MY EVERYTHING

Lilypie Kids Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers

SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG

Thursday, October 6, 2011

Buat apa kat Langkawi?

Tengah rileks2 ni...anak2 pun tido, mama boleh la nak layan belog kejap.
Saya masih lagi bersiaran dari Pantai Cenang, Pulau Langkawi....Hurm...
Nak tahu apa saya buat kat sini?

Ramai yang ingat saya bercuti, bergumbira bila saya kata saya kat Langkawi. Betul la kan....memang tempat untuk bercuti dan bergumbira dan berhabis duit bersantai-santai. Tapi yang lebih tepat ialah saya ikut En. Lovey Dovey outstation kat sini. Huwaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!! Sadis.

Start 29 Ogos 2011 hingga 7 Sept 2011. Lama gilerrrr kan? Nak duk bertiga je kat rumah, kang boring pulak. Takut sebenarnya. En. Lovey Dovey mmg dapat bilik tapi kena kongsi dengan sorang lagi chef, so terpaksa la kami cari chalet lain dan keluar duit poket sendiri. Stay kat chalet murah jer. (Nanti saya upload gambar nya usb cable tada bawa la) demi isteri dan anak2 papa sanggup. Huhuhu...*sedih*

Tapi kat sini memang best....chalet kitorang betul2 tepi pantai. Buka je tingkap memang nampak pantai. Kalau korang datang nak bersantai dan bergumbira memang saya rekemen kat sini. Lagipun harganya berpatutan ^___^ tak de komisyen pun promot ni. Mcm kitorang ni pilih bilik yg ber'ekon' RM120.00 (darab  hari. *sedih lagi*) ada TV, mini fridge, water heater, queen bed + single bed. Tapi, takde kettle air. Susah la mau minum air panas. Kalau bilik biasa berkipas hanya RM50. Murah kan? Tapi biasa la, kurang selesa la kan.


Itu la sebab musabab saya berada di GRAND BEACH MOTEL, Pantai Cenang, Langkawi pada tika dan saat ini. Bak kata orang, sambil menyelam minum air. Kalau betul la, dah penuh air dalam perut ni. Hihihihi...
Nak bershopping tak sempat lagi. Papa keje pagi balik malam. Nan ado maso. Tunggu la hari nak gerak balik kot2 dapat sambar coklat 2-3 peket, jadi lah. Mau rembat Vision ke Vantage ke papa tarak kasi. Takut pecah la, kete cenonet la, rumah cenonet la. Alasan la tu.

Okeh...kita jumpa lagi lain kali. Daaaa~

No comments:

IKLAN