MY EVERYTHING

Lilypie Kids Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers

SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG
Showing posts with label kisah mama. Show all posts
Showing posts with label kisah mama. Show all posts

Thursday, October 30, 2014

Rahsia kulit wajah saya gebu gebas cerah berseri

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum

Harini nak cerita pasal diri sendiri.
Pada zaman dolu2 kulit wajah saya memang hancus
Bukan sikit2 hancus tapi memang sangat teruk
Muka saya jenis yang tak ada jerawat tapiiiiiii
Masalah kulit muka tak sekata
Memang super duper teruk la
Nak keluar pun malu sampai kena tempek bedak banyak2
Betapa la saya sangat stress.

Korang tak caya?
Meh saya tunjukkan muka saya suatu masa dahulu.




Waaaaaa....
Rasa nak nangis tengok wajah sendiri
Ni tahun 2011 klu tak salah saya
Sangat kusam dan teruk kan
Jerawat takde tapi kulit tak sekata dan nampak sangat la tak bermaya

Ni lagi satu gambar
Korang telek la sepuasnya
Memang teruk!!!
Kusam !!!
 
 
Tapi...
Tu semua dulu.
Saya yang dulu bukan lah yang sekarang
 
 

 
Alhamdulillah
Taraaaaaa
Lain tak lain tak?
Alaaaaaa
Ni Camera 360 la
Betul!!!
Memang yg ni sy guna Camera 360 Effect
 
 
 
 
Cuba bezakan gambar yang ni dengan yang atas
Ada beza tak?
Yang ni 100% original
No edit no effect
 
 
Susah nak bezakan?
Meh saya tunjuk
 Kiri - No effect atau edit
Kanan - Camera 360 Effect


Sekarang saya dah tak malu lagi.
Kulit dah ok
Cerah sekata
Alhamdulillah
Nak keluar rumah tak payah nak susah2 tempek bedak tebal seinci kata orang
Tangkap gambar tak guna effect pun dah comei
Kawan2 yang rapat dengan saya memang tegur sebab perubahan ni
Dan diorang pun join sekaki nak cantik
Hehehehe

Saya tak kedekut.
Saya share apa yang saya guna
Korang yang rasa nak kulit mulus gebu gebas meh kita pm
Nak respon laju2 korang wasap je 0192843010



p/s: Yang baik2 kita kongsi bersama






Wednesday, October 29, 2014

Realiti di sebalik kemasnya sebuah rumah

Bismilllahirramanirrahim
Assalamualaikum

Asyik2 citer susun sana atur sini je kan.
Meh harini kita tengok realiti sebenar
Hahahaha...
Gelak jahat ni

Rutin harian memang mengemas rumah
Tapi kadang tu tak terdaya juga bila ada anak kecik ni kan
Takkan 24 jam nak mengemas je kan
Letih jugak.
Sekali sekala tu begini la rupanya....



\
 
Haaaa...siap bawa keluar mixer segala bagai
Nak buat roti ke kek mama pn tak pasti
Yang pasti berteraburrrrrrr




Yang ni duk iron kain baju tgh2 rumah
Acaner?
Rumah dah la secoet je.
Pasrahhhh...


Yang ni memang mama berangin satu badan
Nak buat burger katanya
Playdoh melekat kat lantai
Adoiiii la

Hati kena banyak2 bersabar bila ada anak kecil
Bila dah siap main kena ajar dia kemas
Tapi kita pn kena kemas sekali
Kalau dia je yg kemas memang tak kemas la jawabnya.

Bila suruh main dalam bilik banyak alasan.
Sekali sekala je mama bg main kat ruang tamu
Biasanya memang diorang berkubang dalam bilik je
Pasrah jugak bila bilik dh jadi kapal karam.


Realiti kehidupan  (^__^)
Tapi...ada je kan org yang rumahnya sentiasa kemas.



Friday, September 5, 2014

Kencing kotor - Tanda, penyebab dan pencegahan

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum

Korang pernah kena kencing kotor tak ataupun kita sebut jugak kencing tak lawas. Saya masa mengandungkan Putra 6 tahun lepas pernah kena sekali tapi dah lupa mcm mana rasanya. Baru-baru ni terkena lagi sekali. Woashhh memang sakit sampai saya demam. Nak jalan pun sakit tau. Sakit kat bahagian bawah perut sebelah kiri. Memang perit la. Paling tak tahan asyik ulang g bilik air dan bila buang air tu rasa sakit. Sakitnya memang tak tahu nak royak lagu mano. Perit.


Google cara rawatan. Minum air barli dan URAL. Beli kat farmasi. Ural tu rasa macam Eno gitu. Tapi dah sakit telan jugak la walaupun tak sedap kan. Air barli tu memang ok sebab saya suka minum barli. Lambat jugak dapat tahu pasal URAL tu. Dah hari ke 3 baru g farmasi beli. Lepas minum Ural esoknya tu alhamdulillah dah kurang rasa sakit kat bahagian perut.



Tak tahu macam mana bole terkena kencing kotor ni. Dah nak jadi, tapi lepas ni kena lebih lagi jaga kebersihan diri dan minum air masak banyak-banyak. Saya setiap hari minum 2liter air masak mungkin kena tambah lagi kot. Takpe...setiap org yang Allah beri padanya kesakitan akan terhapus bersamanya dosa-dosa kecil. Semoga Allah ampun kan dosa2 saya. Amen.

Jom baca info mengenai kencing kotor atau UTI :-


Saluran kencing merupakan sistem penapisan badan kita untuk membuang segala sisa cecair. Air kencing bergerak dari buah pinggang melalui tiub kecil yang dikenali sebagai ureter ke pundi kencing, di mana air kencing itu disimpan. Air kencing akan keluar dari badan kita melalui saluran uretra.

Jangkitan saluran kencing (UTI) merupakan keradangan saluran kencing. 80% daripada kes-kes ini adalah disebabkan oleh kuman bakteria Escherichia coli (E.Coli)

Bakteria ini boleh menyebabkan:

  • Jangkitan bahagian bawah saluran kencing atau jangkitan pada pundi kencing yang dikenali sebagai sistitis.
  • Jangkitan yang lebih serius ialah di bahagian atas saluran air kencing atau jangkitan pada buah pinggang yang dipanggil pielonefritis.
  • Keradangan uretra atau uretritis.

Kaum wanita adalah lebih mudah mendapat UTI kerana saluran uretra mereka lebih pendek dari lelaki, menjadikan bakteria lebih mudah merebak naik ke sistem saluran kencing. UTI jarang berlaku di kalangan kaum lelaki.

TANDA DAN GEJALA KENCING KOTOR

  • Kerap terasa hendak membuang air kecil tetapi gagal untuk mengeluarkan air kencing yang banyak.
  • Terasa sakit dan pedih ketika membuang air kecil.
  • Air kencing mengandungi darah, berkabut atau berbau busuk.
  • Terasa tidak selesa di bahagian bawah abdomen.
  • Terasa sakit ketika melakukan hubungan seks.
  • Demam dan seram sejuk.
Komplikasi - Jika jangkitan ini tidak dirawat di peringkat awalnya, ia boleh membawa kepada penyakit pielonefritis, apabila bakteria merebak naik ke buah pinggang.

PENYEBAB DAN FAKTOR PENYUMBANG

  • Penyebab UTI yang paling lazim di kalangan wanita adalah disebabkan oleh tabiat mengelap dari belakang ke depan selepas membuang air besar. Perbuatan yang demikian akan menggalakan bakteria dari dudur atau faraj memasuki uretra.
  • Hubungan seks juga merupakan faktor yang boleh menyumbang kepada UTI, kerana kawasan kemaluan wanita disentuh dengan tangan atau zakar yang kotor.
  • Menggunakan kontraseptif pembunuh sperma atau spemasid.
  • Memasukkan tampon tanpa membasuh tangan terlebih dahulu.


PENGURUSAN SENDIRI

  • Mendapatkan nasihat anggota kesihatan jika anda mensyaki dijangkiti UTI.
  • Doktor perlu memeriksa kanak-kanak yang menghidap UTI.
  • Jika anda terasa gejala-gejalanya berlaku, minumlah lebih banyak air supaya anda dapat menyingkir keluar bakteria dari pundi kencing melalui pembuangan air kencing yang kerap.
  • Elak dari mengambil alkohol, kafein, makanan berempah yang boleh mengganggu pundi kencing.
  • Ambillah ubat antibiotik seperti yang telah dinasihatkan oleh doktor. Jika gejala masih berterusan selepas 2-3 hari, berjumpa doktor semula. (anda perlu menghabiskan antibiotik yang diberikan itu).
  • Larutkan 1 sudu teh baking soda ke dalam air dan minum setiap 6 jam sekali untuk menawarkan asid dalam air kencing serta mengurangkan gangguan pada pundi kencing.


APA YANG DOKTOR BOLEH LAKUKAN UNTUK ANDA?

  • Ambil sampel air kencing dan menjalankan ujian bakteria (Catatan: Jangan mengambil sebarang antibiotik sebelum berjumpa doktor. Jika anda berbuat demikian ia akan menyukarkan diagnosis).
  • Mengecualikan anda dari penyakit-penyakit lain yang mempunyai gejala yang sama seperti diabetes, batu karang, penyakit kelamin dan lain-lain.
  • Memberi antibiotik tertentu.
  • Memeriksa sebab-sebab lain terutamanya bagi pesakit lelaki.


PENCEGAHAN

  • Meminum lebih banyak cecair; sekurang-kurangnya lebih 10 gelas, sehingga air kencing menjadi jernih.
  • Kepada mereka yang mudah mendapati UTI berulangkali, makanlah secawan dadih setiap hari. Dadih mengandungi lactobacillus acidophilus yang dapat membentuk persekitaran berasid dan mencegah pembiakan bakteria yang tidak diperlukan.
  • Buang air kecil jika terasa untuk berbuat demikian. Menahan air kencing dalam pundi kencing mengalakkan pembiakan bakteria.
  • Wanita perlu mengamalkan kebersihan diri yang baik dengan mengelap dari depan ke belakang selepas ke tandas, untuk mengurangkan bakteria merebak dari kawasan dubur ke uretra.
  • Elak dari melakukan aktiviti-aktiviti fizikal terlalu lama yang boleh memburukkan UTI, contohnya berbasikal, menunggang kuda, menunggang motosikal dan mengembara.
  • Memakai pakaian dalam yang diperbuat dari kapas dan pakaian hendakalah longgar. Elakkan pakaian yang ketat dan stokin nilon kerana ia menyerap haba dan kelembapan.
  • Elakkan dari mandian berbuih, sabun wangi, pencuci wanita, deodoran, tampon dan napkin.
  • Buang air kecil sebelum dan selepas melakukan hubungan seks.
  • Mandi dengan air pancuran bukan dari dalam kolam mandi.
  • Tukar tuala wanita dan tampon dengan lebih kerap.



Thursday, November 10, 2011

Cubaan merampas

Cubaan merampas apakah ittew???
Takhta ku sebagai Mem Besau dalam rumah ni la.
Hihihihi....tidak laaaaaa.

Anakanda sorang ni dah pandai berebut lappy dgn mama yer puan2.
"Mama tepi abang nak belajar...mama tu asyik pesbuk je"
Ha ambik ko kena sebijik.
Mengalah la mama ni.
Tapi dalam hati.....aduiiiiii.



Di petang hari raya haji



Kesian mama tgk duduk kat lantai sejuk, ubah lappy masuk bilik dia.
Kasi meja, kasi chair.
Lagi la...3-4 jam duk mengadap lappy mama.

