MY EVERYTHING

Lilypie Kids Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers

SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG
Showing posts with label Putra. Show all posts
Showing posts with label Putra. Show all posts

Friday, November 28, 2014

Hari Anugerah Cemerlang Pasti : Putra dah grad!!!

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum

Alhamdulillah
Anak mama dah grad
Selepas dua tahun belajar di Pasti Ummu Hasanah

                                                    Tok Ketua Kampung sampaikan sijil


 Peace!!!
Saya dah grad. Alhamdulillah
 
 
 Ini kawan saya...
Nama nya Siti Fatimah Az-Zahra
Umur dia 5 tahun
Saya suka kawan dengan Fatimah sebab dia baik hati dan cantik
 
 Terima kasih banyak-banyak buat Mualimah semua.
Mualimah Ijan
Mualimah Lina
Mualimah Nisa
Semoga Allah memberkati dan membalas semua jasa baik mualimah
 
Last but not least
Mama pn nak bergambar kenangan dengan semua mualimah yang banyak berjasa ni.
Semoga ilmu yang di berikan akan di manfaatkan oleh semua anak2 Pasti Ummu Hasanah.
Alhamdulillah.
Jazakallah mualimah.
Semoga Allah memberkati kalian semua
 
 



Anak mama nak keluar rumah mesti pakai seluar panjang.
Alhamdulillah dah mula faham pasal aurat.
Nak masuk bilik air mesti baca doa dan pakai kopiah atau tutup kepala dengan towel (buang air besar)
Makan minum berdoa dan duduk
Suka berzikir dan bernasyid

Alhamdulillah syukur.
Walau anak mama tak sehebat orang lain yg speaking mat saleh mcm makan popcorn, tapi anak mama faham hukum Allah dan 'kenal' Allah.
Semoga terus membesar dengan kasih sayang Allah. InshaAllah.

::Bila abang dah besar nanti dan baca tulisan mama ni ketahui lah abang bahawa mama sangat berbangga melahirkan dan membesarkan abang. Syukur Allah berikan yang terbaik untuk abang. Cukup sempurna. Teruslah belajar mengenal Allah. Kejar lah akhirat inshaAllah dunia pasti akan ikut. Mama akan lebih berbangga jika abang mampu menghafal Al-Quran berbanding Ensiklopedia. Ketahuilah wahai anakku Muhammad Darwisy Shahputra doa mama sentiasa mengiringimu setiap waktu. Semoga menjadi anak yang soleh buat mama dan papa.








Thursday, July 24, 2014

....sambungan Putra belajar puasa (part 2)

Assalamualaikum

Entry sambungan lagi pasal Putra belajar puasa. Alhamdulillah akhirnya Putra berjaya puasa penuh jugak dan harini dh 11 hari dia berpuasa. Alhamdulillah. Mama memang tahu Putra ni kalau nak sesuatu memang dia akan usaha sampai boleh. Masa awal2 belajar tu tak tahan pastu mama bagi dia buka puasa. Pastu dia kata esok abang nak cuba lagi dan memang dia mampu bertahan. Mama memang tak pernah paksa dia yang nak sangat berpuasa.

Bila dah berpuasa ni masa berbuka tu lah dia paling happy. Biasanya dia akan tanya hari ni berbuka apa. Kadang2 tu dia siap  request nak makan itu ini. Memang kitorang layan kan jugak sebab nak bagi dia seronok. Macam-macam dia nak makan dan memang dia makan dengan berselera waktu berbuka tu. Hehehehe seronok tengok.

Waktu sahur pulak memang senang nak kejut dia bangun sebab setiap hari sebelum tidur memang berkali-kali dia ingatkan mama untuk kejut dia bangun sahur sampai lenguh mulut ni nak jawab ye ye ye ye. Dia kata abang nak ingatkan mama nanti mama lupa sebab tu abang bagitau banyak kali. Ye la anak oiii...

Alhamdulillah. Lega rasa bila dia dh faham macam mana berpuasa. Dia pun tak pernah minta apa-apa ganjaran dan kami pun memang tak pernah janjikan apa-apa. Yang selalu dia tanya saya ialah...
" Mama harini abang dapat pahala tak?"
"Pahala abang banyak tak harini mama? Sebab abang penat tapi abang tahan"
"Mama kalau orang puasa dia tolong orang Allah bagi pahala banyak tak mama?"

Macam tu la setiap hari." Abang nak banyak pahala sebab nak masuk syurga". InshaAllah, mudah-mudahan abang jadi anak yang soleh dan beriman, ameen.













Monday, October 31, 2011

Di sebalik nama

Assalamualaikum.

Ada yang bertanya.
Mana dapat nama Indah.
Gabungan nama ker?

NUR DHAMIRAH SYAHINDAH

Baru mama perasan.
DHA - Darwisy (abang Putra)
MI - Mie (papa)
RAH - Farah (mama)

Kebetulan je tu. Sebenarnya mama cari dalam buku.
Alhamdulillah dapat makna yang baik dan lebih kurang sama dengan abang dia

~Cahaya Jiwa yang Warak, Takwa, Mulia~Maktok pun ada bg nama yg dia berkenan, tp kali ni mama nak pilihan mama sebab abang Putra dulu tu nama pilihan maktok.

MUHAMMAD DARWISY SHAHPUTRA
~Yang Warak~
Shahputra tu papa yang suka-suki tambah sebab Putra lahir hari keputeraan Sultan Kedah (20.01.2008)

Apa yang penting, mama dan papa memang sepakat nak anak-anak kami menjadi yang warak. Semoga dikabulkan Allah, amin.



Wednesday, September 21, 2011

Gedik la pulak

*Amaran : Gedik yang tidak terlampau =) Boleh ditonton secara UMUM

Apa kes dua beranak ni duk menggedik tak pasal-pasal. Hahaha...ni time dah boring la ni. Penat menunggu papa ada hal kat tempat keje masa hari cuti. Hari cuti pun pegi tempat keje....sah la nk belikan bini nya banglo 15 tingkat.
Balik je dari klinik, cucuk Indah terus je papa bawa kami ke KLIA.( tempat keje dia la tu.) Ermmm....sah2 la kena tunggu sampai lebam dalam kete. Papa jumpa big boss bagi reason kenapa tak nak pegi outstation ke Langkawi hari ni. Hai, kalau terpaksa pergi, mama pun terpaksa la berani-berani kan diri duduk kat rumah dgn anak2. Dua minggu tu, klu setakat 2 hari tahan lagi. Alhamdulillah dorang cari alternatif lain dulu...tapi standby je la papa tu bebila je kena terbang jugak klu dipaksa.

Dah settle keje papa...abang Putra dah mula menuntut janji manis papa. Apa kah itu....nantikan sambungannya. Mama nk mandikan adik dulu yer.


Wednesday, October 6, 2010

Bila dia tak sihat

Owh...anakanda tercinta tak sihat hari ni. Di serang selsema dan batuk2. Kahak byk pulak tu. Nafas pn dah berbunyi. Mama dah risau ni.

Kalau dia sihat macam2 dia buat bagi darah mama naik dan bertukar jadi tarzan. Korang layan gambar ni.....

Nampak kan...?
Betapa darah saya akan naik dan mula menjadi tarzan betina.
Saya tengah sibuk masak kat dapur dia senyap2 masuk bilik selongkar beg makeup saya.
Dan beginilah jadinya.

Owh tidakkkkkkkkkkkkkk!!!!
Awak tu lelaki mana boleh pakai lipstik. Hadoiiiii.

Tapi, hari ni dia tak sihat. Diam jer....kesian pulak mama tengok. Adik cepat sihat yer, sunyi la rmh ni.


Posted by Picasa

Wednesday, September 15, 2010

Pagi raya

Assalamualaikum...
Raya sakan lagi ke korang? Den dah abis raya...hihihi tetiba. En roomate dah start keje 2 hari lepas. Boring dowh duk je kat rumah  ni. Tapi apa nak buat :(

Ni nak story mory cerita pagi raya. Kitorang tiap2 tahun kalau balik beraya di kampung mesti akan gi semayang raya kat masjid. Best...barulah terasa hari raya. Tapi tahun lepas ai tak semayang raya sebab bawa si kecik tu.Asyik berjalan sana sini, almaklum baru dpt kaki time tu. Tahun ni, sebab dia dah semakin besar dan dah faham arahan, makan ai memberanikan diri.


