MY EVERYTHING

Lilypie Kids Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers

SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG

Friday, October 8, 2010

Kak Engku sah bercerai



Nampaknya rumah tangga Raja Azura atau lebih dikenali sebagai Kak Engku sudah tidak dapat diselamatkan lagi. Raja Azura telah sah bercerai dengan suaminya, Adzmin Tan Sri Osman pada 28 September lalu. Kedua-duanya telah cuba menjalani kaunseling tetapi tetap gagal untuk menyelamatkan rumah tangga mereka.
Kami kagum dengan ketabahan Kak Engku yang tetap bertugas seperti biasa di konti Sinar Pagi walaupun telah bercerai hampir selama seminggu. Memang tabik respek. Salute. Sungguh cekal hati seorang wanita ini. Semoga di masa hadapan juga terus tabah dengan dugaan dan cabaran ini.
Raja Azura dan suami ada 3 cahaya mata iaitu Megat Muhammad Raziq, 8, Megat Luqman Hakim, 7, serta Puteri Mia Maizurah, 4. Walaupun telah bercerai, kami berharap agar kasih sayang mereka berdua terhadap anak-anak tetap tidak akan berbelah bahagi. Jangan biarkan anak-anak yang menjadi mangsa.
Takziah kami ucapkan kepada Raja Azura atas penceraian ini.

Credit : Beautiful Nara

No comments:

IKLAN