MY EVERYTHING

Lilypie Kids Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers

SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG

Wednesday, March 10, 2010

Kami yang kehilangan...

Salam semuanya...kawan2 kat FB rasanya dah tahu yang aku dah kehilangan Paklong tersayang pada 07.03.2010 (ahad) di Balai Bomba Sg Besi. Dia bukan saja Paklong malahan sebagai bapa juga kerana pada usia ku bayi maklong (isteri arwah) telah menyusu kan aku. Waktu tu mama aku hantar ke maklong sebab mak aku kerja dan waktu tu jugak maklong menyusukan Angah ( sebaya dgn aku). Sebab tu la maklong susukan aku sekali. Hormat aku pada paklong dan maklong adalah sama hormat aku pada mak dan abah aku. Sayang aku pada Along, Angah, Amy dan Siti sama seperti sedara kandung aku jugak. Mereka lah kehidupan ku, yang melengkapkan segala kekurangan aku. Walau pun jarang sangat aku ke Sg Besi tapi dalam hati memang mereka sentiasa ada. Tapi, sejak paklong tak ada ni, aku kena selalu call tanya khabar maklong. Sian maklong...aku tau kami semua kuat menerima takdir Allah ini. Along selalu pesan...kita semua kena kuat. Hati masih sedih, sayu dengan permergian dia, tapi redha. Aku mohon jasa baik kawan2 sedekah kan Al Fatihah buat arwah. Semasa hayat dia memang orang yang baik, dan penyayang. Jasa dia dalam Bomba jugak banyak. Moga rohnya aman di sisi Mu ya Allah.

3 comments:

hajarus said...

Al-Fatihah...

semoga roh arwah ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman.. Amin...

ietams said...

salam takziah fara..
sedih saya baca

cik selamah kundang said...

tazkirah kt hang..

IKLAN