MY EVERYTHING

Lilypie Kids Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers

SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG

Thursday, July 10, 2014

sambungan... Putra belajar berpuasa

Bismillah ar Rahman ar Rahim
Assalamualaikum

.....sambungan daripada entry Putra belajar berpuasa. Nak tahu abang Putra berjaya berpuasa penuh atau tidak? Ikuti sambungan nya di bawah. Hehehehe macam iklan drama bersiri pulak ni.

Hurm...mama memang tak reti nak mengarang panjang-panjang. Mama cuba ringkas kan sepadat mungkin.

Abang...balik dari rumah ustazah petang tu dengan muka yang gembira kuat dan sihat. Mama dah agak dah. Abang tak larat nak puasa sampai ke petang. Kata abang, abang letih dan penat. Ustazah pun suruh abang buka puasa. Makan roti minum air. Tak apa lah anak, mama tak memaksa pun abang puasa. Abang dah berani mencuba berpuasa pun mama dah gembira. InshaAllah tahun depan abang dah 7 tahun harap-harap abang mampu puasa penuh ye.

Mama suka bila abang kata, abang dah cuba mama tapi abang tak larat sangat...sebab tu abang buka puasa. Okey abang percubaan kali pertama gagal. Sekurang-kurangnya abang cuba dan berusaha kan. Jangan putus asa, nanti cuba sampai berjaya ye.



p/s: bila abang dah besar abang baca tulisan mama ni mesti abang akan ingat balik semua memori pertama abang belajar berpuasa kan. mama kan selalu pesan kita berpuasa kerana Allah dan kita nak memahami perasaan orang miskin. jangan suka membazir makanan. jangan berlebih-lebih dalam semua hal sebab ada orang lain yang kurang bernasib baik daripada kita. mama harap abang akan sentiasa ingat pesanan mama ni.


No comments:

IKLAN