Ku sangka panas hingga ke petang.....
Sekali memang sah la....mama morning sickness. Tapi Alhamdulillah tidak seteruk mengandungkan Putra.
Tapi kali ni lebih teruk...hihihihi sebabnya nak melayan karenah bakal abang ni. Benar2 mencabar iman mama.
Mama jadi susah nak bangun pagi. Muntah, tak de selera makan, pening, loya tu semua memang bagaikan igauan ngeri bagi mama. Jadinya sepanjang trimester pertama, mama langsung tidak ke dapur (read: memasak) kalau tak makan apa ke jadinya pulak kan..?? Papa, pulak biasala kalau dah workaholic tu gunung berapi meletup pun keja jugak. Tapi, mama faham sangat walaupun hakikatnya terpaksa faham dengan pekerjaan papa.
Alhamdulillah...sesungguhnya dugaan Allah untuk yang mampu bertahan. Mama positif demi "adik". Tak nak emo-emo. Mama selalu berdoa agar dikurniakan anak yang sihat, sempurna, dan senang dijaga. Emosi mama pun mama cuba kawal, jangan marah2 abang. Selalunya, mama akan ajak abang bersembang dengan "adik" supaya adik recognize suara abang dan bila lahir nanti abang dan adik boleh "ngam".
Syukur juga mama mendapat jiran-jiran yang ringan mulut, selalu je bertanya kesihatan mama. Dan yang takkan mama lupakan ialah sahabat baik (read: jiran plg rapat) mama yang boleh katakan selalunya Putra dan mama makan masakan dia sepanjang 1st trimester ni iaitu, Kak Na. Hanya Allah yang mampu membalas kebaikan budi dia.
Masuk je trimester ke 2. Mama dah kembali ok sepenuhnya. Dah boleh buat keje rumah macam biasa. Alhamdulillah....mudah sungguh kali ni. Sampaikan kadang2 mama lupa "adik" ada kat dalam ni. Mop lantai, vakum rumah, memasak, jalan2. Bab makan jangan cakap la. Semua mama boleh makan. Waktu ni jugak selera makan mama bertambah. Dalam hati risau jugak...takut terlebih bertambah. Monthly antenatal check up memang mama tak pernah miss. Ubat yang nurse bagi sebiji pun tak tinggal. Semuanya mama makan demi "adik". Mama nak "adik" sihat.
Masa kandungan mama 5bulan lebih, makcik (adik papa) kahwin. Kehulu-kehilir bawa "adik" penat mama sebab "adik" dah makin besar. Tapi bila mama scan 'adik" taknak tunjuk jantina. Frust jugak mama. Mungkin "adik" nak bagi surprise jugak macam abang dulu. Mama tak kisah pun girl ke boy. Tapi maktok pulak terlebih excited nak baby girl.
Nanti mama sambung cerita lagi yer...
2 comments:
sambung..sambung..
ieta: jap...nk recall balik. maklumla lepas bersalin ni cepat lupa. hihihihihi
Post a Comment