MY EVERYTHING

Lilypie Kids Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers

SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG
Showing posts with label teladan dan sempadan. Show all posts
Showing posts with label teladan dan sempadan. Show all posts

Tuesday, July 27, 2010

 

Assalamualaikum....
Ni cerita Sabtu tadi. Malu nak tayang gambar...tapi, kalau xder gambar rasanya tak best kan? Huhuhu...
Korang...sila jangan gelak okeh.

~Menu dinner kami bertiga~


  

Ala....nak gelak pun gelak ler. Huhuhu...Nama je bini chef tapi masak hampeh. En chef pun semakin M nak masak kalau hari coti. Gasak la...janji perut kenyang, tido pun lena. Hihihihi...


 
Sayur campur...tumis campur sos tiram sikit. Marbeles u olls!!!

 
Sambal belacan...made in lesung batu. Terangkat!!!

Ikan kembung goreng hangit garing....Layan!!!

Itu sajor yg aku pandai masak....sekian.

Thursday, June 24, 2010

Dah terantuk baru terngadah~ nasib baik belum



Pastikan rumah anda selamat!!!  (sila abaikan tajuk yang tah hape-hape tu)

Bila baca berita ni pertama sekali terlintas kat kepala otak ni ialah...aku suka letak pencuci segala mak nenek berkaitan cuci di bawah sinki. Benda tu pulak terang benderang nampak, senang capai, senang segalanya. Sebab aku memang nak buat keje senang. Tapi macam rasa terantuk sekejap bila dah baca berita ni. Hurm...anak aku kecik lagi, bukan dia tahu nak beza ni botol sunlight, ni botol vanish, ni botol harpic...betul tak? Ya allah minta simpang perkara buruk pada keluarga aku dan kawan semua. 

Terus cakap kat papa Putra tadi...malam ni kita kemas , kita letak kat tempat yang tinggi yang susah nak capai. Biar susah sikit asalkan selamat. Ye tak? Korang baca la kat bawah ni. Klik klik. Yang baik kita kongsi bersama...yang tak baik saling ingat mengingatkan.  

Friday, May 21, 2010

Anne Ngasri pulak kali ni


Kisah cerai artis ni dah memang biasa kita dengar. Dah ramai sangat artis kita bercerai-berai. Yang pasti ini bukan lah kemahuan mereka. Tapi mereka orang di kenali jadi apa saja cerita tentang mereka pasti ingin di ketahui peminat. Terbaru...Anne Ngasri. Kesian...wanita ini bukan sahaja cantik tetapi sangat manis apalagi mengenakan hijab. Aku suka Anne bertudung...
Usianya sebaya dengan aku tapi terpaksa melalui kepahitan alam rumah tangga di saat aku baru dalam proses meyelami dan memahami hati seorang suami. Usia perkahwinan kami yang baru menginjak ke angka 7 tahun pun masih terlalu baru bagi aku. Apatah lagi bagi perkahwinan mereka yang belum pun sampai 5 tahun. Tapi, inilah realiti hidup. Tak semua suami bersyukur punya isteri secantik Anne. Memang aku tak nafikan setiap kita mesti ada kekurangan, apa yang penting hati. Jika hati sayang...semuanya bisa di atur. Tapi kalau hati dah mula benci yang indah pun nampak buruk. Cantik di mata dan cantik di hati itu lagi cantik!!! Aku harap Anne kuat dan tabah. Inilah dugaan hidup manusia, mungkin juga dugaan buat Anne yang baru "berhijrah". Jangan putus asa dan yakin dengan kebesaran Allah.

Pada  kawan-kawan yang lain...aku berdoa agar perkahwinan semua di redhai Allah dan kekal ke akhir hayat. Begitu juga hubungan aku dan suami, moga bahagia dan kekal dengan limpah nikmat daripada yang Yang Maha Esa.


  • notakaki: jaga hubungan dengan Allah nescaya Allah jaga hubungan kamu suami isteri - inilah prinsip yang aku pegang dan selalu ingatkan suami ;)

IKLAN