MY EVERYTHING

Lilypie Kids Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers

SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG

Thursday, August 6, 2009

Belasungkawa

  • Al Fatihah buat tok sedara ku yang baru saja menghembuskan nafas terakhirnya sebentar tadi. Lebih kurang jam 12.30tghari. Nak balik....jauh nun di Kedah. Kalau balik pun dah tentu tak sempat nk tengok, sebab diorang nak kebumikan sebelum asar (mungkin).

  • Pemergian dia (tok wa) kakak sulung pada tokwan (atuk) aku ni tak lah ku rasa terlalu sedih atau meratapi sangat kerana aku sendiri rasa sedih dan tersiksa tengok masa hidup dia. Yelah...umur pun dah dekat 100tahun mungkin lebih. Dah bongkok tiga pun. Nak bergerak pun dah tak larat, mata dah kelabu, telinga pun dah tak dengar. Dengan anak cucu, sedara mara pun dah tak berapa nak ingat/kenal.

  • Kebetulan sedara aku (cucu tokwa) ni ada sorang duk kat Port Klang...dia yg bgtau berita sedih ni. Dan sekarang ni dia ondaway balik ke Kedah. Sempat la ku pesan...jangan drive laju2...nak jumpa mmg tak sempat jumpa dah. Dan aku...kali terakhir ku jumpa, bersalam, dan cium dia ialah pada beberapa bulan lepas.

  • Semoga dia tenang dan berbahagia di sisi Nya.

  • notakaki: hargailah setiap insan yang anda kenali. tak kira siapa pun dia

2 comments:

naz ilyn said...

salam... Al-Fatihan moga rohnya dicucuri rahmat dan di tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman Amin...

ietams said...

salam takziah fara..

IKLAN