Bilik berserabut...
Belum sempat nk 5S.
(alasan!!!)

Sudahnya...mama meluahkan isi hati.
Soklan yang sama papa bidas.
Boleh ke tolak incometax??
^___^

agak2 ada harapan ker?
*berangan jap*

Monday, November 7, 2011

Tambah koleksi

Tambah lagi, lagi, dan lagi...
Kalau dah minat jangan cakap apa la yer.
Pantang berkenan sambar terus.
  •  


































  •  

Hahaha...FM jer. Kan dah cakap, memang dah terminat dgn hobi ni. Asal jumpa yg berkenan di hati rembat je la. En Lovey Dovey pun geleng kepala. Tak leh buat apa dah. Nasib baik dia tak bagi lekat kt depan fridge kalau tak, mau penuh sampai ke kaki ;) Dia bagi ruang tepi secotet je untuk aku berhobi-hobian.

Nanti aku tayang lagi FM terbaru yg aku order. Hihihihi....Makcik aku pun sekepala dgn aku, apa lagi...sakan la order, hihihihi.

Ok Chawww dulu. Niat nak buat kek gula hangus dah ke laut.

Gajet terbaru saya

Salam semua...
Pertama sekali nak ucap terima kasih berjuta-juta kat en Lovey Dovey saya sebab sudi belikan  water purifier idaman kalbu :)

AMARAN!
*** bukan nak menunjuk tapi nak sharing jer. lgpun makcik saya minta storykan. Acik sila baca yer. ***

Standard la kita orang pompuan ni kan...kalau gajet terbaru mesti bab2 barang rumah. Setuju???


Ini la rupa bentuk idaman kalbu saya tuh.
Cantik kan....??? Macam tuan dia :)
Bukan nak sangat cantik tapi kualiti air tu yang penting. Untuk kesihatan bersama.
Yang bagusnya...ada saluran air untuk keluarkan air kotor. Maknanya air yang diminum benar2 bersih.

  • Menggunakan teknologi R.O terkini

  • Menyediakan air pada suhu bilik, air sejuk dan air panas

  • Suhu air sejuk (4 'C) & air panas (97 'C)

  • Terbukti efektif menentang bakteria

  • R.O MEMBRANCE sehingga 0.0001 Micron

  • Bacaan pH air 6.8

  • Kadar penggunaan elektrik kurang dari RM 10.00 sebulan 

Hajat hati memula tu nak Elken brand, tapi tak mampu laaa....mahai sgt. Yang ni pun setanding dan yang penting i loikkeeee :)

Sunday, November 6, 2011

Kami buat hal sendiri

....betul, tak tipu.
Kami memang sedang buat hal masing2.
Hurm...





Papa tgh buat menu. (berkenaan keje dia la tu)
Mama tgh melipat kain baju sambil layan belog :) (Multitasking kan saya?)
Putra tgh mengacau papa dan mama.
Adik Indah dah tido. (Ops..Indah dah bangun, nk join abang putra la tu)

TAPI

kami masih sangat2 berbahagia...hahaha

Poyo kan n3 saya malam ni?
Terlebih makan rendang kot. Ayat coverline. Harap maklum :P



  

^__^
 
*Terima kasih sebab sudi singgah belog saya walaupun saya tau kamu menyampah dengan entry ni :P*

Penyakit "M" menyerang

Aduhai...malasnya nak mengupload gambo ke Melaka awal minggu tadi. Bukan apa, tempat dah biasa pegi, feel tu kureng la skit. Anak2 la eksited nya. Si abang tu tak yah citer la...
 Gambar google je. Kan dah cakap tadi, malas nk upload. Korang tunggu je la time aku rajin aku up ye. Hari kitorang pegi tu hujan dari tenghari ke malam. Tu yang tak de feel. Hihihihi...tapi aku suka Melaka. Bila2 pun leh pegi lagi.

