Assalamualaikum semua...
Aku rasa aku la orang yang paling bertuah punya jiran seperti jiran sebelah ni, Kak Ani nama dia. Kenapa aku kata gitu??? Sebabnya...dia bagi lagi makanan kat Putra, kononnya. Padahal mama Putra yang bedal dengan Papa Putra. Hehehehe...Kalau setakat bagi biskut T*iger sepeket kat Putra tu memang perkara biasa, kan Putra?? Hari Ahad lepas...suami terchenta ku kena pulak pegi tempat keje pepagi buta, so kami ni tak dapat la
break the fast makan roti canai. Cik Ani yang baik hati belikan nasi lemak untuk Putra. Aduhai...Sedap pulak tu nasi lemak daun pisang. Dah tu, tengahari...mama bajet nak masak simple je sebab papa tak tau balik pukul berapa. Nak makan sorang, goreng telur pun OK...Cik Ani bagi pulak sepinggan Ayam pencen masak rendang dengan pegaga. Patut la tadi dia duk tanya mama, ko makan pegaga tak Farah?? Rupenya....Kena pulak pukul 2.30 ptg papa dah balik, apa lagi...jom makan!!!
ps: Dah makan br teringat nk snap gambo. dah berapa pinggan Kak Ani tak berbalas?? dah 3 rsnya. huh!
3 comments:
btl2 best la jiran ko Fara...
salam....
teringat akak dengan jiran akak... dia pun macam jiran fara gak rajin kasi lauk... dia mmg suka masak lepas tu kasi jiran rasa sama... tapi sekarang dia dah pindah... sedih pulak kalau ingat kan... bestkan kalau ada jiran macam tu tapi pinggan kita pinggan dia dah tak ingat dah mana satu.
As, kau marila jd jiran ku...
Nak nazilyn...tula pasal, kena asingkan klu tak abis bercampur x ingat.
Post a Comment