Friday, June 4, 2010
Serba baru
Eh....betul la ni Rumah Kami. Semalam lain, hari ni lain. Bukannya kes rajin...tapi kes terlebih dos rajin. Hahaha...Dah lama tak bertukar wajah. Sesekali tu nak ler jugak. Lagi pun memang kami sedang bertimbang-timbang nak masuk rumah baru. Rumah sewa jugak. Huhuhu...kenapa aku kata timbang-timbang pulak, bukan ke dah confirm? Hurm...
Panjang cerita nyer. Nanti lah ku ceritakan betapa banyak yang perlu aku timbang. Hahahaha...Anyway, cantik tak rumah baru kami ni?
Dapat jua akhirnya
~Tajuk memeng tak boleh blah~
Korang tengok gambar pun dah menceritakan betapa gediks nya mama Putra nak jugak makan doroyan. Terpaksa lah papa Putra mencari dengan gigih nya kerana diperas ugut paksa oleh puan isteri yang ala-ala mengidam itu. Nasib terjumpa kat Kota London Damansara ni.
Begitu lah berakhirnya kisah teringin puan isteri yang akhirnya dapat jugak makan buah doroyan idaman Malaya. Puas ati aku. Hahahaha...Alamak sakit tekak laaaa. Degil lagi. Sekarang kan musim panas.
Korang tengok gambar pun dah menceritakan betapa gediks nya mama Putra nak jugak makan doroyan. Terpaksa lah papa Putra mencari dengan gigih nya kerana di
Pilih jgn tak pilih...
Pilih lagi...
Banyaknya....sekilo RM7. Mari-mari....mahal kan?
Jeng jeng jeng....makan dengan pulut memang terangkat. Lepas makan mengantuk. Huhuhuhu
- notakaki : Panas...panas...minum air masak byk2. Jom makan lagi.
Thursday, June 3, 2010
Hujan oh hujan kenapa engkau tak turun
Sungguh sungguh sungguh teringin nak makan buah ini
Tiap2 kali bagi cadangan pasti di reject mentah-mentah oleh encik suami. Sekaran ni musim panas, tak elok makan buah doroyan ni. Nanti demam. Ah, alasan yang menyakitkan telinga puan isteri. Kan orang tua-tua ada pesan, lepas makan je buah durian ni, minum air dalam pangsa/ kulit dia tu. Sure tak panas. Tak caya? Sila buat eksperimen sendiri ;)
Alahai....malam tido pasang la ekon sampai pagi. Mesti tak panas kan? Lagi menyakitkan hati dan menggudah-gulana kan jiwa puan isteri bila orang tu sedap je makan doroyan berbakul-bakul. Sampai dia pun dah bertukar menjadi bakul.
Tak boleh blah jadi, puan isteri mesti pasang perangkap untuk dapatkan durian. Mesti!!!
- notakaki : intai kat pasar malam....
Istana menanti pasti
Waaaaaaaaa.....nak menangis rasa. Belum jumpa lagi rumah sewa yang sesuai. Ada yang aku suka, encik bos pulak tak suka. Ada yang dia suka aku pulak rasa tak sesuai. Alahai...macam mana ni. Hish!!! Maktok pulak duk memujuk suh balik Kedah. Adoiiiii. Siap bagi masa suruh fikir sampai hujung tahun ni. Mak aiii. Sesak kepala otak cik kiah ni.
Kenapa la sayang sangat nak meninggalkan bumi Selangor ni? Apa yang best sangat kat Subang ni? Ingat kat Kedah tak best ker ha? Tu dia bila maktok Putra hentam aku bertubi-tubi macam tu memang senak perut jugak nak jawab.
Sekarang ni tiap-tiap petang kami keluar cari "istana"
- notakaki : di mana di mana kau rumah?
- tajuk memang gempak...
Tuesday, June 1, 2010
Balik kampung ~ cuti wesak - part 2
Sambungan entry balik kampung...
Kebetulan...masa kami balik tu sepupu sebelah papa baru je dapat anak kedua. Ermm bestnya. Comel pulak tu. Putih gebu.
Kebetulan...masa kami balik tu sepupu sebelah papa baru je dapat anak kedua. Ermm bestnya. Comel pulak tu. Putih gebu.
Gaya mak budak pegang baby...ala2 kekok gitu
Wah...sedapnya baby Afiq tido kat makngah. Tak berbaju, panas sangat kat sana.
Ini budak dapat lori diam la dia. Dah hilang excited nak tengok baby.
Si montel Tasya asyik je tengok makngah pegang baby. Kak long tu apsal muncung mcm tu?
- notakaki : Putra bila nak dapat adik?
Subscribe to:
Posts (Atom)






