Assalamualaikum...
Pejam celik pejam celik anak kami Muhammad Darwisy Shahputra dah pun 2 tahun 4 bulan semalam. Kejap jer masa berlalu...sekarang ni dah petah bercakap. Memang pot pet pot pet je mulut dia tuh. Macam mama dia, kata papa. Hihihi...ok la kan peramah. Tak macam papa tu...bila bercakap dengan papa macam bercakap dengan dinding. Silap haribulan dinding pun lagi pandai bercakap berbanding papa Putra. Hahahaha...serius mama tak tipu.
Sejak dah semakin besar ni....makin bijak pandai ni, kadang2 tu tak nak dengar cakap mama. Bikin mama panas dan bertukar menjadi singa yang lapar. Satu Subang ni boleh dengar suara mama agaknya. Apapun mama cuba bagi didikan terbaik untuk Putra. Memang harap sangat Putra jadi anak yang soleh. Hihihi..tiap2 kali nak tido mesti mama cakap " Ok, cepat tido nanti bangun jadi aper?" Laju jer Putra jawab "Anak coleh".
Memang dia bijak...cepat faham tapi kekadang tu menyesakkan nafas mama dengan barang mainan dia, dengan perangai dia. Ye la dia boring...tak de kawan. Mama pulak sibuk buat keje. Mula la di buat perangai. Oh, pasal BF...sekarang ni siang dia dah tak bf...minum ribena atau jus oren. Tapi malam WAJIB. Huhuhu....
Inilah dia budak baik kesayangan papa dan mama tapi selalu kena marah dengan mama kalau tak dengar cakap.
Asyik nak layan Chuggington jer...selalu berebut lappy dengan mama. Sure la mama yg kalah :(
Tido buai. Terpaksa....kalau tak memang tak tido siang jawabnya. Mesti nak ada car dengan Fiona. Hish!!!
- notakaki: dah besar nanti tengok ler perangai awak masa kecik ni...nak tido pn nak kena bawa bekal.
No comments:
Post a Comment