Friday, July 25, 2014
Luahan hati yang tak terluah.
Assalamualaikum.
Sila abaikan tajuk yang tak bley blah tu ye :)
Seronok baca status kat fb kawan2. Ramai dah gerak balik kampung. Ada yg dah selamat sampai di kampung dan yang tak sabar2 nak balik keje pastu nak zasssss berdesub. Terbayang-bayang kampung di mata. Macam2 ragam. Senyum sendiri. Aku tumpang happy untuk korang. Semoga selamat sampai dan bergembira di hari raya nanti.
Kami? Ermmmm dh biasa beraya di perantauan. Hahahaha. Perantau la sangat kan. Belum ada keputusan muktamad nak balik beraya di kampung sebelah mak saya dan suami atau beraya di sini sambil ziarah kubur arwah abah saya di Bukit Kiara. Setiap tahun macam ni lah. Kegembiraan berhari raya tu cuma bila dapat tengok anak2 gembira, tak kisah di mana pun.
Beruntung kawan2 yang ada mak ayah dan adik beradik yg ramai. Musim raya ni mesti berkumpul ramai2 kan. Saya tak ada tu semua. Saya anak tunggal. Huhuhuhu tak yah nak tacing2 la. Dah biasa. Senyummmm je. Allah jadikan setiap sesuatu tu memang terbaik untuk kita kan.
Lagipun tahun ni suasana nak sambut raya pada saya kurang sikit sebab terkesan dengan MH370 dan MH17. Maklum la duduk dekat dengan KLIA. Tiap2 minit nampak kapal terbang atas kepala. Lagipun masa pertengahan Ramadhan tadi adik angkat dari sekolah rendah saya baru je pergi menghadap ilahi. Sedih dan terkejut dengan berita pemergian dia. Dan yang terbaru ni...dapat tau bff zaman kolej pulak jatuh sakit. Allahu memang sedih. Semoga Allah beri kesembuhan buat sahabat ku, amin.
Beruntung korang yang Allah bagi kesihatan, rezeki, anak2, ibu ayah, adik beradik dan kelapangan. Jangan lupa bersyukur tau.
Saya memang redha dengan ujian ni...takpe jangan risau. Doakan saya berbahagia dengan apa adanya. Korang selamat balik kampung nanti makan ketupat rendang tu ingat2lah saya di perantauan ni ye.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment