MY EVERYTHING

Lilypie Kids Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers

SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG
Showing posts with label dapur. Show all posts
Showing posts with label dapur. Show all posts

Wednesday, November 19, 2014

Susun Atur : Ruang Dapur

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum


Inilah dapur masak saya
Biasa sangat.
Rumah sewa, ini je yang termampu.
Ruang pun kecil sebab dapur ni memanjang bersekali dengan ruang makan dan laundry.
Saya cuba susun atur sebaik mungkin walaupun tak pandai sangat nak menyusun.
Janji sedap mata memandang dan senang nak capai.

Nak mendeko pun tak pandai jugak baru berjinak-jinak.
Tu kabinet dah berbaju baru sebab terpersona tengok kawan2 dalam group DRKSK semua pakaikan baju kat kabinet.
Kita pun cuba jugak la.
Cari wallpaper murah dan tampal.
Berseri-seri jugak kan...






Tuesday, November 18, 2014

Susun Atur : Pinggan mangkuk


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum

Dah lama sebenarnya saya fikir macam mana nak simpan pinggan mangkuk.
Rumah takde kabinet, yang ada kabinet dapur yg biasa tu je
Mula - mula kawin dulu saya beli rak pinggan yg biasa tu
Memang elok je..banyak bole isi tapi berhabuk dan risau serangga.

Lepas tu sy cuba susun dalam kabinet.
Memang ok. Kemas, tersusun dan tak serabut
Masalah lain pulak datang.
Seminggu sekali kena buat operasi pembersihan.
Kena tukar daun pandan, sebab sy memang letak daun pandan untuk halau lipas.
Tapi tiap2 kali nak guna pinggan tu bila saya cium mesti bau lipas.
Dah kena basuh dulu lepas tu lap baru bole guna.
Ada sekali tu masa tengah kemas2 dalam kabinet tu, saya angkat semua drawer keluar.
Ternampak pulak cicak tu elok je duk menyorok belakang drawer.
Aduhhhh lagi la saya jadi geram.

Puas la memikir.
Puas la google
Puas jugak tanya sana sini
Macam mana korang yg takde kabinet ni simpan pinggan mangkuk?

Akhir sekali ada kawan share dalam group KSSA macam mana dia simpan pinggan mangkuk.
Terus rasa macam...wahhhhh best ni.
Hujung minggu tu terus pegi mencari.



Ini lah dia.
Tempat simpan pinggang mangkuk sudu saya
Senyum sampai telinga bila dah dapat.
Saya beli dengan harga RM 75 sahaja.
Saya beli ni ada 2 laci.
Ada jugak yg 1 laci...harga dalam RM65
 
 
 
Rasa selamat sikit simpan pinggan semua dalam ni.
Tak berhabuk dan yang penting tak de bau lipas lagi.
 

Alhamdulillah.
Seronok sangat.
Ini lah kebaikan bila join group KSSA ni.
Kawan2 semua tak lokek, baik hati dan suka bagi pendapat.

Notakaki :
Harga RM75
Saaka Nilai (Nilai 3)





Friday, September 19, 2014

Susun Atur : Peti Ais ( Bahagian Beku)


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum

Wahhhh baca tajuk memang gempak kan. Macam besarnya projek aku kan. Susun atur dalam peti ais aku je pun. Saja nak kongsi dengan korang walaupun aku tahu peti ais korang 200% lebih tersusun drp aku. Hehehehe....



Macam ni je susun atur nya. Dalam bekas biru kat bahagian atas tu memang aiskrim anak2. Yg bekas bawah tu pulak freezermate Tupperware isi bahan mentah. Harini dah Jumaat memang stok tak banyak dah. Ada udang, sotong, ayam, dan ayam hancur je. Sikit2 je semua tu...Pastu aku isi jugak fun fries dan daging burger dalam tu. Yg kat dalam tipuware lutsinar belakang tu ialah perencah mee goreng mamak kawan aku bagi. Sebab aku teringin sangat nak makan mee goreng abang dia tapi abang dia takde g mekah tu yang dia bagi perencah ni. Alhamdulillah rezeki...

Itu je susun atur peti ais bahagian beku aku. Bahagian bawah aku belum kemas nanti aku kemas aku cerita kat korang ye. Kena jenguk group Kami Suka Susun Atur ambil mood.

Sekian



Saturday, September 6, 2014

Susun Atur : Pantry / Tempat simpan barang makanan


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum

Kat rumah saya ni takde kitchen kabinet. Yang ada kabinet biasa je. Almaklum lah rumah sewa je kan. So kabinet ni saya jadikan "pantry" la konon2 nya. Mini pantry la kot sebab cenonet je ruang nya tu.
 
 Bahagian atas nya tu coffee corner la tu kiranya. Tempt bancuh air.
Bahagian bawah tu la mini pantry saya. Tempat simpan barang makanan.


Tak banyak barang pun. Biasa2 je. Takde label pun sebab semuanya boleh nampak dan kenal pasti apakah barang itu. Dasar pemalas kan. Tunggu mood rajin datang semua nanti sy label. Hehehehe.
 
Dalam kabinet ni biasanya saya spray dan lap dengan menggunakan produk serai wangi. Seminggu sekali mesti lap. Risau ada cicak dengan lipas berkampung pulak kalau jarang2 cuci. Nak kemas dan bersih kena lah rajin skit. Tak gitu?




Tuesday, July 8, 2014

Susun atur: Bekas rempah

Bismillah.
Assalamualaikum.

Nak share susun atur bekas garam dan rempah. Macam ni la keadaan nya. Saya letak di sudut paling dekat dengan dapur memasak supaya mudah kerja-kerja memasak. Tak ada lah berterabur sana sini nanti.


Dalam bekas kaca tu saya letak rempah 4 sekawan. Semuanya Ikea mari. Korang pun dah tau kan. Dekat  corner shelf tu pulak garam, gula, serbuk kunyit dan chicken stock. Saya memang tak guna ajinomoto dalam masakan sebaliknya saya guna chicken stock :)
Meh kita close up sikit.

 
Yang atas tu garam dan gula
Yang bawah bekas merah chicken stock dan bekas kuning tu serbuk kunyit. Bekas-bekas ni saya guna Tupperware. Senang sebab bekas merah kuning tu dah di sediakan sudu kecik dalamnya.
 
Corner shelf tu saya beli kat Daiso. Dah tentu tentu la RM5 sahaja. Nak pasang tu kena DIY sikit sebab dorang bagi paku kecik je bukan skru. Jadi kena diy sikit supaya bole pasang skru dan drill ke dinding.

Lepas ni nak upgrade label pulak. Yang ni saya main hentam je taip guna ecxel pastu print kat A4. hehehehe.





IKLAN