MY EVERYTHING

Lilypie Kids Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers

SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG
Showing posts with label masak-masak. Show all posts
Showing posts with label masak-masak. Show all posts

Thursday, September 11, 2014

Resepi Nasi Ayam - My very own style


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum

Harini mood terlebih rajin. Pukul 11.30pagi dah siap basuh dan sidai baju dan juga siap masak!
Wahahaha...pagi tadi duk termenung tak tau nak breakfast apa. Lastly decide masak lunch terus. Sonang kojo den.

Sambil kain baju berputar dalam mesin kita singsing lengan kat dapur. Ayuh!!! Hoi hoi ya hoiiiii hahahaha.

Nak masak apa? Menu memang dah plan dari semalam. Kalau pagi ni baru nk fikir masak apa jawabnya malam baru boleh makan. Bahan semua dah ready. Kita masak Nasi Ayam.

Taraaaaaaaa....
My very own style Nasi Ayam.


Resepi saya memang takde. Main campak2 agak2 je. Tapi saya tempek juga resepi agak2 sy ye.  Lebih kurang je caranya.

NASI AYAM

3 pot beras

basuh beras bersih-bersih dan toskan
 
majerin
 
daun pandan
 
garam

(bahan tumbuk)

3 ulas bawang merah

3 ulas bawang putih

1 inci halia


*panaskan kuali dengan sedikit minyak dan marjerin. kemudian tumiskan bahan tumbuk sehingga naik bau. tuangkan bahan tumis ke dalam nasi dan tambahkan air rebusan ayam sehingga beras tenggelam. mcm masak nasi biasa tu. masukkan daun pandan dan garam.
kemudian tekan butang on dan biarkan nasi masak.



SUP

potongan ayam



(bahan tumbuk)

4 biji bawang putih

2 biji bawang merah

2 inci halia



1 kiub ayam

daun sup

daun bawang

bawang goreng

 
*tumiskan bahan tumbuk kemudian masukkan air dan ayam masak sehingga ayam empuk.


AYAM

Bahan perap

 
Bawang merah (tumbuk)

 
bawang putih(tumbuk)
 
sos tiram

kicap manis

madu
 
garam



KUAH LADA

4-5 biji cili merah

2biji bawang putih

gula

 garam
 
  cuka

sos cili

*blender ke semua sekali lepas tu masak hingga pekat. last sekali masukkan sos cili.
 

KUAH KICAP

*Guna baki perapan ayam dan tambahkan sup ayam. boleh tambahkan kicap dan hirisan cili padi .



Selamat mencuba!!!











Tuesday, January 28, 2014

Saya penggemar ayam potong.

Salam geng.

Tajuk macam apakah...??? Ayam potong??? Alih bahasa sangat kannnn.

Sebenarnya kan, saya ni penggemar western food terutama sekali ayam potong chicken chop. Ada hari-hari tertentu tu kan rasa macam nak makan chicken chop hari-hari. Boleh gitu? Boleh jer kalau boleh masak sendiri kat rumah. Kalau ada followers kat sini yang follow fb saya mesti korang perasan saya selalu upload gambar chicken chop. Kadang tu saudara-mara datang rumah pun kitorang masak kan chicken chop. Lagi best makan kat rumah sebab lagi puas dan jimat :)



 Ini lah rupa chicken chop sentuhan suami saya.
 
Indah pun dah tak sabar nak makan tu.
 
Anak - anak saya kalau nak  makan western mesti nak papa yang masak sebab boleh makan banyak-banyak. Termasuk  lah saya. Hehehe.

Ada sesiapa kat sini nak makan chicken chop? Mai saya buat frozen nanti korang just goreng je :)



Friday, August 13, 2010

Puasa hari ketiga~



Alhamdulillah...hari ni dah hari ketiga berpuasa.....
First day...berbuka dgn nasi ayam + nasi lemak + kuih muih + air kelapa....kurang menyelerakan. En.suami beli di pasar. Menyesal beli...

Hari kedua....saya buat mee goreng + cucur udang kuah kacang. Buat lebih sikit dapat la jiran2 rasa ;) Gambar nya ngak ada. Lupa nk snap...Lapar punya pasal, hihihi

Hari ni hari ketiga, insyaAllah jap lagi nak masak nasi lemak + karipap + milo panas. Karipap tu tadi tengahari dah siap buat, nanti goreng je. Putra suka makan karipap, tadi pun dah tak sabar2 nak makan...

Tuesday, July 27, 2010

 

Assalamualaikum....
Ni cerita Sabtu tadi. Malu nak tayang gambar...tapi, kalau xder gambar rasanya tak best kan? Huhuhu...
Korang...sila jangan gelak okeh.

~Menu dinner kami bertiga~


  

Ala....nak gelak pun gelak ler. Huhuhu...Nama je bini chef tapi masak hampeh. En chef pun semakin M nak masak kalau hari coti. Gasak la...janji perut kenyang, tido pun lena. Hihihihi...


 
Sayur campur...tumis campur sos tiram sikit. Marbeles u olls!!!

 
Sambal belacan...made in lesung batu. Terangkat!!!

Ikan kembung goreng hangit garing....Layan!!!

Itu sajor yg aku pandai masak....sekian.

IKLAN