Semalam papa dah bagitau mama, kemungkinan BESAR memang dia kena jugak pegi outstation ke Langkawi. Ingatkan dorang cari alternatif lain papa dah tak payah pegi. Aduyaiiii......dah le aku ni spesis penakut ya rabbi. Erm, rasa2 macam nak ikut je ke Langkawi, tapi mengenangkan anak2 yang masih kecil ni. Risau pula dorang tak selesa nak duduk lelama kat hotel. Alternatif lain.....balik kampung oooo balik kampung...
Sesekali aku terfikir juga. Inilah masa aku kena belajar berdikari kerana tugas papa memang menuntut dia untuk outstation. Dah rezeki kami sekeluarga macam tu pula. Terima seadanya.;) Dan yang pastinya papa mesti dan wajib bagi best performance kat Langkawi kerana dia dijanjikan "sesuatu" yang best lepas ni.
Korang2 yg ada experience duk sendiri dgn anak2 je bg la nasihat dan motivasi kat aku, pleaseeeee....tak lama pun seminggu je outstation dia tu. Kalau bole mama nak papa keje dengan aman, tak perlu risaukan kami anak beranak kt sini.
No comments:
Post a Comment