Assalamualaikum
Bismillah
Weekend ni tak kemana-mana...sebab papa dorang keje. Bak kata pepatah.."marriage is like workshops...where husband WORK and wife SHOPS.."ππ
Hahahaha...takde la. Memang keje dia tak abis so terpaksa la kerja. Huhuhu
Harini nak story mory pasal feveret food.
Sebenarnya Fara mmg suka food. Makan ni memang dh jadi hobi. Tak caya? Check it out my ig bioπ
...hahahaha
Dah nama pun bini chef klu tak suka makan rugi besau la wei...
Salah satu feveret food Fara is Nasi Kerabu Kelantan...
Kalau korang tak tau nasi kerabu kelantan ni rupanya macam mana...
Sila telek gambar di bawah
Inilah rupanya Nasi Kerabu Kelantan
Biasanya memang warna biru....
Ada budu, ulam, sambal, kopok dan lain2 lagi
Ini picture snap pagi tadi.
Nasi kerabu ni memang terbaik di alam semesta. Sungguh tak tipu
Air tangan kawan baik Fara sendiri.
#Mekti
Kat fb pun ada update...kegigihan sgt kan. Hahahaahπ
Memang mengingau kalau korang makan.
Fara sanggup semalam minta dia senaraikan bahan2 berdesub gi kedai.
minta tolong dia masak kan.
Pagi ni dapat makan...Subhanallah memang ππ»ππ»ππ»
Sejenis kepelikan juga sebab Fara bukan org Kelantan or Terengganu.
Husband pun bukan orang sana.
Mak bapak pun tak jugak
Tapi feveret nasi kerabu Kelantan.
Fara ni mengaku la orang utara walaupun bukan ori...
Klu orang tanya...memang ngaku org Kedah walaupun tak junjung Piala Malaysia atas kepala.
ππππππππππππ
Sebelah utara pun ada nasi kerabu juga tau.
Tapi Fara tak suka...bukan feveret la.
Walaupun mak aku org utara (sila baca dlm loghat utara nah) uollls!!!
Macam mana Fara bole terjebak makan dan tersuka nasi kerabu biru ni...nanti Fara sambung story. Tu pun kalau rajin. Hehehehe.
Korang pandai tak masak nasi kerabu ni? Ke korang pun spesis bini chef jugak? Pandai makan je. Hahahaha
Kalau korang tau port makanan Kelantan yang best kat area Lembah Klang ni jangan segan2 nk tulis kat komen tau.
Nanti ioll bole terjah.
Ok jumpa lagi nanti. Byeeee