Sunday, October 30, 2011

Part 2 - Dari alam rahim ke alam dunia

Ku sangka panas hingga ke petang.....
Sekali memang sah la....mama morning sickness. Tapi Alhamdulillah tidak seteruk mengandungkan Putra.
Tapi kali ni lebih teruk...hihihihi sebabnya nak melayan karenah bakal abang ni. Benar2 mencabar iman mama.

Mama jadi susah nak bangun pagi. Muntah, tak de selera makan, pening, loya tu semua memang bagaikan igauan ngeri bagi mama. Jadinya sepanjang trimester pertama, mama langsung tidak ke dapur (read: memasak) kalau tak makan apa ke jadinya pulak kan..?? Papa, pulak biasala kalau dah workaholic tu gunung berapi meletup pun keja jugak. Tapi, mama faham sangat walaupun hakikatnya terpaksa faham dengan pekerjaan papa.

Alhamdulillah...sesungguhnya dugaan Allah untuk yang mampu bertahan. Mama positif demi "adik". Tak nak emo-emo. Mama selalu berdoa agar dikurniakan anak yang sihat, sempurna, dan senang dijaga. Emosi mama pun mama cuba kawal, jangan marah2 abang. Selalunya, mama akan ajak abang bersembang dengan "adik" supaya adik recognize suara abang dan bila lahir nanti abang dan adik boleh "ngam".

Syukur juga mama mendapat jiran-jiran yang ringan mulut, selalu je bertanya kesihatan mama. Dan yang takkan mama lupakan ialah sahabat baik (read: jiran plg rapat) mama yang boleh katakan selalunya Putra dan mama makan masakan dia sepanjang 1st trimester ni iaitu, Kak Na. Hanya Allah yang mampu membalas kebaikan budi dia.

Masuk je trimester ke 2. Mama dah kembali ok sepenuhnya. Dah boleh buat keje rumah macam biasa. Alhamdulillah....mudah sungguh kali ni. Sampaikan kadang2 mama lupa "adik" ada kat dalam ni. Mop lantai, vakum rumah, memasak, jalan2. Bab makan jangan cakap la. Semua mama boleh makan. Waktu ni jugak  selera makan mama bertambah. Dalam hati risau jugak...takut terlebih bertambah. Monthly antenatal check up memang mama tak pernah miss. Ubat yang nurse bagi sebiji pun tak tinggal. Semuanya mama makan demi "adik". Mama nak "adik" sihat.

Masa kandungan mama 5bulan lebih, makcik (adik papa) kahwin. Kehulu-kehilir bawa "adik" penat mama sebab "adik" dah makin besar. Tapi bila mama scan 'adik" taknak tunjuk jantina. Frust jugak mama. Mungkin "adik" nak bagi surprise jugak macam abang dulu. Mama tak kisah pun girl ke boy. Tapi maktok pulak terlebih excited nak baby girl.

Nanti mama sambung cerita lagi yer...




Hobi terbaru saya

Psttt....
Sini la, ai nak story mory sikit.
Ai ada hobi baru uolls.
Baru je berjinak-jinak merpati
Terjebak pun sebab nak menutupi kelemahan yang ada.
Biasala barang bila dah lama banyak kelemahannya
Walaupun sebenarnya kelemahan itu dilakukan dgn sengaja.


Ini lah peti ais kat rumah ai.
Mampu pakai yang kecik jer.
Ini pun dah seusia perkahwinan kami
Mau dekat2 8 tahun lebih dia berkhidmat dengan cemerlang.

Segala jeragat, jerawat dan kekurangan rupa paras tu gara2 tuan dia la.
Bukan ai...tapi en Lovey Dovey ai.
Dia kalau bab tampal menampal ni memang lajuuuu.
Segalanya nk di tampal.
Kalu kita beli buah epal ke oren ke, kan ada stiker kecik tu, itu pn di tampalnya.

