MY EVERYTHING

Lilypie Kids Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers

SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG
Showing posts with label susun atur. Show all posts
Showing posts with label susun atur. Show all posts

Wednesday, November 26, 2014

Susun Atur : Ruang Menonton



Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum..

 
Ini lah ruang menonton kami.
Takde ruang khas pun.
Ruang ni kat ruang tamu.
Rumah teres biasa je.
Rumah sewa je.
Alhamdulillah ini yang termampu
Deko pun tak pandai sngat.
Biasa sangat ruang menonton kami
Takde kapet gebu gebas
Takde kerusi empuk untuk baring2 pun kat area ni.
Syukur Alhamdulillah
 
Cable cover tu belum sempat nak cat.
Nanti - nanti kita cat.
Sementara ni biar je macam ni dulu asalkan wayar2 tu tak berserabut.
 
 
 

Sunday, November 2, 2014

Susun Atur : Bilik anak merangkap bilik tetamu

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum

Rumah teres 3 bilik je.
Jadinya bilik ke dua kami jadikan bilik anak2
Walaupun depa tak tido bilik ni pun
Tempat mainan dan salin pakaian je
Si abang yang dah 6 tahun tu penakut sangat
Lagipun bilik tengah ni siling nya tinggi melangit
Di tambah pulak ada bocor.
Kalau hujan memang habis la basah
Nasib badan duk rumah sewa
Macam ni laaaaaa

Sebenarnya bilik ni kami jadikan bilik tetamu jugak
Walaupun teramat lah jarang nak ada tetamu bermalam kat rumah kami ni
Tapi kalau ada tu bole je tumpang tido bilik ni.





Taraaaaa...
Sebelum ni guna cadar kartun Angry Bird
Sekali sekala ubah selera pulak.
Guna cadar merah Mak Ngah
Hehehehe
 

 
Susun atur atas almari baju.
Saya rasa macam dh semak atas ni.
Tak suka letak banyak2 barang.
Nampak berserabut.
Tengah fikir mana nak susun semua ni...
 
Mainan Indah
 
 Meja belajar.
Motor tu pun semak je mata mama tengok
 
 Almari pakaian
Berserabut nampak
Kena fikir unt improve susun atur lagi
 
 
Mainan lagi.
Kawasan ni paling bersepah
Kena selalu kemas



Tengah kumpul idea dan semangat untuk kemas kan lagi bilik anak ni.
Korang perasan tak...dekorasi yang langsung takde dalam bilik ni.
Memang eden ni biol sikit bab mendeko
Kalau ada cadangan dan idea sila la lontarkan ye.












Tuesday, October 28, 2014

Susun Atur : Wayar TV

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum...

Sekian lama menyepi harini baru muncul kembali. Dah macam lirik lagu pulak. Hehehe entry pertama bulan Oktober 2014. Ok lets straight to the entry.




Cerita susun atur lagi.
Jangan ada yang bosan ye
Almaklum tuan tanah kedaung dah terjebak dengan geng susun atur.
Asyik nak meyusun je keje nya.

Minggu lepas Encik suami kene kerah pasang 'cable casing' ni.
Berbulan jugak rasanya menahan sakit mata menengok wayar berselirat.
Huishhh memang kena banyak2 bersabar.
Akhirnya berjaya jugak kemas.
Horeyyyy!!!







Kemaskan...
Dah tersembunyi semua wayar2 yang berselirat sebelum ni
Takde la sakit mata ni.
Aman bahagia rasanya.








Korang...
Meh sini nak tunjuk kan perbezaan sebelum dan selepas.

Haaaa....hambik kau!!!
Nampak kan betapa berserabut wayar2 tu kan.
Bila dah di kemaskan baru la lega jiwa ni.
 
 

notakaki :  Apalagi korang2 yang wayar berselirat berserabut sampai senak urat perut tu p kemas cepat2.


 




Friday, September 19, 2014

Susun Atur : Peti Ais ( Bahagian Beku)


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum

Wahhhh baca tajuk memang gempak kan. Macam besarnya projek aku kan. Susun atur dalam peti ais aku je pun. Saja nak kongsi dengan korang walaupun aku tahu peti ais korang 200% lebih tersusun drp aku. Hehehehe....



Macam ni je susun atur nya. Dalam bekas biru kat bahagian atas tu memang aiskrim anak2. Yg bekas bawah tu pulak freezermate Tupperware isi bahan mentah. Harini dah Jumaat memang stok tak banyak dah. Ada udang, sotong, ayam, dan ayam hancur je. Sikit2 je semua tu...Pastu aku isi jugak fun fries dan daging burger dalam tu. Yg kat dalam tipuware lutsinar belakang tu ialah perencah mee goreng mamak kawan aku bagi. Sebab aku teringin sangat nak makan mee goreng abang dia tapi abang dia takde g mekah tu yang dia bagi perencah ni. Alhamdulillah rezeki...

Itu je susun atur peti ais bahagian beku aku. Bahagian bawah aku belum kemas nanti aku kemas aku cerita kat korang ye. Kena jenguk group Kami Suka Susun Atur ambil mood.