 
Muka tanpa mekap...haruslah sebab ada wudhuk 

 
My mom, makcaq n si budak gomok yg xmo enterprem
The hero......sangat2 well behave time mama solat. Tapi last2 masa tahiyyat akhir tu dia ternampak spek maktok dia. Berusaha gigih nak pakaikan kt maktok. Hihihihi.......nasib baik maktok dapat tahan gelak. Kalau tak, sia-sia.
Selesai solat...kami ziarah pusara yang telah mendahului...tokwan, pakcik dan tok2 sedara yg lain. Lepas tu gerak balik ke rumah mentua pulak.

ps: baju raya tema merah...tapi lupa daaa nk snap family potret.

Tuesday, August 17, 2010

Putra dan Mia

Ok selingan sedikit....asyik cerita pasal menu berbuka yang tak semegah mana tu. Mesti ada yang boring kan? Mari saya nak bercerita pasal anak bujang saya yang soleh ini.

Sejak pindah sini....korang tau ke kat mana? Putra dh jatuh hati. Ops!!! Dia terbekenan pulak kat baby cute sorang ni....Sebenarnya mama Putra pun terbekenan jugak. Hihihi....

Geram sangat sebab dia cute, tembam pulak tu....Putra kecik2 dulu takde nak tembam macam ni tau.


Ni pic semalam...masa saya gi hantar juadah berbuka. Sibuk je Putra tu nak peluk Mia. Tapi yg best nya...Mia pun diam je kalau Putra peluk cium dia. Hihihihi....Nanti dah besar tak leh ye Putra. Silap2 kena kejar dengan penyapu.

  • bila nak dapat baby girl pulak ni.....

Sunday, August 15, 2010

Ada orang tak puasa ker?

Shhhhhh!!!!! Saya beli McD.....Saya kecik lagikan...tak pandai puasa lagi dan tak faham lagi apa itu puasa. Sebab tu waktu mama keluar pegi beli bahan2 nak masak laksa saya merayu-rayu nak makan Mc D. Papa beli drive thru je untuk saya. Saya lapar la sebab mama saya tak masak hari ni.   


Ini lah Happy Meal saya...ada toy lagi. Sebab tu la saya nak sangat makan McD ni ;) 
 

Mama tolong suapkan sebab saya belum pandai. Nanti habis comot, mama marah.
Nanti saya dah besar saya puasa eh...Aunty2 jgn terliur pulak tgk mcD saya ni. Ok bye...saya nak tido dulu, mata ni dah pedih. Dari pagi tadi saya asyik sepah2 kan rumah je. Jap lagi mama marah abis la saya. Oh pagi tadi saya sarapan nasi goreng yang mama makan untuk sahur. Sedap sangat sampai  dua kali tambah.
Ok lah bye...



Wednesday, August 11, 2010

Ke sini lagi...


Sabtu lepas...tempat kejadian, Taman Tasik Titiwangsa....layan si bujang sorang ni tgk control car. Tiap2 minggu ke sana boring dah i ni. Tapi nak kemana lagi area KL ni. Sini je la yg ok sikit. Dah la berdating dulu pun kat sini....alamak!! pecah rahsia.

Nak tanya ni, ada nampak macam ibu mengandung ke bila i pakai baju gini? Sila jawab dgn jujur ye ;)

  • terjumpa Maya...bunga2 matahari anggun mekar di taman sari. Asben dia main control car kat sini. tapi malas le nak tegur ke minta ambik gambar ke...takut mengganggu pulak

Tuesday, August 10, 2010

Surat buat anakanda tercinta...

 

Assalamualaikum anak mama...Muhammad Darwisy Shahputra. 
Besar harapan papa dan mama moga-moga Putra menjadi anak yang soleh dan warak.
Sedari Putra di dalam kandungan mama, mama dah berazam akan menyusukan Putra dengan susu mama. 
Papa dan maktok selalu menyokong mama. 
Alhamdulillah...mengandung dan melahirkan Putra adalah sesuatu yang amat bernilai buat mama. 

Putra, 
Putra tau tak...Putra tak pernah minum susu lain selain susu ibu. Yang terbaik Putra dapat daripada mama. Putra patut bersyukur kan? Alhamdulillah, berkat susu ibu ni Putra jarang dapat sakit.
Telinga mama ni mama pekak kan je dengar macam2 orang cakap pasal susu tin. Yang ni bagus la, yang ni anak cerdik lah. Semua mama boo layan ;)
Ada jugak orang cakap kolot, macam orang kampung bagi anak minum susu badan. Semua tu mama tak kisah, yang penting mama tahu Putra dapat yang terbaik dan insyAllah Putra akan jadi yang terbaik...kan?