Itulah nasibnya peti ais ai.
Nak mencantikkan balik rupanya
Tu yang menyebabkan ai terjebak....dan jatuh chenta dengan
FRIDGE MAGNET

Beginilah rupanya....
Cantik kan?
Bukan budak yang buat peace tu...
Dak tu menyibuk jer. Hihihihi....

Sambung balik citer fridge magnet.

Pastu kan, sejak ai balik dari Langkawi
Muncung ai buleh buat sangkut baju uolls
Hakhakhakhak....

Taknak citer panjang laaa.....



Tetiba jadi peti ais baru.
Magik ek?
En.Lovey Dovey nak  pujuk la tu.

Sudahnya fridge magnet ai tu ai tampal kat tepi.
Boleh la kan...
Tapi ai masih chenta sama fridge magnet
Cinta bangat!!!

Panjang ek story ai tadi kata sikit je.
Hihihihi...
Bukan ape, saja nak bgtau
Kalau korang ada jumpa fridge magnet yg cantik2 bgtau la.
Belikan untuk ai pun cantek jugak ;)

** Putra pun pantang nampak fridge magnet yg dia berkenan mesti minta beli. Terjebak dgn mamanya jugak**

Saturday, October 29, 2011

Part 1 - Dari alam rahim ke alam dunia

Salam semua.
Mama teringin nak cerita kat sini kisah kejadian mengandung dan melahirkan puteri kami. Mudah-mudahan menjadi kenang-kenangan di masa depan ;)

Waktu tu seingat mama, bulan Oct 2010. Bila mama rasa badan ni lain macam jer, rasa tak sihat, dan period pn tak datang.Walaupun memang mama ni jenis period yang tak betul. Ada juga rasa terdetik, mengandung ke aku?? sebab Putra baru je berhenti menyusu bulan Ogos tadi. Mama pun buat la upt sendiri. Hurm...satu line terang, satu line lagi kabur. Dah mula rasa tak best sebab mama yakin mama mengandung, tapi kenapa tak terang?

Di sebabkan ketidakpuasan hati mama ni, selang 2 minggu selepas itu mama buat lagi upt. Dan kali ni memang terang dan nyata line tu. Sah la....Putra memang nak jadi abang. Yeay!!!! Selepas tu mama terus je ke klinik untuk scan dan antenatal check up. Waktu scan tu doktor bgtau mama dah 6 minggu ;) Happy sangat sebab setakat ini mama steady je. Langsung takde morning sickness bagai. Masak pn macam biasa. Best best.

Ku sangka panas hingga ke petang rupanya......nanti la ye mama sambung entry ni. Tunggu tau!!!

Langkawi lagi










Salam Sabtu kawan2....
Saja nak show off gambar kt Langkawi.
Tak de mende pun....
Sila jangan menyampah yer :)

Bukan ape...hati ni terkinja-kinja lagi nak ke sana.
Alasan....
Hari tu tak sempat shopping.
Teruk kan saya?
Sedar diri pun

Mata, hati, jiwa, jantung, limpa semua lah...
Duk terbayang-bayang lagi, Vision, Luminarc,
Idaman Suri, HIG...aduh!!!

Sekian.

~syoh syoh....tak nak membazir....bertahan la hati~

Saturday, October 22, 2011

Mama buat kek

Assalamualaikum....
Ptg2 Sabtu ni korang buat apa?
Kita duk melepak je 3 beranak kat rumah.
Papa....biasa la keje.

Ermmm.....
Ni nak tayang kek yang kita buat malam tadi.
Dah berapa hari duk bertangguh nak buat.
Akhirnya, semalam gagah jugak ke dapur.
Saja nak menghabiskan marjerin.
Belen2 buat kek raya aritu.


Antara bahan2 yg di perlukan
Dah siap mixed
Nak tunggu "tingggg"
Naik ke tak ni?
Model merangkap pengacau mama malam tadi.

 
Taraaaa...

 
Kek coklat cip ^___^

IKLAN