tak minat tentang apa saja pasal ko. Faham ke tak faham? Sepupu ko nak kawin dengan Doktor ke dengan menteri ke, aku peduli apa? Tak payah nak show off family ko doktor, lecture, graduan UITM, nurse bagai. Tapi ko? Apa yang ko ada? Nak beli kereta kecik pun SMS tanya aku...boleh ke kakak sepupu ko yang ada hutang MARA macam aku jadi guarantor ko? WTF???? Hahahaha. Buat lawak bodoh. Dah la SMS guna cakap english gaya kampung dusun sungai. Hanya orang2 tertentu je faham. Aku memang tak faham english la. Aku kan bodo...hihihi Lagi satu, ni blog aku. Aku punya suka nk tulis apa. Tak payah susah-susah nak bagitau aku tak payah tulis kat blog pasal ko selalu kacau aku, SMS aku, tanya itu tanya ni macam apa. Ingat aku ni kaunter pertanyaan ke? Kalau ko tak suka...tak payah susah payah nak masuk blog aku. Nak baca cerita aku. Aku pun tak pernah berminat nak ambik tau perkembangan ko, walaupun ko baru "upper 3 months" jadi bizi body hal aku. ( upper 3months - terror ar cikgu ko. tabik springggggggg) Giler...banyak aku melalut. Memang aku benci!!!!!!!!!!!! Tolong faham. Kalau tak faham jugak ko ni memang orang gila. Kalau ko memang gila, aku simpati dengan ko.
  • notakaki: hutang MARA aku da RM 1500 lagi, tak mampu nak bayar. sape ada duit lebih...tolong la bayar boleh aku jadi gerento sape2 nak beli kete. hahaha
  • Korang yang lain yang baca, aku minta maaf ayat aku memang kasar...sape suruh korang baca? Hihihihi.

Monday, January 4, 2010

Tak sanggup

Lagi 2 minggu PUTRA akan genap 2 tahun. Oh tidakkk!!!!!!!!! Belum ada kekuatan nk "melepaskan". Mungkin orang lain akan cakap...lepas ni senang la tak payah nak nyusu Putra lagi. Tapi pada aku...itu lah satu saat yang paling aku takut kehilangan. Ibu-ibu yang BF tentu faham perasan aku. Lagipun kami suami isteri dah buat keputusan nak biarkan saja Putra menyusu sampai dia sendiri yang rasa nak berhenti. TAPI...pagi ni mama aku call minta aku stop BF bila Putra dh genap 2 tahun. Ada la perkara2 dia cakap bla bla bla....Memang aku tak boleh nk stop. Aku kesian...lagipun Putra memang tak minum susu macam mama dia ;) Tak sangguuuuuuup. Aku memang tak boleh terima akal bila orang kata, anak yang menyusu lebih dari umur 2 tahun...anak tu nanti tak cerdik? Apa bukti...? Pada aku susu ibu yang terbaik so, nak bagi sampai umur anak berapa pun tak kisah. Lagi pun...aku mengenangkan betapa aku susah nak dapatkan Putra. Jalan yang terbaik ialah...jangan buat aku tertekan dan paksa aku. Mama aku nasihat suruh pegi jumpa lactation kaunselor . Hermmm...
  • notakaki: kenapa masa kau begitu pantas berlalu?

Selamat Tahun Baru 2010

  • Assalamualaikum...
  • Salam Tahun Baru...walaupun hari ni dah hari yang ke 4, tapi masih baru lagi kan. Macam mana azam tahun lepas? Dah tercapai ke? Atau kena bawa ke tahun 210 plak? Hihihi...setakat ni alhamdulillah...tercapai jugak azam tahun 2009. Dan azam tahun 2010 insyaallah akan tercapai...dan pasti aku akan berusaha untuk mencapainya. Nak wishlist ker...? Hihihi
  • Cuti tahun baru korang pegi mana...? Kitorang plan nak balik kampung. Pastu last minit asben pulak tukar plan...Nak holiday pulak. Jadi malam tahun baru tu..kitorang merayau-rayau kat KL, banyak jalan dah tutup. So lepak-lepak manja kat Tasik Titiwangsa. Malas nak singgah kat Curve. Nak ke KLCC lagi la kirim salam. Dataran Merdeka...ampun la. Kitorang sampai Titiwangsa pukul 10.00 bayangkan la...2 jam nak tunggu semata-mata nk tengok bunga api dari KLCC tu. Putra pun dah sedap tido.
  • Masa ktorang sampai tu orang pun tak berapa ramai sangat, tapi dh nk dekat 12.00 mlm tu penuh nya manusia. Papa Putra kejut jugak anak dia tu nk tunjuk bunga api. Bukannya dia tahu apa pun. Mata pun terpisa-pisat lagi. Nasib baik Putra tak mengamuk. Hairan kot tengok ramai orang malam2 gitu.
  • Abis je tengok bunga api...kitorang gerak nak balik rumah. Jalan dah start jammed...sampai kat The Curve lagi la jammed. Memang sesak. Klu ikut jugak jalan tu tak tau sampai rumah pukul berapa. Abang u-turn balik..kitorang ikut Sg Buloh. Fuh!!! Aman je jalan...kul 1.30 dah sampai rumah ;). Tido...esok nak bangun pagi, nak berpoya-poya.
  • notakaki: Selamat tahun baru 2010

IKLAN