Monday, May 16, 2016
Kak Intan dalam kenangan.
Assalamualaikum
Ya ampun baru kembali ke pangkal jalan setelah hampir setahun meninggalkan dunia blog :)
Rindu sebenarnya nk menulis tapi masa sangat mencemburui saya. Ramai yg tanya kenapa dah lama sepi...Ermm memang takde jawapan.
Kata orang surirumah ni rileks je memanjang kan. Bole golek2 dgn anak tengok tv, layan slot akasia ptg2 kan. Tapi hakikat sebenarnya adalah keje rumah tak pernah habis. Lepas satu-satu nak kena settle. Dari pagi sampai ke petang rasa macam sekejap je. Kalau nk cerita mmg panjang berjela-jela.
Anyway ini pun curi masa tengah melipat kain singgah jenguk rumah ni. Sampai password pun dah hampir2 lupa. Hahaha dasyat kan.
Actually antara sebab terpanggil nk menulis harini kan sebab terkenang kan arwah Kak Intan. Blogger deko-deko mesti kenal siapa Kak Intan kan. Otai kelab dekorasi kat Malaysia ni.
Sebenarnya Fara pn mula kenal dgn beliau melalui blog dulu sebelum friend di FB. Orang nya sangat peramah, lemah lembut, dan tak kedekut ilmu. Masa awal2 dulu tak reti nk mendeko...even sekarang pun tak reti jugak tapi bole la sikit2. Fara selalu inbox beliau dan dia sangat mesra menjawab semua soalan Fara.
Dan Jumaat lepas Allah dah jemput beliau kembali. Semoga roh Kak Intan di cucuri rahmat. Ameen.
Semoga keluarga dan sahabat handai tabah dan redha dengan ujian ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment