- notakaki: Putra dah sihat dan dah mula buat mama dengan papa pusingggggg
Friday, March 5, 2010
Putra lelah?
Hari Khamis Putra memang ada selsema dah pegi ambik ubat pun. Kahak and batuk pun ada sikit-sikit. Tapi tak sangka hari Jumaat tu nampak dia macam susah nak bernafas. Asyik merengek je...Sebelum tu sempat lagi ikut papa pegi 'makeup' kete comei mama ni. Masa kat kedai tu pun Putra dah macam tak selesa. Laju semacam je nafas dia dan ada bunyi bising. On the way balik tu mama terus ajak papa gi Klinik yang memang dah biasa kami pegi tu. Dari mama pregnant kat Putra sampai la sekarang, tapi malangnya tutup pulak. Ye la cuti Maulidur rasul. Terus la mencari klinik kat Kota Damansara ni. Alhamdulillah Poliklinik An-Nisa tu buka. Tu yang kena sedut gas ni. Sebelum ni memang Putra tak ada asthma, tapi kali ni sebab dia tak pandai buang kahak lagi tu yang stuck kat saluran pernafasan dia. Mama rasa klinik ni pun Ok jugak, doktor dia bagus...dan caj pun berpatutan. Selesa la walaupun fist time pegi. Ubat dia pun serasi dengan Putra.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment