MY EVERYTHING

Lilypie Kids Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers

SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG
Showing posts with label mama Putra punya hal. Show all posts
Showing posts with label mama Putra punya hal. Show all posts

Saturday, September 24, 2011

Janji manismu ku tagih jua

Ini lah tuntujan janji-janji manis mu .....yg mama bgtau kat entry lepas

Gara-gara si abang layan JJCM kt tv3 ahad lepas....











Puas le hati kamu yer nak....

jam2 tu jugak kol papa. "Abang nak pegi kedai Ipin ni, abang lapar..."
papa yg tau ape2 kt tmpt keje blur kejap. "ada ke kedai Ipin....kat mana?"
"Kt tv la....abang nak pegi  ni..." papa pun bikin janji manis...."esok papa off kita pegi yer...."

* janji-janji manis papa kat mama bila nk tuntut yer...? hukhukhuk

Pendapat mama: Cafe ni biasa2 je...tapi bg bebudak mungkin best giler sebab banyak sangat gambar2 karakter dalam cerita Upin Ipin. Teruja sangat sampai susah nk makan. Harga pun...boleh tahan la. Senang je nak cari cafe ni. Betul2 belakang Jakel seksyen 7 Shah Alam.

Saturday, September 4, 2010

Tak tau apa nk cakap....

Jom layan budak bucuk ni makan nasi minyak syurga cinta air tangan mamanya =)
Ini adalah kesinambungan entry sebelum ni yer...sila jgn buat2 pitam yer...hahahahaha.

Ok...sudah. The pictures tell everything....;)

Mama memang buat khas ayam masak kicap untuk beliau. Sebab tu beliau lajuuuuuu je makan. Berkali-kali tu puji mama...."sedap betulll mama macak "...ermmm memang drama king la anak mama ni. hihihihi....

Thursday, August 26, 2010

Dah berapa hari tak menghupdate ini belog....
Tuan tanah kedaung ni asyik tak sempat jer....
Padahal dlm henfon dh penuh gambar menu berbuka...
Kononnya nak sharing dgn kengkawan....
Sudah nya tak kemana...
Siang hari perut lapar, nk mengarang pun ala-ala lemau gitu
Malam pulak dah kenyang dh jadi ular sawa...hihihi
Keje rumah pn banyak sgt pending ni...hihihi mcm keje opis pulak ada pending2.
Kalau sempat malam baru nk mengadap segunung intan kain nak melipat, sebab siang melepet...
Hurmmm...

Sunday, August 22, 2010

Berbuka sorang2 jugak hari ni

Hari ni buka pose sorang2 lagik. En roomate masih kena handle function kat Bangi nun...Memang tersangat malas nak masak...Dah pukul 5 lebih baru masuk dapur sambil mengintai kat peti ais ada apa yg boleh di masak. Dan yang paling penting...paling senang nk masak. Hihihi

Talapia berlada
Ayam Kuzi...panas kan je...en suami bw blk smlm ;)
Kacang panjang + telur
Mee bandung....(jiran pulangkan mangkuk...)
Mee bandung...yummy
Sedia untuk di makan

Banyak jugak kan atas meja saya tu. Sila abaikan set pinggan saya yang bercampur tu. Hihihi..Saya cuma masak ikan talapia dan goreng sayur je. Pastu panaskan ayam kuzi tu. Last2 saya hanya makan mee bandung je. Nasi belum makan lagi. Kenyang dah...Tu ayam dua ketul tu Putra punya dgn sup.

Kejap lagi encik roomate saya balik, kalau dia nak makan nasi saya tumpang sekaki, kalau tak makan nanti sahur...senang, tak yah masak dah.

Saturday, August 21, 2010

Memang benarlah berdua lebih baik

Hari ni memang takde mood nak masak :( Encik roomate saya ada function kat Bangi so dia berbuka kat sana. Dah nak berbuka sorang-sorang ni malas nk masak bagai....Hanya ini saja yang saya makan tadi...


Kueteow Goreng
Jemput2 jagung...lagi? hihihi....
Air ribena
Juadah berbuka seadanya

Itu saja....Kenyang alhamdulillah...ni tengah melayan anak bujang sorang ni tgk vcd iqra'. Sahur ni nak masak ape yer...? Hihihi geli hati bulan pose ni semua isteri terutamanya, pening duk memikir menu berbuka dan sahur.

Tajuk memang tak bleh blah..tapi itulah hakikatnya...;)

Saturday, August 14, 2010

Join GA lagi~

Assalamualaikum....
Pagi ni terasa nak join GA la kawan2.....Hadiahnya sangat menawan insang kalbu ku....hihihi...

