MY EVERYTHING

Lilypie Kids Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers

SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG

Friday, September 5, 2014

Kencing kotor - Tanda, penyebab dan pencegahan

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum

Korang pernah kena kencing kotor tak ataupun kita sebut jugak kencing tak lawas. Saya masa mengandungkan Putra 6 tahun lepas pernah kena sekali tapi dah lupa mcm mana rasanya. Baru-baru ni terkena lagi sekali. Woashhh memang sakit sampai saya demam. Nak jalan pun sakit tau. Sakit kat bahagian bawah perut sebelah kiri. Memang perit la. Paling tak tahan asyik ulang g bilik air dan bila buang air tu rasa sakit. Sakitnya memang tak tahu nak royak lagu mano. Perit.


Google cara rawatan. Minum air barli dan URAL. Beli kat farmasi. Ural tu rasa macam Eno gitu. Tapi dah sakit telan jugak la walaupun tak sedap kan. Air barli tu memang ok sebab saya suka minum barli. Lambat jugak dapat tahu pasal URAL tu. Dah hari ke 3 baru g farmasi beli. Lepas minum Ural esoknya tu alhamdulillah dah kurang rasa sakit kat bahagian perut.



Tak tahu macam mana bole terkena kencing kotor ni. Dah nak jadi, tapi lepas ni kena lebih lagi jaga kebersihan diri dan minum air masak banyak-banyak. Saya setiap hari minum 2liter air masak mungkin kena tambah lagi kot. Takpe...setiap org yang Allah beri padanya kesakitan akan terhapus bersamanya dosa-dosa kecil. Semoga Allah ampun kan dosa2 saya. Amen.

Jom baca info mengenai kencing kotor atau UTI :-


Saluran kencing merupakan sistem penapisan badan kita untuk membuang segala sisa cecair. Air kencing bergerak dari buah pinggang melalui tiub kecil yang dikenali sebagai ureter ke pundi kencing, di mana air kencing itu disimpan. Air kencing akan keluar dari badan kita melalui saluran uretra.

Jangkitan saluran kencing (UTI) merupakan keradangan saluran kencing. 80% daripada kes-kes ini adalah disebabkan oleh kuman bakteria Escherichia coli (E.Coli)

Bakteria ini boleh menyebabkan:

  • Jangkitan bahagian bawah saluran kencing atau jangkitan pada pundi kencing yang dikenali sebagai sistitis.
  • Jangkitan yang lebih serius ialah di bahagian atas saluran air kencing atau jangkitan pada buah pinggang yang dipanggil pielonefritis.
  • Keradangan uretra atau uretritis.

Kaum wanita adalah lebih mudah mendapat UTI kerana saluran uretra mereka lebih pendek dari lelaki, menjadikan bakteria lebih mudah merebak naik ke sistem saluran kencing. UTI jarang berlaku di kalangan kaum lelaki.

TANDA DAN GEJALA KENCING KOTOR

  • Kerap terasa hendak membuang air kecil tetapi gagal untuk mengeluarkan air kencing yang banyak.
  • Terasa sakit dan pedih ketika membuang air kecil.
  • Air kencing mengandungi darah, berkabut atau berbau busuk.
  • Terasa tidak selesa di bahagian bawah abdomen.
  • Terasa sakit ketika melakukan hubungan seks.
  • Demam dan seram sejuk.
Komplikasi - Jika jangkitan ini tidak dirawat di peringkat awalnya, ia boleh membawa kepada penyakit pielonefritis, apabila bakteria merebak naik ke buah pinggang.

PENYEBAB DAN FAKTOR PENYUMBANG

  • Penyebab UTI yang paling lazim di kalangan wanita adalah disebabkan oleh tabiat mengelap dari belakang ke depan selepas membuang air besar. Perbuatan yang demikian akan menggalakan bakteria dari dudur atau faraj memasuki uretra.
  • Hubungan seks juga merupakan faktor yang boleh menyumbang kepada UTI, kerana kawasan kemaluan wanita disentuh dengan tangan atau zakar yang kotor.
  • Menggunakan kontraseptif pembunuh sperma atau spemasid.
  • Memasukkan tampon tanpa membasuh tangan terlebih dahulu.


PENGURUSAN SENDIRI

  • Mendapatkan nasihat anggota kesihatan jika anda mensyaki dijangkiti UTI.
  • Doktor perlu memeriksa kanak-kanak yang menghidap UTI.
  • Jika anda terasa gejala-gejalanya berlaku, minumlah lebih banyak air supaya anda dapat menyingkir keluar bakteria dari pundi kencing melalui pembuangan air kencing yang kerap.
  • Elak dari mengambil alkohol, kafein, makanan berempah yang boleh mengganggu pundi kencing.
  • Ambillah ubat antibiotik seperti yang telah dinasihatkan oleh doktor. Jika gejala masih berterusan selepas 2-3 hari, berjumpa doktor semula. (anda perlu menghabiskan antibiotik yang diberikan itu).
  • Larutkan 1 sudu teh baking soda ke dalam air dan minum setiap 6 jam sekali untuk menawarkan asid dalam air kencing serta mengurangkan gangguan pada pundi kencing.


APA YANG DOKTOR BOLEH LAKUKAN UNTUK ANDA?

  • Ambil sampel air kencing dan menjalankan ujian bakteria (Catatan: Jangan mengambil sebarang antibiotik sebelum berjumpa doktor. Jika anda berbuat demikian ia akan menyukarkan diagnosis).
  • Mengecualikan anda dari penyakit-penyakit lain yang mempunyai gejala yang sama seperti diabetes, batu karang, penyakit kelamin dan lain-lain.
  • Memberi antibiotik tertentu.
  • Memeriksa sebab-sebab lain terutamanya bagi pesakit lelaki.


PENCEGAHAN

  • Meminum lebih banyak cecair; sekurang-kurangnya lebih 10 gelas, sehingga air kencing menjadi jernih.
  • Kepada mereka yang mudah mendapati UTI berulangkali, makanlah secawan dadih setiap hari. Dadih mengandungi lactobacillus acidophilus yang dapat membentuk persekitaran berasid dan mencegah pembiakan bakteria yang tidak diperlukan.
  • Buang air kecil jika terasa untuk berbuat demikian. Menahan air kencing dalam pundi kencing mengalakkan pembiakan bakteria.
  • Wanita perlu mengamalkan kebersihan diri yang baik dengan mengelap dari depan ke belakang selepas ke tandas, untuk mengurangkan bakteria merebak dari kawasan dubur ke uretra.
  • Elak dari melakukan aktiviti-aktiviti fizikal terlalu lama yang boleh memburukkan UTI, contohnya berbasikal, menunggang kuda, menunggang motosikal dan mengembara.
  • Memakai pakaian dalam yang diperbuat dari kapas dan pakaian hendakalah longgar. Elakkan pakaian yang ketat dan stokin nilon kerana ia menyerap haba dan kelembapan.
  • Elakkan dari mandian berbuih, sabun wangi, pencuci wanita, deodoran, tampon dan napkin.
  • Buang air kecil sebelum dan selepas melakukan hubungan seks.
  • Mandi dengan air pancuran bukan dari dalam kolam mandi.
  • Tukar tuala wanita dan tampon dengan lebih kerap.



No comments:

IKLAN