MY EVERYTHING

Lilypie Kids Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers

SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG

Friday, July 23, 2010

Penangan pulut doroyan



Aduh!!! Pinggang ni sengal semacam. Ni lah gara-gara melantak makan pulut durian tak ingat dunia. Bisa rupanya. Masa makan tak ingat sakit ke apa. Yang tau sedap je. Almaklum la dapat pulak isi duriannya fuh!!! (sila buat mcm Awal Akhir tu yer...) memang terangkat.

Dinner makan pulut durian, esok sarapan pun pekena pulut durian. tengahari pun pekena lagi, malam pun pekena lagi. Maunya tak sakit pinggang ni. Dah masak pulut seperiuk (periuk kecik comei je), nak buang sayang...lagipun durian ada. Apa lagi...kita makan le. Hihihi...

Teringat pulak masa muda2 dulu. Kalau tak silap dalam form 3. Masa tu mak ai beli 3 biji durian kawin. Durian kawin tau je la isinya mcm mana kan. Balik rumah ai melantak tak hingat sampai kan keluar darah kat hidung. Terlalu panas agaknya. Serik sekejapje pastu....bila nampak je durian mula meroyan balik. Hakhakhak....

Sesekali terfikir jugak patut la aku ni tak kawin dengan anak tokei durian...kalau tak mau abis aku makan. Hihihi...Ni sang suami duk perli.... "nak makan lagi ke pulut durian?" Tak mo dah...makan pulut. Durian nak la....hahahaha.

  • notakaki : bestnya kalau dapat makan durian kat dusun....

2 comments:

ietams said...

woh pencinta doroyan ni

Fara said...

sememangnya....ku pencinta doroyan ;)

IKLAN