Menawan kan? Set English style...memang cantik.

Nak join ker...? Jom la meriahkan GA ni.  
Syarat nya pun sempoi je....
KLIK je kat sini


Kalau ada rezeki, alhamdulillah ;)

Wednesday, August 11, 2010

Ke sini lagi...


Sabtu lepas...tempat kejadian, Taman Tasik Titiwangsa....layan si bujang sorang ni tgk control car. Tiap2 minggu ke sana boring dah i ni. Tapi nak kemana lagi area KL ni. Sini je la yg ok sikit. Dah la berdating dulu pun kat sini....alamak!! pecah rahsia.

Nak tanya ni, ada nampak macam ibu mengandung ke bila i pakai baju gini? Sila jawab dgn jujur ye ;)

  • terjumpa Maya...bunga2 matahari anggun mekar di taman sari. Asben dia main control car kat sini. tapi malas le nak tegur ke minta ambik gambar ke...takut mengganggu pulak

Mari menggedik bersama

Kami...iaitu, Papa, Mama dan Putra bergedik santai bersama dengan ibu chot and family ke i City. Hihihi....
Sebenarnya, mama dgn Bff ni je yang terlebih gedik. Huahuahua...anak2 and En. Suami relax je.

Ekceli kitorang dah penah dtg i cty ni, tapi memandangkan puan Echah yang teringin sangat nak datang mama pun join sekali la ;) Tapi best sangat pegi ada geng...takde la malu sgt nk berposing bagai. Hihihi....

Jangan muntah pink pulak layan gambar kami ni tau...


The pictures tell the truth  ~ yeay!!!

Ada rasa loya nak muntah ker...? Hihihi.....
Ini lah salah seorang bff mama merangkap roomate. Tu dulu, skg dia dan saya dh ada roomate masing2. Hahahaha...Tapi dia dah ada dua handbag, manakala saya baru satu =)




  • notakaki : promote kengkawan....apa salahnya kan. kiranya saya ni testimonial jugak la kan...

Dah mula dah

Dalam beberapa hari ni saya sangat tekun membaca ini...



  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  




Dan hari ni telah tamat.
Dah lama tak melayan novel. Seingat saya dah beberapa tahun mungkin. Novel terakhir sebelum ni ialah Cinta Tiada Akhirnya...
Sebelum ni memang saya kaki novel. Bak kata BFF gedik sorang ni....cari idea. Hihihi....



Ok...fist kenapa saya beli novel ni?
Sebab nama teraju utamanya Izzah.
Sama macam Cinta Tiada Akhirnya, dan Ombak Rindu. Hihihi...Minat sungguh dgn Izzah tu.

Jalan cerita nya pun hampir sama. Tapi penulis nya bukan orang yang sama, ok.
Di awal penceritaan terasa geram dan bengang sikit dengan Izzah ni.
Biasalah, siapa yg selalu layan novel pasti faham sangat perasaan waktu tu.
Macam terbawa-bawa dalam dunia realiti. Hihihi...

Saya rasa Biarlah Rahsia ni....ok juga, Mungkin boleh diperbetulkan sedikit "typing error" itu saja.
Yang lain saya tak berani komen sebab saya bukan lah arif tentang penulisan novel ni =)
Saya tak nak tulis sinopsisnya....Biarlah Rahsia....hihihi.
Kalau nak tahu sila cari di kedai buku. Apa yang penting ia kisah rumahtangga dan boleh dijadikan iktibar jugak.

  • notakaki : Lepas ni nak cari novel baru pulak....sape2 nak bg idea?


Tuesday, August 10, 2010

Mama kena gastrik...?

   



Bila dah berteka-teki kenapa lah aku ni rasa mual....perut pun berlagu keroncong versi rock, sakit nya tak payah di cerita. Memang derita. Terus la mengadap dukun doktor kat sini....

 
Doktor kat klinik ni memang best. Dah lama kitorang dengan doktor sini....sejak mengandungkan Putra lagi. Serasi....



Nampak tak ape yang tertulis kat ubat tu....GASTRIK. Huhuhu...dah agak sebab sebelum ni pun memang selalu sakit perut kalau lambat makan. Tapi kali ni teruk, sebab balik kampung mggu lepas langsung tak jaga makan. Makan tak tentu.

Alhamdulillah hari ni dah Ok....makan pun mengikut time. Nanti mem besar dengan roomate saya akan call tak pun sms tanya dh makan ke belum. Bulan puasa ni insyaAllah saya boleh berpuasa...kurma kan ada.

  • notakaki : boleh rujuk di sini tentang gastrik

IKLAN