MY EVERYTHING

Lilypie Kids Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers

SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG

Wednesday, December 30, 2009

Tetiba...

Menginsafi diri seketika... tetiba tengah busy dengan kerja yang menimbun ni boleh plak aku teringat kat singki rumah aku ada pinggan + cawan yang dah 2 hari tak basuh!!! Adehhhhh!!! Mesti korang pikir...apa la si Fara ni buat sampai 2 hari tak basuh pinggan mangkuk. MasyaAllah. Citer nya macam ni. AWAS CERITA NI MUNGKIN PANJANG BERJELA Semalam (30/12/2009) aku balik je dari ofis...mandi, solat pastu terus keluar pegi makan kat Kedai Abang Lan (nasi lemak ayam goreng berempah). Fuh!!! Aku balik keje kan pukul 6.00 tu pun bukannya sharp 6.00 keluar, bos ada...kena la kipas skit. Dah siap makan gitu-gini, terus gerak ke Meru...rumah kakak angkat aku. Suami dia panggil abang minta tolong merinate daging kambing. Dorang nak buat BBQ. Besday anak jiran kakak angkat aku hari ni nak panggang kambing sekor. Dah sampai Meru tau je la...sambil abang buat keje, aku dengan kak Nab apa lagi..borak la. Putra pun sedap je tido. Rancak la kami bercerita-ceriti. Tengok jam dah kul 11.00 malam. Hahahah...gerak balik Subang. Sampai rumah terus pengsan.
  • Macam mana plak dah 2 hari tak basuh???
Hari sebelumnya tu...(29/12/2009) Balik keje terus menggedik ke Giant Kota Damansara. Beli barang untuk merinate daging kambing semalam tu. Dah ke situ...mata pun meninjau ke lain. Tak sedar, jam dah pukul berapa...balik rumah, letih terus tido. Hahahahaha. Tak senonohkan laki bini macam tu. Harap-harap balik jap lagi singki clear, sbb encik hubby balik awal tadi ;)
  • notakaki: apa nak jadi dengan aku ni???
update: hampeh laki aku pun tak basuh. aku gak la yang kena ;(

Monday, December 28, 2009

Sampai juga

Cuti 3 hari tiap2 minggu di bulan Disember...dah tak tau ke mana nak berjalan. Mana taknya, tiap2 minggu cuti panjang. Minggu pertama cuti, balik kampung...kampung Meru je. Hihihihi. Minggu kedua, duk rumah...mengemas, mencuci, dan segala yang berkaitan lah. Senang cerita, jadi bibik 3 hari tanpa gaji, tapi berkat, InsyaAllah ;). Dan minggu lepas...hari Jumaat, melapuk je kat rumah sebab belum gaji. Huhuhu...plan nak balik Kedah pun cancel. Tapi hari Sabtu tu....kitorang ke Seremban. Hihihihihihi... Bukan nak ke seremban pun, tapi sesat sampai ke sana. Cadangnya nak ke Nilai 3. Cuci-cuci mata. Tapi duk sembang punya sembang si suami dan isteri yang bahagia tu...terlepas pulak simpang ke Nilai. Hahahaha...Lajak sampai ke Seremban. Pusing balik ke Nilai ikut jalan bawah ikut Labu. Tapi sampai la jugak ke Nilai 3. Beli apa? Malas nk cerita sebab belum gaji, hihihi. Boleh la...penuh kereta comel ku ittew. Tapi kan, masa kitorang on the way tu...hari pulak hujan. Boleh kata ada 5-6 eksiden. Jalan pun jammed. Bukan sebab eksiden, tapi sebab keprihatinan rakyat Malaysia nak tengok...
  • notakaki: minggu ni nak ke mana pulak? "roomate" ajak balik kampung.

Tuesday, December 15, 2009

Cat

Assalamualaikum semua. Hihihi macam ramai je ;) Lama nya ku duk diam. Langsung tak ada update cerita baru. Bukannya tak de cerita. Banyaaaaakkk sangat nak cerita ni. Tapi masa pulak tak ada. Ni pun curi-curi tau. Hihihihi. Nak berinternet kat rumah pun tak sempat. Selalu je di ganggu Si Bujang kesayangan sorang tu. Kat ofis ni macam biasa la kan, keje memang sentiasa ada. Mana pernah nak sempat berfesbuk macam dulu lagi. Hahahaha. Tipu!!! sempat la jugak, tapi masa tu tak banyak la. Keje dah la penuh menimbun kat atas meja ni. Huh!!! Tak tau nak mula dari mana sebab banyak sangat nak di ceritakan. Emm..bestkan sepanjang bulan 12 ni, keje 4 hari je. Owh bahagianya...minggu lepas cuti tak kemana pun kami 3 orang. Berehat-rehat kat rumah je. Hari Ahad je balik Meru kejap tengok nenek. Seronok kemain putra dapat pegang "cat". Hihihi...ye la atuk dia suka bela kucing, Putra pulak sealunya dapat tengok je cat tu sebab mamanya penakut cat. Hahahahahaha. Suka nenek aku dengar Putra duk sebut "cat, cat cat". Nenek cakap...Na baru nenek tahu kucing tu cat. Hahahahahahahaha. Nenek...nenek.
  • notakaki: ;-)

