MY EVERYTHING

Lilypie Kids Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers

SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG

Monday, November 18, 2013

Hari Anugerah si anak

Salam semua.
Fuhh lega harini dapat bersiaran langsung dengan laptop kesayangan. Laju sikit jari-jemari ni kan. Harini nak cerita pasal hari Anugerah Cemerang Abang Putra Jumaat lepas. Alhamdulillah walaupun tak dapat top 3 dalam kelas Abang Putra dapat juga hadiah saguhati. Prestasi dan peratus menaik dan mama rasa bersyukur dengan kejayaan abang.
Yang paling mengujakan mama dan papa malam tu ialah abang Putra dapat anugerah yang memang tidak disangka-sangka dan langsung tak ada dalam aturcara majlis. Nak tau apa...? Jom kita tengok gambar di bawah.





 
Tara.....!!!
Anugerah Budi Pekerti Mulia.
Alhamdulillah. syukur sangat.
 
 
Tamat majlis, mamanya yang sedia teruja ni apa lagi tanya la dengan cikgu kelas abang macam mana Putra boleh terpilih. Kata cikgu...Shahputra dapat anugerah Budi Pekerti Mulia ni sebab dia selalu cakap "terima kasih cikgu" setiap kali salam nak balik. Selalu ucap "insyaAllah, Alhamdulillah" kalau cikgu pesan apa-apa pada dia.
 
Alhamdulillah...syukur sangat mama dengar. Senyum sampai telinga. Hadiah mahal atau murah itu tak penting. Yang penting dia akan lebih bersemangat lepas ni. Semoga abang Putra terus menjadi anak yg berpekerti mulia, insyaAllah  :)
 
 
Malam tu abang Putra masuk persembahan nasyid dan silat. Nanti-nanti kita cerita pulak ye :)
 
 

1 comment:

Rizziela said...

Alhamdullilah..sejuk hati mama kan

IKLAN