Wednesday, March 10, 2010
Kami yang kehilangan...
Salam semuanya...kawan2 kat FB rasanya dah tahu yang aku dah kehilangan Paklong tersayang pada 07.03.2010 (ahad) di Balai Bomba Sg Besi. Dia bukan saja Paklong malahan sebagai bapa juga kerana pada usia ku bayi maklong (isteri arwah) telah menyusu kan aku. Waktu tu mama aku hantar ke maklong sebab mak aku kerja dan waktu tu jugak maklong menyusukan Angah ( sebaya dgn aku). Sebab tu la maklong susukan aku sekali. Hormat aku pada paklong dan maklong adalah sama hormat aku pada mak dan abah aku. Sayang aku pada Along, Angah, Amy dan Siti sama seperti sedara kandung aku jugak. Mereka lah kehidupan ku, yang melengkapkan segala kekurangan aku. Walau pun jarang sangat aku ke Sg Besi tapi dalam hati memang mereka sentiasa ada.
Tapi, sejak paklong tak ada ni, aku kena selalu call tanya khabar maklong. Sian maklong...aku tau kami semua kuat menerima takdir Allah ini. Along selalu pesan...kita semua kena kuat.
Hati masih sedih, sayu dengan permergian dia, tapi redha. Aku mohon jasa baik kawan2 sedekah kan Al Fatihah buat arwah. Semasa hayat dia memang orang yang baik, dan penyayang. Jasa dia dalam Bomba jugak banyak. Moga rohnya aman di sisi Mu ya Allah.
Friday, March 5, 2010
Putra lelah?

- notakaki: Putra dah sihat dan dah mula buat mama dengan papa pusingggggg
Thursday, March 4, 2010
Idaman Putra
Susah payah mama mencari keinginan si bujang sorang ni. Merata tempat tawaf tapi tak jumpa. Di Care4 je yang ada. Kalau ada pun kat The Store Sg Buloh tu...yang besar punya, tak padan pulak dengan tuan.
Beg BEN10 idaman Putra dah dapat. Kecik lagi dah pandai BEN10. Mahai pulak tu...cenonet je beg nya RM17.90. Kasut BEN 10, beg BEN10, mainan BEN10,baju BEN10 je tak de saiz lagi. Haish!!!

- notakaki: asyik menggalas beg dia je keje nya
Syioknya
Assalamualikum...
Kita sambung cerita minggu lepas. Balik keje hari Khamis tu Mama belanja Papa dengan Putra makan. Hihihi...Lepas sembahyang Maghrib kami pun keluar mencari "sesuatu" untuk di isi. Kemana kah destinasi nya...??? Hurm...makanan nya memang best. Banyak pulak tu. Kira puas hati la. Kalau korang nak makan Western memang aku boleh suggest ke sini

Tu yang Putra makan tu memang aku minta untuk dia, (children menu) tak sangka pulak banyak. Memang best...sedap, banyak dan murah. Kami bertiga makan beserta 1 Apple juice dan 1 Carrot susu hanya RM 56++. Aku rasa murah sebab puas hati. Korang try la....
Hari Jumaat kami serang SOGO hingga terasa kempisnya purse aku. Huh!!! Mentang-mentang RENOMA ada sale, En suami dengan berat hati kembang - kempis idung telah pow aku. Huhuhu...tak pe sekali sekala je.


- notakaki : nampak kepala je...tgh enak menjamu selera. hahahaha
Tuesday, March 2, 2010
Tak ada mood
Assalamualaikum...
Bercuti panjang kita hujung minggu lepas? Aku sambung lagi satu hari...semalam MC. Tekanan darah rendah...104/59, semalam checkup 86/64 pulak. Hari ni start keje dengan mood yang bercampur. Banyak nak share story dengan korang tapi...kena keluar pulak ke MITI. Nanti nak upload gambar apa yang patut pastu kita story ok? Keje pun menimbun...tapi MALAS. Huh!!!
- notakaki: melayang di awangan
Subscribe to:
Posts (Atom)