MY EVERYTHING

Lilypie Kids Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers

SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG

Tuesday, November 26, 2013

"Abang nak solat tahajjud."

Malam itu sekitar jam 10.00 malam. Kisah kejadian bermula.

"Mama...abang (Putra) nak tido sekejap. Nanti malam mama kejut abang tau. Abang nak bangun solat"

"Malam-malam abang nak solat apa...?" soal mama menduga tahap pemikiran si anak.

"Abang nak solat tahajjud, macam papa!" Jawapan si abang tepat kena batang hidung mama.

Hambik kau!!!

Ya Allah...malu nya dengan diri sendiri. Si kecil berumur 5 tahun dah mula pasang niat nak bangun solat malam, tapi saya yang tua bangka ni terkadang liat sekali nak bangun bila suami kejut untuk solat.

Semoga menjadi anak yang soleh wahai anak. Suatu hari nanti bila kamu buka dan baca tulisan mama ini, ketahui lah kamu bahawa mama dan papa sentiasa mendidik kamu menjadi anak yang soleh. Jangan pernah meninggalkan solat dan melanggar larangan Allah. Kamu bijak. Kamu nampak apa yang kami buat dan kamu juga nak sama buat. Teruskan niat suci kamu hingga dewasa ye anak.



                                                          Semoga menjadi ahli syurga:)
                                           Gaya macam panglima, tapi dalam hati ada iman :)




1 comment:

Rizziela said...

Alhamdullillah...berkat ajaran yg betul..syukur kan?

IKLAN