MY EVERYTHING

Lilypie Kids Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers

SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG
Showing posts with label pregnant. Show all posts
Showing posts with label pregnant. Show all posts

Wednesday, November 2, 2011

Part 4 - Dari alam rahim ke alam dunia

Sambung lagi....

Mama hampir2 nk kena induce.
Panjang sangat ceritanya.
Mama pendekkan yer.

EDD (LMP) mama 05.06.2011
Tarikh scan 22.06.2011
Tak ke jauh bezanya tu kan?
Doktor yg scan mama advice suruh minta doktor kat klinik desa tukar tarikh EDD mama.
Ikut tarikh scan.
Bila mama bgtau doktor, dia tak nak ubah katanya kita ikut LMP.

Mama tak kisah pun asalkan semuanya selamat.
Check up macam biasa dan sampai ke tarikh 5.6.2011 tu masih tak de tanda2 adik nak keluar.
Nurse bg tempoh seminggu, pastu kena refer hospital unt induce katanya.
Pada 12.6.2011 tu, adik masih steady dalam perut mama.
So, terpaksa la kita pegi hospital.
Alhamdulillah....
Doktor kat hospital tu check balik buku merah mama, check semua scan.
Dan dia berani untuk ubah tarikh ke 22.06.2011

Kita pulang ke rumah dengan gumbiranya.
Dalam masa tu, mama selalu bercakap dengan adik.
Abang Putra pun selalu tanya adik.
Adik cepat la keluar, adik bila nak keluar?
Adik ingat tak masa abang tanya tu? Hihihihi

Mama jugak time tu dah tak larat sangat dah.
Bayangkan berat mama masa mula2 mengandungkan adik hanya 45kg.
Sekarang pada trimester ke3 ni berat mama dah mencecah 64kg.
Fuhhhh!!!! Mengah.
Rasa nak adik cepat2 je keluar.
Barang2 adik mama dah standby dalam kete.
Anytime sakit straight je ke hospital.

Proses melahirkan adik bermula.
Mama dah mula rasa contraction pada 20.06.2011 pagi.
Rasa sikit2 je.
Tapi tak de tanda. Mungkin sama macam abang dulu jugak.
Mama bertahan lagi.
Waktu tu kita sempat gi jenjalan lagi adik.
Papa bawa mama jalan2 supaya adik senang keluar.
Kita pegi makan-makan, jalan-jalan sampai la petang.
Petang tu mama dah mula rasa kuat sikit contraction tu.

Dalam pukul 6ptg kita pegi hospital dan bukaan mama baru 2cm.
Doktor suruh balik.
Aduh...mama dah sakit di suruh balik. Wad penuh...biasa la hospital kerajaan kan.

Kat rumah dalam pukul 10 malam tu memang mama dah sakit sangat.
Terlalu sakit. Kuat betul contraction sehinggakan mama menangis.
Apa lagi...terus ke hospital la kita dalam pukul 11.30mlm tu.
Adik memang dah nak keluar....mama dah buka 5cm
Tak lama sayang....sakit mama semakin kuat.
Mama terus panggil nurse dan nurse terus tolak katil ke Labour room.
Baiknya nurse tu....tapi mama tak sempat tgk nama dia.

Cuma 3 kali push adik pun selamat.
Masa tu mama tak sabar nak tau girl ke boy?
Bila nurse tanya, scan haritu nmpak tak jantina dia?
Mama cakap tak nampak.
Dia tanya lagi. Anak sulung lelaki ke perempuan?
Mama jawab lelaki.
Dia senyum. Dia angkat dan tunjuk kat mama.
Haaaaaaaa...........girl :)
Alhamdulillah dapat sepasang.

21.06.2011 jam 1.46 pagi dengan berat 3.06kg
Lahirlah anakku.


Syukur ya Allah.
Engkau permudahkan segalanya.
Engkau anugerahkan kami zuriat yang sempurna.

~orang yang paling happy malam tu mesti la abang Putra~

Tuesday, November 1, 2011

Part 3 - Dari alam rahimke alam dunia

Ok mama sambung...
Masuk trimester ketiga mama dah mula tak larat.
Ye la adik dah semakin membesar. Berat mama pun naik dan naik dan terus naik.
Masa ni dah mula susah nak buat keje rumah. Perut pun semakin memboyot, tapi masa tu memang mama perasan yang mama ni wanita tercantik di donia walaupun boyot. Hahahahaha.....

Waktu ni juga mama dan papa sibuk beli barang untuk adik.
Tapi ada masalah besar.
Mama susah nak belikan adik baju.
Nak beli pink ke biru?
nak beli yang untuk gegirl ke boboy?
Sudahnya...baju, mitten dan booties adik semuanya plain.
Pilihan selamat.

Checkup sebulan sekali, dah jadi 2 minggu sekali.Lepas tu seminggu sekali.
Mama tak pernah tak pegi. Papa temankan mama ke klinik.
Owh mama terlupa.
Bab makan memang tak boleh nak kata apa. Berselera sungguh.
Mama ingat lagi, papa sanggup bawa mama balik Kedah sebulan sekali semata-mata mama nak makan Nasi Kandar Hj Ramli. Thank you papa :)

Adik tahu tak, masa mama mengandungkan adik mama teringin sangat nak makan tepung talam Mak Anjang kat jitra tu.
Tapi sampai adik lahir mama tak dapat makan kuih tepung talam tu. Sedihnya...Timing tak betul.
Kita balik Kedah kedai Mak Anjang pula tutup. Hurmmm...
Harap-harap air liur adik tak meleleh la yer.
Owh lagi satu.
Susah payah ibu Mia buatkan mama laksam gara-gara mama mengidam.
Dari awal2 mengandungkan adik lagi mama dah nak makan laksam yang dia buat.
Tercapai juga akhirnya.

Nanti mama sambung lagi yer....
Kesilapan doktor hampir-hampir buatkan mama di "induce".

Sunday, October 30, 2011

Part 2 - Dari alam rahim ke alam dunia

Ku sangka panas hingga ke petang.....
Sekali memang sah la....mama morning sickness. Tapi Alhamdulillah tidak seteruk mengandungkan Putra.
Tapi kali ni lebih teruk...hihihihi sebabnya nak melayan karenah bakal abang ni. Benar2 mencabar iman mama.

Mama jadi susah nak bangun pagi. Muntah, tak de selera makan, pening, loya tu semua memang bagaikan igauan ngeri bagi mama. Jadinya sepanjang trimester pertama, mama langsung tidak ke dapur (read: memasak) kalau tak makan apa ke jadinya pulak kan..?? Papa, pulak biasala kalau dah workaholic tu gunung berapi meletup pun keja jugak. Tapi, mama faham sangat walaupun hakikatnya terpaksa faham dengan pekerjaan papa.

Alhamdulillah...sesungguhnya dugaan Allah untuk yang mampu bertahan. Mama positif demi "adik". Tak nak emo-emo. Mama selalu berdoa agar dikurniakan anak yang sihat, sempurna, dan senang dijaga. Emosi mama pun mama cuba kawal, jangan marah2 abang. Selalunya, mama akan ajak abang bersembang dengan "adik" supaya adik recognize suara abang dan bila lahir nanti abang dan adik boleh "ngam".

Syukur juga mama mendapat jiran-jiran yang ringan mulut, selalu je bertanya kesihatan mama. Dan yang takkan mama lupakan ialah sahabat baik (read: jiran plg rapat) mama yang boleh katakan selalunya Putra dan mama makan masakan dia sepanjang 1st trimester ni iaitu, Kak Na. Hanya Allah yang mampu membalas kebaikan budi dia.

Masuk je trimester ke 2. Mama dah kembali ok sepenuhnya. Dah boleh buat keje rumah macam biasa. Alhamdulillah....mudah sungguh kali ni. Sampaikan kadang2 mama lupa "adik" ada kat dalam ni. Mop lantai, vakum rumah, memasak, jalan2. Bab makan jangan cakap la. Semua mama boleh makan. Waktu ni jugak  selera makan mama bertambah. Dalam hati risau jugak...takut terlebih bertambah. Monthly antenatal check up memang mama tak pernah miss. Ubat yang nurse bagi sebiji pun tak tinggal. Semuanya mama makan demi "adik". Mama nak "adik" sihat.

Masa kandungan mama 5bulan lebih, makcik (adik papa) kahwin. Kehulu-kehilir bawa "adik" penat mama sebab "adik" dah makin besar. Tapi bila mama scan 'adik" taknak tunjuk jantina. Frust jugak mama. Mungkin "adik" nak bagi surprise jugak macam abang dulu. Mama tak kisah pun girl ke boy. Tapi maktok pulak terlebih excited nak baby girl.

Nanti mama sambung cerita lagi yer...




Monday, November 1, 2010

Uweekkkkkkkk.........uweeeeeekkkkkkkkkkkkkk

Tuan tanah kedaung kureng sihat...InsyaAllah tahun depan bulan June baru sihat agaknya ;p Lapar...tapi xder selera nak makan. Tapi bila time boleh makan memang saya akan makan tak hengat. Alhamdulillah tak buueeeekkk, cuma loya2 je. Tu pun boleh buat saya tak lena tido. Sebab perut n tekak rasa tak selesa.

Kalau nak masak memang kirim salam la cik yah....langsung tak boleh masuk dapur. Bau nasi mendidih pun saya dah lari masuk bilik tutup pintu. Ermmmm.....tapi kali ni better than Putra dulu. Lagi teruk waktu tu, langsung tak boleh makan. Asal makan je semua keluar balik sampai la perut 6 bulan baru ok sikit.

Skg ni rasa kesian kat en roomate saya dan Putra. Sebab saya tak leh masak, en.roomate memang tak suka makan kat luar. Putra pulak tengah "makan" tapi mama tak bleh masak, terpaksa la makan roti je :(


IKLAN