Tapi, hari ni...4 August 2010 bersamaan 23 Syaaban. 
Putra dah mula berhenti menyusu badan.
Alhamdulillah...Mama dah berjaya melengkapkan penyusuan untuk Putra.
Mama bangga menjadi mama yang menyusui anaknya dengan susu mama sendiri. 

Walaupun terasa sedikit "jauh" tapi mama faham....
Putra dah semakin membesar dan Putra dah dapat yang secukupnya. 
Kini, harapan mama Putra terus menjadi anak yang sihat, cerdik, cergas, dan ceria macam selalu.

Putra kena selalu ingat, papa dan mama akan berikan yang terbaik buat Putra. Jadi Putra mesti buktikan Putra juga adalah yang terbaik dari yang terbaik. 

Daripada :
Mama Putra


Tuesday, July 27, 2010

Season 4 - Cute funny eating baby




Salam...
Kali pertama ni mama nak join contest. Setakat ni, inilah gambar yang paling lucu dan comel Putra tengah makan yang mama ada. Makan aiskrim ye kawan-kawan. Sila buka mulut besar-besar yer...hihihi. Ada macam gaya pegang micropon nak nyanyi pun adakan?


Nama : Muhammad Darwisy Shahputra bin Suhaimin
Umur : 2 tahun 6 bulan

Korang pun jom lah meriahkan contest ni....Boleh jugak klik di sini (peganjur kedua)
Lagi ramai lagi meriah...
 Mama memang teringin sangat nak menang kerana hadiahnya yang sangat menarik....apakah itu? Hadiahnya ialah......
" GRAND PRIZE FOR FINALE SEASON IS 3D2N FULL PACKAGE @ REDANG/LANGKAWI ISLAND & 70PCS 4R SIZE PHOTO SPONSORED BY MALINASIAM.COM" 

 Hadiah di taja oleh : http://damiaqish.blogspot.com/

Monday, July 19, 2010

Cerita yang patutnya dipublishkan semalam ;p

Salam.... Korang buat ape ptg2 ahad ni? Kitorang ada je melapuk kat rumah ni. Mendung berangin pulak hari ni kan? Sampaikan terbang semua kain kat ampai tu. Putra pulak tak berapa sihat. Tu tengah tido, jap lagi bangun bawa la dia keluar siar-siar. Semalam petang bangun je tido nak naik horse pulak anak manja sorang tu. Papa pun bawa la entah kali yang ke berapa pun mama dah tak ingat pegi tasik titiwangsa la mana lagi. Puas la hati si bujang tu dapat naik horse.
Gerak balik tu perut dah berkeroncong mana taknya semalam mama tak masak tengahari tau. Hish!!! tak senonoh la mama kamu ni Putra. Hahaha...kenyang lagi la kunun2nya sarapan kat Subaidah pun dah pukul berapakan. Orang makan tengahari kita baru nk sarapan. Singgah menyantap rojak. Papa pulak layan mee rebus. Kenyang. Putra pulak kena cendol semangkuk. Bukan masuk ke mulut abis tumpah ke baju. Melekit-lekit. Gerammmm je mama ni. Balik rumah tak payah masak dah. Hihihi...
Tengok la tu...macam terror je padahal tak masuk pun mulutnya. Rojak tu, ok la sesedap rasa je. Tapi mama suka lagi yang rojak mamak kat sg buloh tu. Apapun habis jugak. Kenyang perut sampai ke pagi tadi. Hihihi...




Posted by Picasa

Monday, July 12, 2010



Semalam (Ahad) petang bawa si Putra main2 kat taman....biasa la mana lagi kalau bukan kat Taman Metropolitan Kepong tu. Terperap je kat rumah kang jadi pekasam pulak kan?

 
Bekalan di hari tua...

 
Oh nampaknya Christiano Putra bad mood sebab papa lambat sepak bola.

 
" tanak awan papa....awan mama jer..."
(tanak kawan papa...kawan mama je...)

 
Kita minum dulu.....

 
Ginilah keadaannnya bila pengadil dah bengang....
papa kuar!!!!

 
Ehem ehem...nak jugak enterprem.

Minum lagi, dah jom balik. Kita gi pasar malam cari makanan pulak.

  • notakaki : Sekian cerita hujung minggu kami yang sangat boring okeh.

IKLAN