Sekian



Saturday, September 6, 2014

Susun Atur : Pantry / Tempat simpan barang makanan


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum

Kat rumah saya ni takde kitchen kabinet. Yang ada kabinet biasa je. Almaklum lah rumah sewa je kan. So kabinet ni saya jadikan "pantry" la konon2 nya. Mini pantry la kot sebab cenonet je ruang nya tu.
 
 Bahagian atas nya tu coffee corner la tu kiranya. Tempt bancuh air.
Bahagian bawah tu la mini pantry saya. Tempat simpan barang makanan.


Tak banyak barang pun. Biasa2 je. Takde label pun sebab semuanya boleh nampak dan kenal pasti apakah barang itu. Dasar pemalas kan. Tunggu mood rajin datang semua nanti sy label. Hehehehe.
 
Dalam kabinet ni biasanya saya spray dan lap dengan menggunakan produk serai wangi. Seminggu sekali mesti lap. Risau ada cicak dengan lipas berkampung pulak kalau jarang2 cuci. Nak kemas dan bersih kena lah rajin skit. Tak gitu?




Wednesday, July 9, 2014

Susun atur : Make over bilik anak

Bismillah ar Rahman ar Rahim
Assalamualaikum
Harini nak share susun atur dan sedikit make over bilik anak-anak saya. Dorang ni bukannya tidur bilik sendiri pun tapi beriya-iya minta jugak nk bilik cantik. Layan kan jugak sebab nak bagi diorang bersemangat nak tidur bilik sendiri kan.



Ni lah hasilnya. Tak seberapa, tapi alhamdulillah anak-anak gembira. Terima kasih buat encik suami yang bersusah payah mengecat dan make over katil tu. Ini semua hasil idea dan cadangan daripada group Kami Suka Susun Atur. Terima kasih banyak korang ;)


p/s: alasan taknak tido bilik ni sebab takde aircond. panas. huishhh melampau anak-anak zaman sekarang. inshaAllah klu ada rezeki lebih kita pasang aircond ye bilik ni.








Tuesday, July 8, 2014

Susun atur: Bekas rempah

Bismillah.
Assalamualaikum.

Nak share susun atur bekas garam dan rempah. Macam ni la keadaan nya. Saya letak di sudut paling dekat dengan dapur memasak supaya mudah kerja-kerja memasak. Tak ada lah berterabur sana sini nanti.


Dalam bekas kaca tu saya letak rempah 4 sekawan. Semuanya Ikea mari. Korang pun dah tau kan. Dekat  corner shelf tu pulak garam, gula, serbuk kunyit dan chicken stock. Saya memang tak guna ajinomoto dalam masakan sebaliknya saya guna chicken stock :)
Meh kita close up sikit.

 
Yang atas tu garam dan gula
Yang bawah bekas merah chicken stock dan bekas kuning tu serbuk kunyit. Bekas-bekas ni saya guna Tupperware. Senang sebab bekas merah kuning tu dah di sediakan sudu kecik dalamnya.
 
Corner shelf tu saya beli kat Daiso. Dah tentu tentu la RM5 sahaja. Nak pasang tu kena DIY sikit sebab dorang bagi paku kecik je bukan skru. Jadi kena diy sikit supaya bole pasang skru dan drill ke dinding.

Lepas ni nak upgrade label pulak. Yang ni saya main hentam je taip guna ecxel pastu print kat A4. hehehehe.





Friday, May 2, 2014

Susun atur : Pakaian Suami

Assalam semua. Hai hai hai cik puan tuan tanah kembali.
Harini nk tunjuk kat u oll cemana sy susun atur baju incik suami. Apa yang pasti...uolls punya lebih cantik kemas dan terbaik drp sy. Just nk share je. Kata sharing is caring, tak gitu?





Begini lah keadaan nya. Semua baju incik suami saya gantung. Saya susun ikut jenis kemeja, t shirt berkolar, warna, dan baju kerja. Seluar pun saya gantung jugak. Seluar sukan dan kain pelikat saya lipat dan susun macam biasa. Stokin dan seluar kecik saya masukkan dalam bekas supaya tak berterabur.

Apa yang penting tersusun dan senang nak cari.
Sekian.

Wednesday, November 20, 2013

Projek susun atur : Tudung

 
 
Salam semua:)
Harini saya nak kongsi susun atur tudung saya. Rasanya ramai dah buat susun atur macam ni kan. Nampak lebih kemas dan cantik. Kaedah "sebelum" tu memang sangat semak dan menyakitkan hati dan mata den.
Korang tengok pun sakit mata kan...?
 
 
Dah la berterabur. Hanger pun carca marba. Adoiiii laaa.
Tak semua tudung saya gantung macam ni sebenarnya. Hanya tudung yang selalu di pakai je, tudung yang jarang di pakai macam layer2 bagai tu saya gantung guna hanger tudung macam kat kedai tu. Nanti - nanti kita cerita ye.
 
p/s : hanger tudung ni saya beli kat Nilai 3.
 

IKLAN