Saturday, December 5, 2009

Kesinambungan...

daripada entry yang ni. Nak balik ke rumah dari S.g Bu.loh, kitorang ikut jalan Pay.a Jar.as, shortcut la kan. Hari ni kan Sabtu ada pasar malam pulak lagi la sesak jalan tu. Tapi kitorang bukan pegi pasar malam tu, pegi pasar malam kat area rumah ni je. Eh, xde kena mengena dengan apa yang nak aku cerita la plak. Hihihihihi...melalut.
  • Ok, back to the pangkal jalan story. Masa lalu situ kitorang ada ikut satu kereta MyV , kebetulan dia pun shortcut la kot. Encik abang ku perasan rupanya anak orang kete myV ni duk sedap berbaring kat dashboard belakang tu. Entah la korang panggil apa. Alaaa yang kat belakang kereta yang orang selalu letak bantal ke, tisu ke, bunga tu. Ha, kat situ la dia. Anak dia tu lebih kurang umur dalam 5-6 tahun la kot. Masyaallah. bahaya kan?

Tak tau la kalau mak ayah dia tak perasan anak dia landing kat situ. Ataupun dalam kereta tu ramai sangat so mak ayah dia suruh dia baring kat situ. Entah laaa...

  • notakaki: geleng kepala je la

Sam

Alahaiiii mak menangis sedu sedan gitu. Sodihhhh!!!! Sam terkeluar da. Suara dia memang sedap, tapi kenapa malam ni dia terkeluar? Huhuhuhu. Tetiba plak layan I.dola Kecil...emmm
  • notakaki: malam ku suram...siang ku kelam...klu aku nyanyi lagi mesti banjir satu malaysia

Mood ntah ke ma

Hampeh tadi petang baru teringat Le.no ada sales kat Kota Damansara ni. Huhuhu...time tu dh dekat pukul 5. Sempat lagi la berperang merajuk dengan encik suami. Kononnya tak nak pegi. Hahahahahha.....dia dah siap i pulak tak nak pegi. Huhuhuhu. At last pegi jugak laaa. Mengada je kan? Sekali sampai sana, bukannya jauh pun kan...5minit je dah sampai. Tengok mak aiii penuh sesak parking. Orang punya la ramai. Dah la tempat dia buat tu sempit. Terus mood nk buang duit, shopping ilang. Harga dia memang giler murah. Tapi di sebabkan suasana tu macam tu, mood Putra pun apa lagi, terus jammed. Mama dia pun tak sempat la nak memilih. Tapi abang cakap ambik la kasut sepasang. Dalam sesak dengan macam2 bau tu rembat jugak la sepasang. Buat pengubat duka. Hahahahahaha.

Pastu terus gerak ke The.Store Sg Bu.loh. Encik abang tu sibuk nak cari henfon gadget dia. Balik terus singgah pasar malam. Hahaha, hari coti pun tak tau nak masak jugak.

  • notakaki: letih sungguh hari ni

December rain

Hihihihi...tajuk memang tak bleh blah. Assalamualaikum...dah bersawang "rumah" ni sama je dengan rumah di alam nyata. Lintang pukang macam kapal karam( bak kata zura, my colleague). Hihihi...bukan apa tau. Skg ni kan musim hujan...baju2 pn banyak yang tak kering. Mood nak mengemas rumah pun ilang. Hahahahahaha...alasan!!! Tadi pagi lepas kena roti canai 2 keping baru la mood mengemas mari...Alasan lagi. Tak de laaaa...aktiviti hujung minggu memang macam tu la kan. Tapi hari ni memang banyak betul aku basuh. Ada la 3 mesin. Campur baju Putra lagi...dah 4 mesin. Pastu pening mana lak nak sidai. Nasib baik la tengahari tadi ada panas sikit. Minta tolong suami sidai kat pagar belakang sana. Tu pun sampai petang tadi tak kering jugak...sebab panas pun ala-ala manja gitu. Kat yard belakang ni dah macam kedai dobi jadinya. Adussss.
  • notakaki: tak tau nk kemas rumah cmner...dh boring.

IKLAN