Assalamualaikum
Aktiviti atau program kami sekeluarga di hari Merdeka. Nak berpagi-pagian ke Dataran Merdeka memang tak la kan. Budak-budak ni lambat bangun. Lepas diorang bangun, soalan pertama yang di tanya si abang ialah..."mama harini kita nak g mana...?" Nampak...nampak tak? Hari cuti takde makna mak paknya dapat berehat bersantai kat rumah ye. Berjalan aje budak-budak ni. Plan asal nak ke Bukit Tinggi tapi fikir-fikir balik kita jalan-jalan dekat sini-sini je la. Lgpun dah tengahari malas nak jalan jauh. Saya decide kita g KL Bird Park je la. Dekat je. Pastu check website KL Bird Park ada promosi kad touch n go, beli 2 dewasa percuma 2 kanak-kanak. Hah...apa lagi. Jom!!!
Dari rumah gerak gi KL dalam 40 minit dah sampai. Jalan pun lancar. Sampai je parking banyak yang kosong. Tak ramai orang la kiranya. Mungkin ramai yang balik ke kampung kot. Terus beli tiket. Tunjukkan kad touch n go plusmiles dan i/c dapat la free entry untuk budak 2 orang ni...Kitorang bayar RM50 je. Jimat Rm24.
Bagi tiket kat pengawal di Entrance, nanti dia pakaikan di tangan jadi gelang. Baru bole masuk. Jommmmmmmm.....
Si adik masa mula-mula masuk nampak excited. Hai bird...hai bird...kita tengok lepas ni ye.
Masuk je ke korang akan jumpa kolam ikan. Ada juga beberapa ekor burung flamingo kt sini. Keadaan dalam ni memang banyak burung yang jinak-jinak. Ada yg terbang atas kepala korang tau.Sila jaga kepala anda. Hehehe...
Nampak...nampak...? hehehe dia punya takut sebab banyak sangat burung merak kat situ. Ayam jantan pun ada. Dia ingat bird tu nak patuk kaki dia. Memang burung-burung ni akan ikut je korang apa lagi kalau korang bagi makanan kan.
Kat sini Ostrich Feeding. Makanannya di sediakan . Korang kalau berani bole la cuba bagi makan. Hehehe...saya berani tengok je.
Bird show setiap hari jam 12.30 tghari dan 3.30 petang
Peace...si abang yang excited. Buat-buat berani je ni.
Si adik yang takut. hehehe...Abang pulak buat-buat berani je. Burung mulut besar ni duduk diam je kat situ.
Cantikkan. Macam hujan. Waterfall aviary. Sejuk je kat sini.
Bird show
Best jugak. Tapi tak berapa banyak show nya. Bird show di Zoo Melaka lebih best rasanya.
Cik Peacok yg tak nak mengembang...susah betul nak jumpa yang mengembang tu .
Cantikkan.Waterfall background tu memang saya suka.
Parrot feeding.
Sesape nak bagi parrots minum susu boleh. Rm 2 kalau tak salah satu bekas.
Kalau nak bergambar dengan burung boleh buat kat Photo Booth ni. RM35 sekeping. Guna kamera sendiri pun boleh. RM10 je. Kitorang tak ambik gambar pun. Ramai sangat yang beratur. Indah pun takut...kang dia menjerit menangis kat situ terkejut pulak burung2 tu.
Kat sini anak-anak saya suka. Kolam ikan. Banyak sangat ikan. Besar-besar pulak tu. Sila sediakan syiling 50sen x 2 untuk beli makanan ikan dan burung kat sini.
Pemandangan ni rasa macam kat kampung. Best sangat.
Pusing-pusing sampai lenguh kaki. Anak-anak pun dah merengek penat, panas. Semua tempat dah jalan. Semua burung dah tengok. Jom la kita balik.
Masa kitorang keluar tengok parking penuh, orang pun makin ramai beratur nak beli tiket.
Sekian kisah kami di hari Merdeka.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------Tips dan Pesanan
1. Sila semak website KL Bird Park sebelum datang. Kalau ada promosi korang boleh dapat harga murah sikit.
2. Beli air mineral kat luar masukkan dalam beg korang (makanan luar TIDAK di benarkan) sebab bila dah jalan-jalan mesti haus kan. Air mineral kat dalam ni RM 4 ye sebotol. Harap maklum.
3. Sila makan kenyang-kenyang sebelum masuk sebab harga kat dalam ni agak mahal. Kalau korang kaya banyak duit nak makan kat dalam ni boleh je. Diorang jual makanan ringan2 je mcm waffle dan sweet corn.
4. Kalau boleh datang awal senang nak parking. Biasanya hari cuti umum dan cuti sekolah parking penuh sebab parking kecik. Kalau nak guna public transport pun boleh. Rapid Kl, KTM, Teksi.
Di buka setiap hari
9 pagi - 6 ptg
Nak lebih info? Layari KL Bird Park
1 comment:
besh nya...kalau bawak anak saya ni mesti die suka.. :)
Post a Comment