- notakaki: menu berbuka? aduhai...demam balik nk memikir
Monday, August 24, 2009
Demam lagi
Assalamualaikum....
Korang semua sihat ke? Hari ni ku berblogging dari rumah...bukan dari office seperti selalu, ok. Hari Sabtu...lepas berbuka, aku tetiba je kena demam panas. Terus kena batuk, selsema dan sakit-sakit badan. Heran betul aku...sejak akhir-akhir ni aku selalu je kena demam mengejut.
Hari Ahad tu, pagi2 lagi suami ajak pegi hospital terus. Sebelum tu...hantar Putra dulu kat rumah pengasuh sebab takut nak bawa di pegi hospital dalam keadaan macam ni. Terus ke hospital...aku kena refer kat khemah untuk kes H1N1. Cuak jugak...check up...demam 37.5C.
Pastu kena masuk dalam bilik lain pulak...check up dgn Doktor. Soal jawab itu ini...Alhamdulillah H1N1 free. Just demam biasa. Dapat ler MC untuk hari ni...kena rest secukupnya. Kurangkan aktiviti luar...minum air masak sebanyak mungkin. Ohhhh....bahagianya hari ni ku dapat rehat kat rumah tanpa gangguan sesiapa. YM dengan bebudak opis dari rumah...emmmm best.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment